MELIHAT DENGAN HATI AKAN TERCUNGKIL HIKMAH TERSIRAT.
Salah satu cara Abuya menyuburkan roh atau hati kita dengan bermusafir atau berxpdc. Ianya di buat didalam negeri dan luar negara. Ketika kita bermusafir dan berxpdc, fizikal mental dan roh kita di hidupkan. Abuya akan memberikan maklumat disatu-satu tempat atau sejarah tempa-tempat yang di kunjungi. Sekaligus ada fakta-fakta sejarah yang telah diputar belitkan oleh musuh Islam terutamanya yahudi terus dibetulkan. Pemandangan alam ciptaan Tuhan yang indah dapat menyentuh perasaan dan jiwa kita terhubung hati dengan Tuhan. Kesenangan dan kesusahan dalam perjalanan akan melahirkan jiwa yang kental, berdisiplin dan sabar.
Fizikal dididik aktif, cergas dan kemas.
Manusia yang tidak melihat dengan mata hati, tempat-tempat yang dia lihat itu tidak akan beri apa-apa kesan. Kejadian dan mala petaka yang Tuhan lakukan di sesuatu tempat itu tidak meruntun kepekaannya. Seolah-olah tidak ada lagi rasa gerun di hatinya. Bahkan dia merasakan berada di pesta keramaian. Bencana yang berlaku dianggap remeh tanpa memikirkan iktibar dan pengajaran di sebaliknya.
Masyarakat dunia melihat bencana alam sebagai semulajadi atau natural sahaja. Walhal setiap bencana yang ditimpakan ke atas manusia dulu dan kini adalah ekoran dari tindakan dan perbuatan penghuninya. Begitu juga dengan kejadian peperangan yang berlaku adalah dari kezaliman manusia itu sendiri.
Firman Allah:
Dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum yang lain sebagai gantinya.
(Al anbiyaa' 21:11).
Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).
(Al-Hajj 22:45).
Pemberontakan Syria atau perang saudara Syria merupakan konflik dalaman yang masih berterusan, yang berlaku di Syria sejak awal 2011. Bantahan bermula pada 26 Januari 2011, dan meningkat kepada tahap kebangkitan pada 15 Mac 2011. Kebangkitan ini dipengaruhi oleh bantahan serentak di rantau Timur Tengah yang "belum pernah terjadi sebelumnya.". Para pembantah mendesak Presiden Basyar Al Asad berundur, Parti Baah membenarkan parti politik lain, hak sama rata untuk orang Kurdi dan kebebasan politik meluas, seperti kebebasan akhbar bersuara dan berhimpun. Umumnya pertembungan hingga membawa peperangan di Timur tengah adalah di antara Rafidah (Syiah) dengan Mubtadiah. Sekarang dunia sedang menyaksikan pertembungan tersebut di bumi Syria.
Lihatlah putaran hidup manusia yang berterusan bergelumang dengan maksiat seperti judi, arak, pendedahan aurat, kebebasan seks, pelacuran, dan lain-lain. Ia sudah jadi fenomena biasa. Yang haram di anggap halal. Lantaran itu Allah mengingatkan manusia dengan menurunkan bala bencana.
Dunia sedang mencari-cari ajaran dan sistem-sistem yang baru untuk diamalkan kerana demokrasi, komunisma dan sosialisma nyata sudah nampak kelemahannya. Ianya punca krisis, perpecahan, ketidakadilan, kerosakan moral dan akhlak dan peperangan. Dalam situasi sekarang masyarakat dunia sedang menoleh dan memperhatikan Malaysia. Pelarian dari Timur Tengah khususnya Pelarian Syria menjadikan Malaysia payung tempat mereka berteduh.
Ulasan
Catat Ulasan