IMAN KUATKAN UKHWAH.
KUALA LUMPUR: Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis esok adalah lambang solidariti rakyat Malaysia secara aman bagi memberi sokongan terhadap rakyat Palestin.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha, berkata ia juga untuk menunjukkan protes terhadap cadangan Baitulmaqdis dijadikan sebagai ibu negara Israel.
Justeru, beliau mengajak orang ramai untuk hadir ke perhimpunan yang akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya, bermula jam 12 tengah hari hingga 3 Petang, esok bagi menyemarakkan lagi semangat dalam memberi sokongan terhadap isu Baitulmaqdis.
Malaysia sudah dikenali pendiriannya terhadap Baitul Maqdis sangat jelas. Malaysia menjadi negara paling hadapan dalam membela nasib umat Islam Palestin, Rohingya dan sebelum ini membela rakyat Islam Bosnia.
Apabila aqidah atau iman itu dan syariat begitu kuat dan teguh mengikat di kalangan anggota parti atau jemaah atau satu masyarakat di waktu itu akan terjadilah di kalangan umat Islam di dalam jemaah atau masyarakat itu sepertimana yang digambarkan oleh Hadis.
Ertinya:
“Perumpamaan orang mukmin itu di dalam kasih sayang, cinta-mencintai dan berlemah-lembutnya di kalangan mereka itu adalah seperti jasad yang satu, apabila satu anggota sakit, seluruh anggota akan merasa sakit.”
Ini memberi erti atau menggambarkan bahawa masyarakat orang Islam adalah anggota-anggota sebuah jemaah Islam itu kalau benar-benar beriman dan bersyariat lahirlah satu perasaan hati di antara satu sama lain.
Bahawa kegembiraan boleh dikongsi bersama dan kesusahan pun boleh dikongsi bersama iaitu kesenangan yang berlaku pada seorang anggota jemaah atau parti atau masyarakat, orang lain ikut sama rasa senang dan gembira. Kesusahan seseorang pula, orang lain ikut serta merasa kesusahan dan bersedih hati.
Apabila perkongsian hati dan perasaan itu wujud di kalangan umat Islam di waktu itu akan wujud satu masyarakat yang amat indah. Iaitu orang yang kaya membantu orang yang miskin dan susah tanpa diminta. Orang yang miskin dan susah pula tidak suka meminta-minta kecuali terpaksa sangat dan mereka tetap sabar.
Orang tuanya dan pemimpin akan dihormati dan di mulia kan. Kanak-kanak dan orang bawahan akan dikasihi dan diberi simpati. Orang-orang muda berakhlak tinggi dan memberi khidmat dengan tenaga kepada masyarakat.
Ulasan
Catat Ulasan