MINTA PEROLONGAN KEPADA ALLAH.
Allah memerintahkan kita supaya sentiasa meminta pertolongan dari-Nya dalam sembahyang dan dalam bersabar. Sungguh pun nampak saja sembahyang itu mudah (bacaannya pun mudah, perbuatan berdiri, rukuk dan sujud pun mudah) tetapi kalau Allah tidak bantu, kita akan merasa berat untuk bersembahyang. Mungkin kita sanggup membuat kerja-kerja berat tetapi tidak mampu untuk bersembahyang. Kerana itulah Allah perintahkan kepada kita supaya meminta pertolongan dari-Nya.
Firman Allah:
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah 2:45).
Bersyukurlah banyak-banyak bagi mereka yang di rezkikan berada didalam jemaah kebenaran. Berusahalah untuk mempertahankan nikmat itu dan bersabar menghadapi ujian dan cabaran yang Tuhan datangkan. Kekuatan memohon pertolongan didalam sembahyang dan kekuatan sabar yang dapat dari sembahyang dibawa di luar sembahyang. Bermujahadah untuk terus berkekalan mempertahankan perjuangan Islam sehingga lahir generasi pelapis perjuangan Islam seterusnya.
Kita masih lagi mengimbau perjuangan Abuya di Daerah Tanjung Karang. Ketika didaerah tersebut ada kawan Abuya yang juga menjadi bapa angkat kepada anak-anak Abuya, iaitu anak sulung Abuya Nasibah, Fakhrurrazi dan Mohammad Nizamuddin. Beliau juga salah seorang tokoh yang terlibat sama pencetus gerakan dakwah di Malaysia. Sebelumnya pernah terlibat didalam gerakan politik PAS bersama Abuya. Nama beliau ialah ustaz Zakaria Ansari boleh bertutur dalam loghat Banjar.
Abuya dan kawan-kawannya menggerakan dakwah ketika itu tertumpu di semenanjung Malaysia, Sabah, Serawak dan Singapura. Pengamalan dan penghayatan Islam adalah paling baik disebelah Timur ini. Dan kebangkitan ini hangat dan meriah khususnya di Malaysia. Umat Islam di Singapura juga berharap dapat sama-sama turut serta dalam kebangkitan ini kiranya dapat diamalkn tepat dengan kaedah Islam.
"Jadikanlah masa yang berlalu itu sebagai pengalaman dan pengajaran masa yang sedang berjalan diisi dengan amalan dan masa depan jangan diangan-angankqn." (Abuya Imam Ashaari At Tamimi).
Kemeriahan amalan Islam di Malaysia, generasi sekarang perlu tahu sejarahnya. Ianya bermula dengan kebangkitan Islam di Malaysia khususnya dan di Timur umumnya bermula tapaknya di Malaysia. Bila kita tahu sejarah tersebut memudahkan kita untuk meneruskan kebangkitan ini dengan meneruskan usaha dakwah tersebut. Kita tidak akan tercari-cari bagaimana hendak berjuang di Timur ini. Bila usaha-usaha dakwah diteruskan dengan teratur dan disiplin, kita akan lihat hasilnya dihujung usaha dakwah tersebut. Contoh di awal kebangkitan guru agama pun susah untuk kita lihat pemakain menutup aurat yang sempurna, tetapi berkat perkembangan dakwah yang berterusan, sekarang golongan selebriti khususnya artis kalau dia berlakun menjadi isteri solehah, tetapi di luar lakunan jauh keperibadiannya seperti jaraknya langit dengan bumi. Masyarakat awam di kalangan umat Islam tidak boleh menerima bahkan mereka merasakan tertipu. Satu perkembangan yang positif ada dikalangan artis-artis yang menggunakan jenama pakaian muslimah dengan jenama mereka. Usaha ini juga dapat membantu dan mendorong masyarakat muslimah untuk membuat perubahan, kalau sebelum ini tidak pakai hijab dan dengan dorongan tersebut membantunya memakai hijab.
Ertinya kita kini berada di era kebangkitan Islam. Berkat kebangkitan banyak perkara positif dipermudahkan termasuk pemakaian hijab bagi muslimah. Unifom hijab sudah mudah kita lihat, dari unifom polis dan tentera di kalangan muslimah berhijab, hinggalah di tempat-tempat kerja swasta. Contoh kita mudah menemui unifom muslimah berhijab di kalangan kakitangan penerbangan, paramugari hinggalah muslimah yang berkerja di kilang. Iklan-iklan di kaca tv, papan iklan yang besar di lebuh raya utama, majalah hiburan juga tidak terkecuali memperagakan pakaian muslimah.
Kemeriahan kebangkitan dakwah berterusan. Penghujungnya nanti akan berlaku garis pemisah di antara golongan dakwah dan golongan anti dakwah. Garis pemisahnya sangat jelas, sampai kesatu tahap dan keadaan di mana masyarakat akan terpaksa buat pilihan. Era akan bertukar. Sistem akan bertukar. Nilai hidup akan berubah. Cara hidup akan berubah. Kesemuanya akan berubah.
Siapa suka kena ikut. Siapa tak suka pun kena ikut. Kalau tidak mereka akan dianggap sebagai sampah masyarakat. Siapa yang menentang akan dianggap sebagai bangkai busuk yang terdampar di tepi jalan.
Ulasan
Catat Ulasan