Langkau ke kandungan utama

SYIAR ISLAM TERSERLAH.

Hadis menyatakan kebangkitan semula Islam akan bermula dari sebelah Timur. Abuya telah mendidik keluarga dan anak muridnya dengan menanamkan cita-cita tersebut dalam perjuangannya.

Abuya, keluarga dan anak muridnya ingin membuktikan kebenaran itu. Kini setelah hampir 50 tahun berjuang, keluarga dan anak muridnya telah meneruskan usaha-usaha yang telah Abuya lakukan. Perjuangan Abuya bertapak di Malaysia.

Sudah hampir seluruh
dunia pengaruhnya dan dipertahankan perjuangan tersebut. Dengan pembangunan rohani dan tamadun materialnya yang seimbang. Sesungguhnya, prestasi ini menjanjikan era yang lebih gemilang untuk Islam masa akan datang.

Sejarah adalah guru yang terbaik. Perjuangan Bani Osmaniah telah menjadi bahan sejarah. Bani Osmaniah menjadi panduan praktikal kepada umat Islam sekarang. Ianya bermula dari sebuah Bani atau sebuah institusi keluarga. Berkembang dengan pesat dan menjadi payung kepada bani-bani yang lain. Perjuangannya bertapak di Istanbul Turkey. Pengaruhnya terus berkembang dan akhirnya banyak bangsa dari benua-benua yang ada bernaung di bawahnya. Bani Osmaniah ada meninggalkan garis panduan yang jelas untuk perjuangkan yang hak atau kebenaran. 

Hampir lima puluh tahun umur perjuangan Abuya. Erti
nya, selama itulah Allah izinkan kita berjuang dan ber hempas pulas mujahadah melawan musuh lahir dan musuh batin, yakni nafsu dan syaitan.

Alhamdulillah, kita tidak pernah gagal dalam menghadapi musuh lahir. Tetapi terhadap musuh batin,
Sedikit sahaja daripada kita yang berjaya. Ramai yang gagal. Namun, mereka tetap tidak putus asa dengan Allah;
terus mencuba demi kalah
kan musuh-musuh Allah.

Malaysia kini terserlah di mata dunia. Apa yang ada di Amerika ada di Malaysia. Namun apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika iaitu kemeriahan syiar Islam.

( Malaysia )

 ( Amerika Syarikat )

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...