10 Hujah Malaysia boleh jadi peneraju empayar Islam. Perjuangan kasih sayang antara manusia anak kunci perpaduan dikalangan manusia.
Pertama: Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama namun hidup aman dan harmoni. Berlaku jurang perkauman antara etnik
yang besar, Melayu, Cina
dan India.
Berkat kebangkitan Islam kini berbilang etnik dan berbeza agama tidak menjadi halangan untuk rakyat hidup aman dan harmoni.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah kemuncak masaalah perpaduan kaum di Malaysia. rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Penulis ketika itu tinggal bersama Keluarga di Kampung Datuk Keramat Dalam berdekatan dengan kem tentera di Jalan Gerney.
Ketika kejadian kami diarahkan berpindah ke kem tentera di belakang eumah tersebut.
Dengan kejadian tersebut rakyat Malaysia banyak belajar dan ambil iktibar. Pengalaman hitam tersebut menjadikan rakyat berbilang kaum sedar dan insaf.
Itulah bukti yang menjadikan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berubah sikap kepada positif.Kesan nya pada hari ini rakyat Malaysia berbilang kaum boleh hidup harmoni. Rakyat berbilang bangsa boleh hidup bertolak ansur antara etnik yang besar, Melayu Cina dan India.
Ianya tidak berlaku di tempat lain. Contoh di Eropah Timur berlaku peperangan etnik. Contoh di Bosnia berlaku penghapusan etnik. Serbia memerangi etnik Bosnia.Terkini sedang berlaku sekarang perang etnik di Myanmar.
Perang saudara ialah perang antara dua kumpulan teratur dalam satu negara. Perang ini kebanyakannya disebabkan oleh pergolakan politik.
Matlamat satu pihak adalah bagi mengambil alih kuasa negara atau pun wilayah, bagi mencapai kemerdekaan sesuatu wilayah, atau bagi menukar polisi kerajaan.
Ia merupakan konflik amat ganas, sering kali membabit kan tentera tetap, yang dikekalkan, disusun dan berskala besar. Perang saudara seringkali menghasilkan jumlah besar korban dan memakan sejumlah besar sumber.
Perang saudara sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua.
Begitu juga berkaku di Timur Tengah, Perang saudara. Yaman dengan Saudi. Peperangan Syria dengan Saudi. Di Sudan juga berlaku perang saudara.
Jurang masyarakat tidak ketara antara kaya dengan miskin. Contoh kehidupan rakyat Malaysia tidak ada jurang yang ketara daripada gaya kehidupan. Walaupun ada yang terlalu kaya tetapi rakyat umum tidak ada yang kebuluran.
Dibandingkan sesetengah negara umat Islam yang lain jurang kehidupan rakyat terlalu ketara. Seperti di Pakistan yang kaya terlalu kaya dan yang susah ada yang kebuluran.
Bahkan ada yang tinggal dibawah jambatan. Pada tahun awal tujuh puluhan ada berlaku kebuluran antaranya di daerah Baling, Kedah di Utara Malaysia.
Apabila Islam di perjuangkan
dengan pendekatan kasih sayang, ia diterima oleh pelbagai negara, etnik dan agama. Inilah pengalaman yang diterima oleh Abuya Imam Ashaari di Manila dikalangan penganut agama Kristian. Bahkan pendukung kuat gereja mengucap terima kasih kepada Abuya kerana berjaya mendidik cicunya dengan Islam. Setelah memeluk agama Islam di tangan Abuya cucunya berubah 360 darjah.
"Kasih sayang sesama manusia.Kalau mahu kekal, hubungan cinta Allah kenalah jaga.Kasih sayang yang begini, ia adalah sejati.
Sampai ke mati.
Kasih sayang yang tidak di ikat dengan cinta Allah.
Biasanya tidakkan kekal.
Tidak sampai kemana.
Jika pun kekal kerana keadaan yang memaksa.
Tapi indahnya tiada.
Bersambung...
Ulasan
Catat Ulasan