KAEDAH PENYAMPAIAN ABUYA MUDAH DAN MENARIK.
Abuya menyampaikan ilmu mengikut keupayaan akal fikiran mereka yang mengikuti kelas pengajiannya. Ketika mengajar menggunakan kitab bahasa arab untuk kelas pengantar dalam bahasa arab. Bagi kelas Qismud dakwah bahasa pengantarnya bahasa melayu maka dengan pendekatan yang mudah. Begitu juga ketika sesi pelajaran tasauf, Abuya membuat satu pendekatan yang mudah kita fahami. Dengan didatangkan kiasan perkara yang di jelaskan tidak perlu panjang lebar. Lebih-lebih lagi pelajaran tauhid yang sulit tetapi dengan cara penyampaian perkara yang berat tadi menjadi rengan, yang susah menjadi mudah. Contoh Abuya buat kiasan jasad lahir hanyalah sangkar untuk jasad batin.
Kalau kita gagal mengenal batin manusia, kita akan gagal mendidik diri manusia.
Jadi mengenal diri sebenarnya bukanlah mengenal rupa lahir, tetapi yang lebih penting adalah mengenal watak batin, yaitu jiwa, fikiran, kepakaran, kecenderungan, watak, nafsu, dan kekuatan yang ada pada diri kita. Dengan mengetahui sifat-sifat yang ada pada diri kita, kita nanti dapat melatih diri kita dan meletakkan diri sesuai pada tempatnya. Jika tidak, maka akan terjadi Kerosakkan di muka bumi kerana kita telah melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwa kita. Terjadilah kejahatan, krisis jiwa dan ketegangan fikiran hingga hilanglah kebahagian.
Contoh pelajaran ilmu tauhid atau aqidah, Abuya memandu kita menyuluh kembali aqidah dan pegangan kita benar-benar selari dan tepat dengan aqidah Ahli Sunnah Wal jamaah. Di mana ada di kalangan masyarakat kita yang jahil mudah terikut-ikut pegangan syiah. Abuya sendiri pernah membuat road show keseluruh negara membuat penjelasan tentang bahaya syiah. Perkara tersebut berlaku ketika Abuya pulang dari pertemuan umat Islam di Iran atas undangan kerajaan Iran selepas baru saja Khomaine menumpaskan kerajaan sebelumnya.
Ilmu yang tepat melahirkan insan yang beramal mengikut minat, bakat dan kemampuan masing-masing. Dilatih berdikari sejak kecil. Justeru itu tidak hairanlah jika pengajiannya diminati dan sangat berkesan. Ia membawa perubahan kepada diri dan cara hidup murid-muridnya. Beliau berpegang dengan prinsip: Ilmu yang datang dari hati akan jatuh ke hati. Ertinya, ilmu mesti disampaikn dengan ikhlas, keyakinan dan amalan, barulah ia berkesan dan mendorong perubahan. Abuya tidak memisahkan ilmu dengan tarbiah. Pengajian dan pendidikan berjalan serentak.
Akal diisi dengan ilmu, jiwa ditempa oleh didikan. Hasilnya, Abuya berjaya melahirkan orang-orang yang membela Allah dan Rasulullah. Dapat dilihat hasilnya sekarang dalam masyarakat berlumba-lumba perkenalkan sunnah nabi dari sudut pakaian, makan minum dan sebagainya. Contoh produk makanan sunnah menjadi viral dalam media perdana, poligami bukan sahaja berlaku dikalangan masyarakat awam tetapi ianya juga berlaku kepada golongan selebriti. Pakaian sunnah berserban sekarang telah menjadi pemandangan biasa dalam masyarakat dengan pakain berserban terutamanya sekolah -sekolah tahfiz di Malaysia. Perempuan dengan pakaian berfurdah juga sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Begitu juga ketika sesi pelajaran sejarah Islam Abuya menyampaikan dalam XPDC langsung ke tempat-tempat berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut. Contoh kisah pemuda di dalam gua "Ashabul kahfi" kami langsung menerima penjelasan ketika mengunjungi Timur Tengan.
Tempat kejadian kaum nabi Luths di tenggelamkan yang menjadi perangai mereka homoseksual di kenali dengan Laut Mati (بØر الميت) di Jordan. Semua sejarah yang di rakamkan didalam Al Quran di sampaikn oleh Abuya dengan kaedah yang menarik dan mudah di fahami.
Di dalam Al Quran ada diceritakan tentang Firaun. Di kisahkn tentang penzalimannya, penindasan yang dilakukannya, kejahatannya, kekufurannya dan lain-lain sifatnya. Begitu juga kisah Hamman, Namrud dan lain-lain.
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah utuskan Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), dalam kalangan kaum-kaum yang telah lalu. Dan tiadalah seseorang Rasul pun yang datang kepada mereka, melainkan mereka mempersenda dan mengejek-ejeknya. (Sebagaimana hati kaum-kaum yang telah lalu dimasuki perasaan mempersendakan Rasul-rasul) demikianlah pula Kami masukkan perasaan yang seperti itu ke dalam hati orang-orang yang berdosa (yang menentangmu).
(Al Hijr: 10-12).
Kaedah yang sama kami lakukan ketika berkongsi untuk menjiwai roh sejarah yang berlaku dan di nyatakan didalam Al Quran. Teluk Arab dan aliran sungai Tigris dan Furat (sesuai dengan buletin yang di terbitkan oleh Kerajaan Iraq tentang peninggalan Kuno di Banghdad). Nabi Idris as. Di Kota Babylon wilayah dua sungai dan Hijrah ke Mesir. Di dalam Al Quran, nama nabi Idris disebut dua kali.
Maksud Firman Allah:
"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Idris; sesungguhnya adalah ia amat benar (tutur katanya dan imannya), serta ia seorang Nabi.
Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi darjatnya".(Maryam 19:56-57).
Maksud firman Allah:
Dan (demikianlah pula) Nabi-nabi Ismail dan Idris serta Zul-Kifli; semuanya adalah dari orang-orang yang sabar. Dan Kami masukkan mereka dalam (kumpulan yang dilimpahi) rahmat Kami: sesungguhnya mereka adalah dari orang-orang yang soleh. (Al Anbiyaa' 21:85-86).
Nabi Idris dilahirkan di Mesir. Mereka menyebutnya dengan Hirmisal Haramisah, menurut bahasa Suryani. Nabi Idris lahir di kota Manfis (Manaf). Ada yang mengatakan, Nabi Idris di lahirkan di kota Babylon dan hijrah ke Mesir. Ketika melihat sungai Nil, dia berkata "Babylon". Yang bererti, sungai seperti sungai kalian, sungai besar, sungai yang penuh berkat. Dialah orang yang pertama kali mengeluarkan kata-kata hikmah. Kata-kata hikmahnya seperti berikut:
* "Seseorang tidak akan dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat-Nya yang sebanding dengan pelimpahan nikmat kepada makhluk-Nya."
* "Jika kalian berdoa kepada Allah yang Maha Suci, maka tuluskanlah niat."
* Kehidupan jiwa adalah hikmah."
* Janganlah kalian dengki kepada orang lain atas bahagian yang diberikan kepada mereka, kerana kesenangan yang mereka peroleh darinya sangat kecil sekali.
* "Barangsiapa tidak merasa cukup, maka tidak ada sesuatu pun yang membuatnya puas. (Rujukan Dr. syaukqi Abu Khalil, ATLAS al-Quran). Damaskus.
Di sini Allah mengkhabarkan tentang sikap umat-umat zaman dahulu yang kepada mereka juga di utus rasul-rasul tetapi mereka memperhina dan memperolokkanya, malah ada yang mereka bunuh. Dan seterusnya Allah mengkhabarkan betapa bukan saja berlakunya sikap seperti itu kepada umat zaman dahulu tetapi juga kepada umat Rasulullah di kemudian hari.
Umat-umat di kemudian hari seperti di zaman kita ini sudah tidak dihantar rasul-rasul atau nabi-nabi lagi tetapi tetap ada pewaris perjuangan mereka seperti tok-tok guru, ustaz-ustaz, pendakwah-pendakwah, dan sebaginya yang terus bergelanggang di tengah masyarakat. Ketika mereka ini membuka kelas-kelas pengajian, mengadakan usaha dakwah dan sebagainya, mereka juga di ejek-ejek dan di perolok-olok. Jadi sama saja sikap orang zaman dahulu dengan orang di kemudian hari di zaman kita ini.
Ulasan
Catat Ulasan