Perjuangan Abuya Asaari At Tamimi menyelamatkan hati manusia daripada tipu daya nafsu dan syaitan. Abuya mengajak kita tampil di tengah masyarakat moden dengan penampilan yang berwibawa dan eksklusif. Kini keluarga Abuya meneruskan cita-cita perjuangan Islam yang telah Abuya cetuskan. Kita mengimbau kembali ketika Abuya Ashaari At Tamimi membuka model perkampungan Islam di Kampung Sungai Pencala Damansara Kuala Lumpur pada tahun 1974 bersama-sama kawan-kawannya ketika itu. Dengan tujuan untuk membangunkan model kehidupan Islam secara menyeluruh. ( كافة ) Islam is the way of live atau secara kebulatan, menyeluruh (شمول) bukan secara serpihan.
Sejak kewafatan Rasulullah SAW hingga ke saat ini, telah lahir dan berkembang di tengah-tengah masyarakat Islam berbagai-bagai aliran aqidah dan pegangan serta pecahan-pecahannya. Sehingga kalau dihitung aliran-aliran aqidah itu, akan terjumlah ia kepada 73 pecahan yang kesemuanya terkeluar daripada ajaran Islam atau aqidah sebenar, kecuali satu iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA). Ini menepati Hadis:
أمتي على ثلاثٍ وسبعينَ ملَّةً كلُّهم في النارِ إلَّا ملَّةً واحدَةً ، قال من هِيَ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : ما أنا عليه وأصحابي
Maksudnya: "Sesungguhnya Bani Israel telah berpecah kepada 72 golongan, manakala umatku pula akan berpecah kepada 73 golongan. Kesemua mereka di neraka kecuali satu golongan sahaja. (Para sahabat) bertanya, "Siapakah (golongan yang tersebut) ya Rasulallah? Rasulullah menjawab, "golongan yang aku dan para sahabatku berada di atasnya" [Hadith riwayat al-Imam al-Tirmizi]
Pada kebangkitan pertama umat Islam tidak pernah rehat daripada menghadapi cabaran berbentuk aqidah. Muncul satu demi satu fahaman atau aqidah yang menyeleweng dari aqidah yang sebenar, sama ada yang timbul akibat kejahilan umat Islam sendiri atau diasak oleh musuh-musuh Islam secara halus.
Pada kebangkitan kali kedua dalam situasi seperti ini, Abuya Ashaari At Tamimi muncul dengan membawa aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) yang berwebawa. Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) yang jelas dan mampu diimplimentasikan dalam segenap bidang kehidupan termasuk ekonomi, siasah Islam, pendidikan, dan sebagainya. Dengan kata lain, beliau membawa fikrah Islamiah yang jelas bersandarkan aqidah yang tepat.
Perjuangan Abuya tepat pada masanya untuk menyelamatkan aqidah umat Islam yang boleh rosak kerana menganut fahaman atau isme yang tidak dikaitkan dengan agama seperti komunisme, nasionalisme dan sebagainya, yang sudah berkembang luas di seliruh dunia Islam termasuk Malaysia.
Abuya telah bertemu dan berbincang dengan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) di merata dunia termasuk Mesir, Turki, Pakistan, Jordan, Tunisia, Maghribi, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga bertemu dengan ulama-ulama syiah dan wahabi di Iran, Kuwait dan Arab Saudi. Dan Abuya telah menjelajah ke banyak negara Barat tempat berkembangnya berbagai-bagai aliran fikiran dan isme yang sesat. Abuya juga pergi ke Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali, Yugoslavia dan lain-lain. Dari situlah Abuya memperolehi gambaran yang sejelas-jelasnya mengenai segala macam fahaman dan aliran aqidah yang ada di dunia hari ini.
Apa yang menarik, melalui kuliah-kuliah, ceramah-ceramah dan buku-bukunya, beliau menghurai kembali isi kitab tua dengan gaya pengolahan yang segar dan bahasa yang mudah beserta contoh-contoh yang dekat dengan kehidupan masyarakat hari ini. Apa yang menarik lagi, dalam membicarakan persoalan aqidah ini, Abuya tidak langsung memisahkannya dari persoalan tasauf dan syariat. Abuya mahu menekankan bahawa ilmu usuluddin (aqidah), tasauf (akhlak) dan feqah (syariat) merupakan tiga serangkai dalam ajaran Islam yang tidak boleh dipisah-pisahkan dari kehidupan seorang mukmin.
Ulasan
Catat Ulasan