“Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah? Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan zikrul maut (ingat mati)”
(HR Al Baihaqi).
Sebagaimana dalam ibadah sembahyang ibadah haji juga mengandung unsur zikrul maut (ingat mati), yaitu ketika jamaah calon haji memakai kain ihram dan wuquf di Arafah. Kain ihram itu ibarat kain kafan. Padang Arafah ibarat padang Mahsyar, tempat manusia berkumpul di hari kiamat untuk menunggu hari keputusan (yaumul fashl).
Haiwan jahat macam mana pun tidak berdosa. Malaikat baik macam mana pun tidak diberi pahala. Dalam diri haiwan dan malaikat tidak ada pilihan. Dalam diri malaikat dan haiwan tidak ada pertarungan dan tidak ada perjuangan. Sesuailah bagi mereka itu tidak ada pahala dan tidak ada dosa, tidak ada syurga dan tidak ada neraka. Pada diri haiwan tidak ada tuntutan untuk membangunkan kehaiwanannya. Pada diri Malaikat juga tidak ada tuntutan untuk membina dan membangunkan kemalaikatannya. Tetapi pada manusia membina dan membangunkan keinsanannya itu perlu dan wajib hukumnya.
Kalau pun ada jentera yang hendak membangunkan insan, insaniah mereka sendiri pun tidak terbangun. Seperti peribahasa Melayu, "KETAM MENYURUH ANAKNYA BERJALAN BETUL. Maksud : Cuba mengajar orang berkelakuan baik sedangkan diri sendiri berkelakuan buruk. Macam mana orang yang insannya belum terbangun akan mampu membangunkan insan orang lain. Inilah masalah yang menimpa masyarakat kita sekarang. Penyakit sudah diketahui tetapi ubatnya belum jumpa. Maka disebabkan itu penyakit bertambah teruk dan bertambah kronik kerana ubat-ubat yang di cuba itu kesemuanya racun belaka.
Keinsanan merangkumi masalah batin. Ia termasuk masalah dalaman, perkara maknawi atau yang menyentuh soal hati, jiwa dan rohani. Dalam hal ini kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata untuk menyelesaikannya. Dalam hai ini kita mesti rujuk kembali kepada Allah, kepada ajaran Rasulullah, kepada agama, kepada Quran, Hadith,Ijmak dan Qias. Kita kena ikut panduan Islam didalam usaha untuk membina dan membangunkan insan ini. Insan itu sebenarnya terdiri dari empat unsur iaitu fizikal, akal, hati dan nafsu.
Maksud firman Tuhan:
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
(Ali-Imran, 3:185).
Maksud firman Tuhan:
"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu..." (An Nisaa,4:78).
"Sesungguhnya ziarah kubur itu dapat mengingatkan kalian akan kematian." (HR Muslim daripada Abu Buraidah).
Rasulullah SAW mendatangi makam Syuhada Uhud setiap awal tahun dan bersabda: "Keselamatan bagi kalian atas kesabaran kalian, sungguh sebaik-baik tempat tinggal terakhir." (HR Ibnu Abi Syaibah).
Menziarahi kubur sesungguhnya dapat menimbulkan keinsafan pada manusia serta mengingati mati. Apabila manusia ingat kepada mati dia akan lebih bersedia untuk mengelakakn dosa dan bersegera mempersiapkan diri dengan bekalan-bekalan untuk mengadap Tuhan.
Batas antara dunia dengan akhirat ialah alam kubur atau alam Barzakh. Di sana manusia ditahan untuk sementara waktu. Di alam Barzakh juga ada kesusahan dan ada kesenangan sebagaimana di dunia. Ibaratnya seperti perbatasan antara dua negara. Di perbatasan dua negara itulah ada kalanya manusia mendapat kesenangan dan ada kalanya mendapat kesusahan. Begitulah keadaan di antara dunia dengan akhirat yaitu alam kubur atau alam Barzakh.
Untuk selamat menjalani kehidupan di dunia mahupun persiapan menghadapi kematian dan kehidupan di akhirat, manusia itu mesti ada pimpinan wahyu. Namun tidak ramai yang mampu memahami perunjuk-petunjuk dan kehendak-kehendak wahyu sama ada yang tersurat lebih-lebih lagi yang tersirat. Oleh itu perlukan pemimpin atau guru mursyid yang mampu menghurai dan memahamkan wahyu serta mampu mendidik manusia untuk mengikut petunjuk wahyu.
Ulasan
Catat Ulasan