PERANAN EMPAYAR OSMANIAH
Sejarah adalah guru yang terbaik. Perjuangan Bani Osmaniah telah menjadi bahan sejarah. Bani Osmaniah menjadi panduan praktikal kepada umat Islam sekarang.
Ianya bermula dari sebuah Bani atau sebuah institusi keluarga. Berkembang dengan pesat dan menjadi payung kepada bani-bani yang lain.
Pengaruhnya terus berkembang dan akhirnya banyak bangsa dari benua-benua yang ada bernaung di bawahnya. Bani Osmaniah ada memberikan garis panduan yang jelas untuk perjuangkan kebenaran.
Perjuangan Bani Osmaniah berjaya menanamkan cita-cita Islam. Berjuang ke satu arah matlamat iaitu mendapatkan redha Allah SWT.
Berada di bawah satu kepimpinan atau di bawah seorang pemimpin sama ada pemimpin itu ditunjuk oleh Tuhan ataupun tidak.
Empayar tersebut telah melahirkan panduan dari sumber yang satu iaitu dari pemimpin di dalam empayar tersebut.
Ilmunya pula mencakup pelbagai aspek ilmu untuk membangunkan berbagai-bagai sistem dalam khilafah dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Itulah dia khilafah Bani Osmaniah yang telah melakar sejarah sebuah model empayar Islam. Jadi, kalau sebahagian dari sifat-sifat yang disenarai tadi tidak ada maka kita gagal membangunkan jemaah Bani atau jemaah Islam.
Bani Osmaniah asalnya adalah sebuah masyarakat yang kecil. Dari masa ke semasa umat Islam rasa dapat pembelaan di bawah naungan bani tersebut.
Pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi ke atas individu yang bertaqwa mudah dilihat dan dikesan. Tetapi pertolongan dan bantuan yang Tuhan bagi di atas dasar sebuah Bani sukar hendak di kesan.
Ini kerana pertolongan dan bantuan Tuhan itu dirata dan dipelbagaikan. Ada ahli jemaah yang dijadikan kaya, ada yang diberi ilmu. Ada yang penyantun dan berkasih sayang. Ada yang pandai membuat perhubungan. Ada yang pandai mendidik. Ada yang pandai mentadbir dan sebagainya. Seperti juga di dalam sesebuah masyarakat, akan berlaku saling bantu membantu, kuat menguat dan perlu memerlukan kerana jemaah bani itu hakikatnya adalah sebuah masyarakat yang kecil.
Firman Tuhan :
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.
( Al- An'aam: 153 ).
Khilafah Islamiah Uthmaniah adalah sebuah wadah umat Islam yang bertaraf empayar terakhir. Ia di asaskan oleh keluarga Bani Osmani. Daulah Bani Osmaniah (الدولة العثمانية)
Ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad kesebelas yang lalu.
Empayar Khilafah Uthmaniah ini pernah menjadi model dan ikon kemajuan dunia serta sumber inspirasi abad pertengahan di Eropah.Para Khilafah Uthmaniyah membina empayar mereka dengan semangat Islam yang menyala dan membara.
Mereka membangunkannya dengan keringat dan kesungguhan, darah dan air mata, harta benda dan jiwa, demi menegakkan syariah dan kalimah Allah. Tidak hairanlah dengan semangat juang yang tinggi itu mereka berjaya menakluk Konstantinople yang menjadi idaman setiap bangsa dunia ketika itu.
Perjuangan mereka berpandukan sabda Rasulullah s.a.w, “Konstantinople akan dapat ditakluki oleh seorang lelaki. Maka dia adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Janji Rasulullah s.a.w ini tertunai apabila pada tahun 1453, kota Konstantinople jatuh ke dalam genggaman Sultan Mehmed al-Fatih.
Pembentukan kerajaan Uthmaniyah dengan asas kekuatan jihad Islam telah menjadikan mereka sebagai satu pasukan elit yang terlatih, berdisiplin, bersemangat, memiliki keberanian dan ketangkasan yang tiada taranya. Malahan semangat dakwah mereka mampu merubah satu bangsa nomad yang sederhana menjadi sebuah pembangun empayar yang amat digeruni dengan kuasanya melebar ke tiga benua iaitu di Afrika, Asia Tengah dan Eropah hingga menjangkau ke benteng kota Vienna, Austria.
Paul Kennedy menyatakan dalam tulisannya : “Empayar Uthmaniyah bukan hanya sebuah kerajaan tentera malahan ia mampu menjadi penakluk elit yang dibentuk dari satu kesatuan iman, budaya dan bahasa pada sebuah kawasan yang lebih luas dari Empayar Rumawi (Byzantine) dan bagi penduduk yang lebih besar jumlahnya. Dalam beberapa abad sebelum kurun ke-14, Islam telah melampaui Eropah dalam bidang kebudayaan dan teknologi. Kota-kotanya sangat luas, tersusun dan perairan yang sangat baik. Beberapa kota turut mempunyai perpustakaan yang lengkap dan masjid yang indah. Dalam bidang matematik, kartografi, perubatan dan aspek lain daripada jurusan sains dan industri, kaum muslimin sering terkehadapan.”
Pada ketika itu tema utama yang diperjuangkan keluarga Bani Osmani bersama pengikut-pengikutnya ialah “Kembali kepada membenarkan janji Allah" dan yang menonjol ialah berpakaian menutup aurat, menghidupkan suasana Islam di semua peringkat, bermula dari keluarga, negara dan seterusnya di peringkat empayar mengikut Syariat Islam.
Bersama dengan arus kebangkitan dan kesedaran Islam yang diperjuangkan oleh keluarga bani Uthmani untuk membenarkan janji Allah.
Pengaruh keluarga Bani Osmani semakin meluas.Tidak dinafikan aspek kekuatan lahiriah dan rohaniah sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya.
Era kegemilangan Andalusia adalah momen keagungan pemerintahan Islam sejak zaman Bani Umayyah. Bermula diterokai oleh Tariq bin Ziyad, diikuti bantuan yang diberikan oleh Musa bin Nusair. Kemenangan tentera Islam menguasai wilayah-wilayah al-Andalus dalam tempoh 5 tahun iaitu 711-715M.
Pada masa seseorang pengamal perubatan di Eropah yang memotong, menjahit atau membuang anggota yang tercedera dari dijangkiti kuman dianggap sebagai ahli sihir. Namun di Andalusia, masyarakatnya telah berada dalam tahap kecemerlangan dalam bidang perubatan hingga pemerintahnya membuka hospital dan pusat perubatan untuk rakyatnya, ratusan buah buku mengenai perubatan direkod,
dikaji dan ditulis.
Ketika kota Paris dan London masih tidak berturap dan dipenuhi lumpur di setiap lorong dan jalan rayanya. malah tidak mempunyai lampu jalan yang menerangi kotanya pada waktu malam. Kota-kota di Andalusia mendahului kedua kota tersebut seawal 3 abad dengan jalan yang berturap batu serta laluan air dan lampu-lampu jalan yang dipasang sepanjang malam. Infrastruktur yang maju ini dilakarkan oleh Ibn Hayyan tentang kota Cordoba.

Selat Bosphorus di waktu malam |
Selat Bosphorus menjadi saksi perjuangan Islam dan khawariqul Adah yang berlaku kepada Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya. |

Ulasan
Catat Ulasan