Langkau ke kandungan utama

BELAJAR YANG TERSIRAT.

BELAJAR GALI HIKMAH.

Maksudnya: “Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada
dalam diri mereka.”
(Ar Ra’d: 11).

Maksudnya: “Hari (Akhirat) yang tidak bermanfaat harta dan anak-anak kecuali kembali dengan hati yang sejahtera.”(As Syu’ara: 88-89)

Abuya beri panduan dan didikan kepada keluarga dan anak muridnya ini ketika mereka sedang menjalani perintah sekatan di bawah Akta Kediaman Terhad (ISA).
Inilah salah satu pembuktian dari kita kata Abuya, bahawa kita reda dengan ketentuan-Allah. Dan sebagai tanda bahawa kita tidak marah kepada pihak kerajaan yang telah menghancurkan
wadah perjuangan sebelum ini iaitu Arqam. Semua itu sudah Engkau takdirkan berlaku. Abuya yakinkan kita terdapat 1001 hikmah di
sebalik peristiwa itu yang sebahagiannya Tuhan beri faham kepada kita yang selebihnya kita yakin Tuhan rahsiakan hikmahnya, itu pun kita yakin pula ada hikmah nya.Abuya ingatkan kita jangan marah kepada pihak yang mengadakan konspirasi
sehingga kita dan beberapa orang pimpinan Abuya di-ISAkan.Selain kita sebagai hamba tidak berhak mempersoalkan kehendak dan ketentuan Tuhan, kita adalah orang berjuang dan mempunyai jiwa dan cita-cita perjuangan. Cita-cita perjuangan ini telah Abuya tanam kepada keluaega dan muridnya.

Maka perjuangan
ini sudah menjadi darah daging.Jiwa dan cita-cita perjuangan itu telah Abuya suburkan selalu. Menanamkan dalam sekeping hati yang ada cita-cita hendak membawa  manusia kepada Tuhan.

Di zaman manusia sangat memburu keduniaan, sangat
sedikit yang membawa Tuhan dalam hidup atau mungkin tiada langsung. Apabila manusia melupai dan menyisihkan Tuhan,
manusia sudah menjadi ibarat kereta tanpa enjin. Biarpun kelihatan cantik dan hebat namun kereta tersebut sudah ketiadaan
fungsinya yang sebenar sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Atau tidak lebih dari satu objek yang saban hari hanyalah fungsinya
memproses najis. Atau bahasa mudahnya manusia sudah menjadi kilang najis.
Tidak hairanlah dunia hari ini dilanda krisis, porak-peranda,
permusuhan, perpecahan, tindas-menindas, menzalimi, hilang kasih sayang, mementingkan diri sendiri, berbunuhan dan
berperang. Segala macam gejala sosial sudah tidak dapat diatasi,diselesaikan dan dibendung. Berbagai saranan, pendapat, idea,
buah fikiran, aktiviti, agenda dan program sudah dibawa kepada masyarakat. Berbagai akta, undang-undang, peraturan dan
penguatkuasaan sudah dilakukan. Sudah ramai pula yang sudah terhukum namun semuanya gagal mengatasi berbagai masalah
yang sudah sangat meresahkan perasaan manusia.

Ini tidak lain kerana aspek yang paling utama kepada manusia sudah dipinggirkan iaitu Tuhan. Manusia sudah tidak takut dan cintakan Tuhan. Maka suburlah mazmumah dalam hati manusia. Sedangkan mazmumah itu adalah racun dalam kehidupan manusia. Racun itu adalah rosak dan merosakkan. Kalaupun
racun itu tidak tumpah kepada pihak lain, sifat diri racun itu sendiri adalah rosak. Betapalah apabila racun itu merebak maka
ia akan mengakibatkan kerosakan yang mengerikan.
Di sinilah betapa pentingnya seketul hati yang kecil itu diberi perhatian kerana fungsinya amat besar. Hati yang kecil itu menjadi penentu kepada kehidupan manusia seluruhnya. Hati
yang penuh subur dengan sifat-sifat mazmumah menjadikan kehidupan manusia rosak binasa dan begitulah sebaliknya hati
manusia yang subur sifat-sifat mahmudah akan menjadikan manusia bahagia, aman damai, harmoni, berkasih sayang dan penuh kesejahteraan. Lebih-lebih lagi hati juga sebagai penentu sama ada selamat di Akhirat kelak atau akan dihumban ke Neraka yang amat azab.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...