Hujah kedua Malaysia boleh jadi peneraju empayar Islam.
Model Islam yang ditonjolkan
di Malaysia bersifat praktikal dan sederhana. Bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW," “Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahanya”. Ini memang bukan hadits akan tetapi statusnya adalah “mauquf”. Yaitu perkataan para sahabat. Dan tentu para sahabat gurunya adalah Rasulullah SAW.
خير الأمور أوسطها
“Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahannya”
Dan ada dalil-dalil bahwa ajaran Islam memang pertengahan tidak ektrim dan sangat praktikal. Islam yang ditonjolkan ialah "model Islam is the way of live." Islam adalah cara hidup.
Contoh Islam yang di tonjol kan oleh Malaysia dengan pendekatan yang sederhana dan praktikal iaitu dengan pendekatan kasih sayang.
Semua manusia memerlukan nya.Kasih sayang ia diperlu kan oleh semua manusia tidak mengira agama dan etnik.
Kita semua memerlukan
kasih sayang seperti kita perlukan oksigen. Begitulah tafsiran model cara hidup Islam yang sederhana. Inilah yang dimaksudkan sebaik-baik perkara adalah pertengahan. Iaitu manusia dapat banyak manfaat dengan pendekatan pertengahan yang diperkenal kan oleh Malaysia.
Banyak negara Timur Tengah
yang tertarik dengan pendekatan yang dilakukan oleh Malaysia. Contoh memperkenalkan aplikasi halal. Ini menjadi rujukan seluruh dunia. Negara Islam dan bukan negara Islam. Maklumat ini daripada program Halal melalui wawancara yang dilakukan di TV1 RTM siaran langsung 18/11/2017.
Di tekankan sekali lagi bahwa semua yang berkaitan dengan kemashlahatan dunia dan akhirat sudah diajarkan oleh Islam. Apabila Malaysia mengikut arus kebangkitan Islam, negara Malaysia akan mendapat keberkatannya. Seluruh rakyat yang bernaung di negara tersebut juga mendapat berkatnya.
Mendapat bantuan ghaib. Haramain ketika era kebangkitan pertama mendapat berkat kebangkitan pertama. Di era
Kebangkitan kedua Malaysia
akan mengulangi Haramain mendapat bantuan Allah.
Berlaku berbagai-bagai bantuan bagi mengatasi ujian-ujian tersebut seperti Firasat, Yakazah, Hatif dan sebagainya yang berbentuk Khawariqul ‘adah (perkara yang mencarik adat atau di luar logik).
Bagi para rasul dinamakan mukijzat, bagi para wali dinamakan karamah dan bagi orang-orang soleh dinamakan maunah. Maunah selalunya disandarkan kepada karamah. Bantuan-bantuan inilah merupakan hiburan di dalam menempuh ujian dan cabaran yang menimpa bumi Malaysia untuk merialisasikan model Islam. Negara beruntung kerana ada orang-orang soleh yang berada di bumi tersebut. Wabihim yunsorun wabihim yurzaqun. Di sebab kan mereka Tuhan bantu dan disebabkan mereka Tuhan berikan rezeki.
Ulasan
Catat Ulasan