EMPAYAR IDAMAN.
Empayar Islam yang diterajui oleh Malaysia bahagian ke 8.
Telah menjadi tabiat semula jadi manusia, lelaki ada rangsangan ingin perempuan dan perempuan juga ada rangsangan inginkan lelaki. Maka timbul perlu-memerlu satu sama lain. Seterusnya terjadilah perkahwinan dan pertemuan di antara dua keluarga.
Fitrah semulajadi manusia ingin membangun dan maju, maka lahirlah perhubungan antara buruh dengan majikan. Majikan perlukan buruh, buruh pula perlukan majikan untuk dapat gaji. Manusia juga sukakan negara yang aman makmur, maka pemimpin perlukan kerjasama rakyat, dan rakyat juga perlukan pemimpin yang adil untuk mencapai hasrat.
Tabiat semulajadi manusia ingin ilmu, maka timbullah cari guru dan orang yang memberi ilmu ingin pula memperpanjangkan ilmunya. Timbullah perlu-memerlukan satu sama lain.
Telah menjadi tabiat semulajadi orang yang kuat dan pandai ingin jadi pemimpin, maka perlu pada pengikut dan orang yang lemah pula ingin perlindungan oleh seorang yang kuat (pemimpin). Terjadilah perlu-memerlukan satu sama lain.
Setelah kita mengkaji secara rambang, nyata dan jelas
sekali bahawa manusia itu
di dalam mengendalikan kehidupan mereka memerlu kan satu sama lain, sandar-menyandar, memerlukan bertolong bantu, kerjasama. Kalau tidak, tidak boleh hidup, sama ada suka atau tidak. Terpaksa manusia hidup begitu. Kalau fitrahnya tidak mendorong, namun keadaan hidup itu memaksa perlu-memerlu satu sama lain. Ertinya untuk mendapat kan empayar idaman kita perlukan saling mendokong.

Fitrah masyarakat yang ada di Malaysia lebih subur, jika dibandingkan masyarakat di Timur Tengah dan di Barat. Sebab itu banyak isu-isu kemanusian di perjuangkan oleh Malaysia. Seperti pelarian Bosnia, pelarian Rohingya dan isu terbaru iaitu solidariti Aqsa.
Apabila umat Islam di Malaysia amalkan Islam kembali, ia akan dilihat dagang dan akan kembali dagang. Islam itu datangnya membawa perbezaan dan kalau Islam itu diamalkan kembali, ia juga akan membawa perbezaan. Islam itu lain pada yang lain. Ketika awalnya dahulu, Islam itu terpinggir, jauh tersisih dari cara hidup orang-orang Arab jahiliah. Di akhir zaman juga ia terpinggir. Cara hidup Islam yang sebenar jauh tersisih dari cara hidup umat Islam di zaman jahiliah moden ini. Apabila ia diamalkan kembali di Malaysia bahkan di era kebangkitan Islam ini syiar Islam begitu terserlah di Malaysia.
Pengalaman rakyat Malaysia
diluar negara sangat terserlah. Contoh kemana negara yang di kunjungi orang Islam Malaysia akan bertanya apakah makanan inj halal. Ini sangat terserlah sekalipun di Malaysia. Lebih-lebih lagi kalau kita berkopiah putih atau memakai songkok hitam. Kalau kita tak tahu, nanti orang lain tolong bagi maklumat kepada orang yang memakai kopiah bahawa disini tak halal.

Untuk menebus kembali maruah umat Islam yang sudah punah ranah ini, untuk membawa Islam kembali ke mercu kegemilangan nya dan untuk menjadikan umat Islam ini pewaris bagi bumi Allah ini, maka kita perlu tingkatkan amalan Islam kita. Kita perlu hidupkan semula segala amalan-amalan Islam yang telah lama kita tinggalkan dan kita lupakan. Umat Islam perlu kembali kepada amalan Islam yang sebenar.
Kalaulah amalan Islam kita pada hari ini diibaratkan hanya satu dari sepuluh ilmu Islam yang ada, marilah kita tingkatkan amalan kita itu kepada dua, tiga, empat, lima dan seterusnya setakat mana yang kita mampu.
Islam itu ialah iman, ilmu dan amal. Kalau tidak ada ketiga-tiga perkara ini, Islam tidak akan terlaksana. Islam akan hanya menjadi seperti benih yang belum ditanam. Pokoknya tidak ada. Kalau pokok Islam tidak ada, masakan dapat kita nikmati buahnya yang enak, lazat dan manis.Dengan ketiga-tiga perkara ini juga iaitu iman, ilmu dan amal, Islam kita akan bertambah syumul dan bertambah syumul. Di atas kesyumulan inilah letaknya kasih sayang Tuhan. Di atas kesyumulan inilah letaknya nikmat, rahmat dan keampunan Tuhan.
Ulasan
Catat Ulasan