MALAYSIA PENERAJU EMPAYAR (Bah 3).
Empayar Islam seperti Andalusia, Osmaniah dan sebagainya. Semua empayar Islam itu di zaman apapun sifatnya sama, dari dahulu hingga sekarang. Tempatnya berubah, orang atau bangsa nya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi ciri-cirinya tetap sama.
Apa yang berlaku kepada
peneraju-peneraju empayar Islam
atau pejuang-pejuang empayar
Islam pada setiap zaman juga
sama. Ini kerana empayar Islam memperjuang kan Islam yang sama, Tuhan yang sama, syariat Islam yang sama dan apa yang diperjuangkan ialah prinsip yang sama dan syariat yang sama.
Oleh yang demikian empayar
Islam seperti yang kita sebutkan
diatas atau mana-mana empayar
yang bawa kebenaran itu, kalau empayar itu benar-benar mengikut lunas-lunas dan landasan Islam yang sebenar dan dilaksanakan tepat mengikut cara yang Allah mahu, maka sifatnya pasti sama dengan mana-mana empayar Islam.
Matlamat sebuah empayar
Islam ialah untuk melahir
kan masyarakatnya yang bertaqwa. Negara-negara
yang bernaung dibawahnya
dipastikan masyarakanya ada
roh tauhid. Empayar tersebut berpegang dengan Pegangan ahli sunah wal jamaah. Ia empayar yang berjalan diatas landasan syariat Islam.
Empayar tersebut mempasti kan rakyatnya berjalan diatas syariat Tuhan untuk keselamatan dunia dan Akhirat. Empayar Islam adalah pusat general knowledge atau payung besar yang memayungi payung-payung kecil yang bernaung dibawanya.
Umat Islam yang lahir di era empayar dan dibesarkan ditengah suasana Islam yang begitu berwebawa, terbentuk begitu rupa. Mereka punya persediaan jiwa, akal dan fizikal yang cukup kuat untuk tampil mengisi keperluan ummah Islam ketika itu.
Era kebangkitan Islam kali ini
orang Melayu Islam dipersiap
kan jiwa mereka rasa senang menolong umat Islam di
negara lain yang memerlukan pertolongan. Seperti umat
Islam di Palestin, Malaysia di
barisan hadapan menghulurkan pertolongan dan bantuan.Umat Islam di Rohingya, begitu juga menerima bantuan dari Malaysia.
Akal mereka cerah kerana
mengikuti arus kebangkitan
Islam yang sedang rancak
berlaku dan arusnya begitu
laju mengalir keseluruh dunia
Disudut apapun Malaysia diberi perhatian istimewa. Org Melayu mengepalai apa-apa program dan aktiviti di peringkat dunia.
Jiwa orang Melayu yang disuburkan dengan arus kebang- kitan, mudah di bangun kan untuk membantu muslim ditempat lain. Berkat kebangkitan dapat dilihat daripada kecergasan fizikal yg dilahirkan oleh mereka. Anak anak bangsa Melayu baru yang bakal mencorak peta dunia baru Islam.
Ulasan
Catat Ulasan