Ilmu dan Amal tidak boleh dipisahkan. Di era kebangkitan Islam kali kedua, Sultan dan Raja ada peranan. Antaranya memertabatkan kembali ajaran Islam. Intitusi ilmu agama berperanan untuk mendaulatkan Islam. Ilmu adalah penting bagi kita. Tak ada ilmu, walaupun cita-cita kita baik, cita-cita tu tak dapat kita perjuangkan. Ilmu menyuluh hidup dan perjuangan kita, samada menjadi panduan untuk baiki diri atau perjuangan kita atau ilmu itu kita jadikan panduan bila ada masalah. Rasulullah SAW bersabda: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) Di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat, kalau diibaratkan ilmu Islam itu ada sepuluh, amalan umat Islam ketika itu juga ada sepuluh. Sebab itu Islam ketika itu syumul dan terl...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.