SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mengadakan Festival Halal Selangor 2017 bermula pada 29 November hingga 3 Disember 2017 di Taman Tasik Cempaka Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Keperluan manusia ialah fizikal dan rohani. Fizikal manusia perlukan makan minum. Untuk memenuhi keperluan rohani manusia perlukan Tuhan. Hamba Allah yang terbaik ialah yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ketika kerajaan negeri selangor mengadakan festival halal,mengingatkan saya kepada ekspo dan festival halal yang peenah dianjurkan oleh Abuya keseluruh Malaysia.
Suatu ketika dahulu Abuya pencetus produk halal. Memiliki kilang-kilang sendiri yang mengeluarkan makanan halal. Seperti kilang kicapkilang sos kilang me kuning, kilang roti dan sebagainya.
Ciri-Ciri etnik baru yang menjadi payung kepada bangsa lain. Di mana kebenaran yang ada pada mereka terserlah. Kebenaran yang jelas dimaksudkan ialah:
• Kasih sayang • Keadilan • Peri kemanusiaan yang amat tinggi • Rasa bersama dan bekerjasama • Kesatuan dan perpaduan • Mengutamakan orang lain dan bertolak ansur • Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan • Merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia • Memikirkan kepentingan orang lain • Sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian.
Kesedaran umat Islam tentang keperluan halalan toiban sudah begitu tinggi. Negara sering menganjurkan produk halal dan di ikuti oleh negeri contoh negeri Selangor festival halal yang bertempat di Bangi daerah Kajang.
Ia meletakkan harapan tinggi kepada umat Islam yang berada di negara negara lain. Bersesuainlah dan bertepatan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Ialam di Timur. Agong sebagai ketua agama dan sultan di negeri dapat mengembalikan semula kebenaran yang di nanti-nantikan oleh semua bangsa dan agama yang ada di Malaysia.
Kebenaran yang telah di sebutkan seperti di atas. Inilah yang Abuya kongsikan dengan kita sebelum ini bahawa Raja ada peranan pada kebangkitan Islam sekali lagi.
Dengan tertabalnya Sultan Muhammad V menjadi Agong berkuasa selama 5 tahun menerajui Malaysia. Semoga di era kepimpinan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 dapat membenarkan kebenaran "kebangkitan intitusi raja-raja ada berperanan.
Iaitu kegemilangan Islam kali kedua bukan satu ramalan, rekaan atau khayalan. Ianya pasti terjadi kerana ianya merupakan janji dari lidah Rasul SAW."
Etnik baru yang menjadi payung kepada bangsa lain sifatnya lemah lembut, dia tegas dalam perjuangan. Walaupun banyak menyerah diri kepada Tuhan, dia tahan di uji.
Kalau di timpa pelbagai ujian, bertambah keyakinannya, bertambah optimisnya dan bertambah sangka baiknya dengan Tuhan. Jiwanya kukuh dan kental.
Apa sahaja yang diperjuangkan ditegakkan pada dirinya terlebih dahulu. Kita boleh buat apa yang dia buat. Kita boleh amal apa yang dia amal. Dia boleh jadi contoh tidak mancam pejuang lain.
Pejuang kebenaran boleh dijadikan tauladan. Pejuang lain perlu dijadikan sempadan. Pejuang lain selesaikan dengan akal, walaupun masalah itu bersabit dengan hati dan jiwa manusia.
Kita bersyukur kepada Allah di anugerahkan raja yang berperanan di era kebangkitan Islam. Sebelum ini sultan Mizan terengganu sangat memberi laluan kepada perjuangan Abuya. Ibunda Sultan Mizan berguru Quran yang sama dengan Ustaz Hasan Azhari yang anaknya kini selebriti yang tidak asing iaitu Jamaluddin Hasan Azhari.
Anak-anak Abuya keluar masuk istana terengganu adalah perkara biasa dengan tujuan dakwah. Melalui kumpulan nasyid yang di terajui oleh anak-anak perempuan Abuya iaitu kumpulan Mawaddah yang tidak asing lagi membawa mesej dakwah Islam. Kini kita dan dunia sudah menyaksikan pertabalan sultan Kelantan sebagai Agung. Iaitu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-15 Sultan Muhammad V telah melafazkan sumpah memegang jawatan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2016. Intitusi raja-raja memainkan peranan penting di era kebangkitan Islam kali kedua. Umat islam akan kembali gemilang. Saat dan ketikanya sudah menjelang tiba. Kita bersyukur Allah izinkan bersama berada di era kebangkitan Islam yang kedua bakal mencorak dunia baru Islam sekali lagi di Akhir zaman.
Perjuangan kebenaran itu walaupun membawa Tuhan, membawa Islam, orang yang tidak Islam pun suka. Sebab kebenaran itu kepunyaan bersama. Islam atau tidak Islam, itu hidayah dari Tuhan, bukan hak kita. Tetapi berkaitan dengan kebenaran, kerana ia keperluan semua bangsa maka semua bangsa dan etnik boleh terima walaupun tidak Islam. Itulah dia di antara ciri-ciri kebenaran yang tersirat dan yang lahir. Kalau kita bahaskan, banyak lagi. Tapi sekadar itu sudah cukup. Dengan itu diharapkan dapat kita bezakan antara pemimpin kebenaran dengan yang bukan kebenaran.
Ulasan
Catat Ulasan