MALAYSIA MENERAJUI EMPAYAR.
( Bahagian 6 ).
Maksud firman:
mereka:
"Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah 'sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar'. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu 'ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu".
(Al Baqarah 2:120 ).
PUTRAJAYA: Umat Islam diseru bersama-sama bersolidariti dalam perjuangan membebaskan Baitulmaqdis dan bumi Palestin daripada penjajahan dan penindasan regim Zionis.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata ummah juga digesa berhimpun bagi menyuarakan sokongan dan menzahirkan semangat intifada kepada rakyat Palestin.
"Ketika Salehuddin al-Ayubi ingin menawan semula Baitulmaqdis, beliau bertindak menyatukan
umat Islam terlebih dahulu.
Sehubungan itu, pokok pangkalnya
seluruh umat Islam diseru untuk
bersama menunjukkan solidariti
kepada rakyat Palestin dalam membebaskan Baitulmaqdis daripada belenggu penjajahan.
(Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Mufti Wilayah Persekutuan).
Salah Faham Tentang Makna solidariti terjadi salah faham dalam era dunia meriah berkata tentang solidariti sekarang ini. Solidariti yang ada di dunia Islam pada hari ini jauh dari maksud yang sebenar. Bahkan dipondok dan berbagai universiti sekarang ini sudah di sempit kan ertinya.
Solidariti sekadar berkumpul, bertemu, berseminar, dan bertemu sahaja. Telah menjadi fitrah atau tabiat semulajadi manusia, setiap orang, setiap kaum atau bangsa ingin bersatu-padu. Bahkan sebaliknya iaitu perpecahan, tidak ada orang walaupun apa kaum dan bangsa suka pada perpecahan. Lebih-lebih lagi kalau perpecahan itu hingga sampai membawa permusuhan dan peperangan.
Kerana kalau sudah sampai perpecahan itu membawa permusuhan dan seterusnya peperangan, ia akan menyusahkan semua pihak. Susah mencari rezeki, tidak aman di dalam perjalanan, tidak lelap mata tidur, payah mahu rehat, sentiasa bimbang, mungkin rosak harta benda, terkorban nyawa. Kalau hidup pun ada yang cacat anggota, terhalang mencari kekayaan, terhalang membangun dan membuat kemajuan.
Apabila perpecahan berlaku, terutama apabila membawa peperangan, manusia sudah hilang kebebasan, hidup dalam ketakutan, jiwa tertekan, keluh-kesah dan gelisah.
Oleh kerana kesan daripada perpecahan itu buruk padahnya, besar risikonya yang hendak ditanggung oleh manusia dan kerosakan pula mungkin akan ditanggung berpanjangan hingga kepada beberapa generasi yang kemudian, maka justeru itulah bahawa perpecahan itu sebenarnya adalah musuh kepada manusia.
Kerana itulah tidak ada manusia yang mahu dan suka. Manusia fitrah semulajadi memang ingin kepada hidup aman damai kerana di situlah rahsia adanya kebahagiaan dan keharmonian yang memang setiap manusia tidak kira apa etnik dan bangsa menjadi idaman mereka. Justeru itulah manusia ingin kepada berpadu dan bersatu.
Mengapa manusia ingin perpaduan?
Telah menjadi fitrah semulajadi kepada setiap manusia tidak kira apa kaum dan bangsa bahawa manusia itu suka dan perlu bergaul, bermasyarakat, bertemu dan berjumpa di antara satu sama lain. Di antara sebabnya ialah:
Manusia tidak boleh hidup bersendirian, kerana bersendirian terasa sepi dan kekosongan. Apabila bertemu ada perbualan dan perbualan itu fikiran dan hati sedikit terisi (terhibur) walaupun tidak kukuh.
Manusia hendak mendapat keperluan hidup paling tidak yang asas seperti makan, minum, pakaian, tempat tinggal, tidak mungkin dapat diusahakan sendirian kecuali ada bantuan orang lain sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Manusia tidak boleh lepas daripada menerima berbagai-bagai ujian hidup seperti sakit, miskin, ditimpa bencana alam, kematian. Oleh yang demikian untuk menyelesaikan masalah itu tidak mungkin boleh dibuat tanpa bantuan orang lain.
Manusia watak semula jadi nya atau tabiat semula jadinya sering mengundang musuh dengan orang. Untuk menolak kejahatan musuh nya manusia memerlu kan pertolongan orang lain, kalau begitu perlu adanya kawan dan orang yang menolong.
Ulasan
Catat Ulasan