TAKRIF TAQWA
Abuya mendidik keluarga dan anak muridnya mementing kan pembangunan insan. Yang dimaksudkan pembangunan insan ialah manusia itu di bawa bersandar dengan Tuhan. Kita yakinkan manusia supaya berlindung dengan Tuhan. Tuhan adalah segala-segalanya.
Kepada Tuhan tempat kita bernaung. Kepada Tuhan tempat kita meminta tolong. Kepada Tuhan kita menyembah. Kepada Tuhan kita mengadu dan merintih.
Tuhan suka mendengar rintihan hambanya.
Tuhan suka mendengar rintihan hambanya.
Kita mulakan apa-apa pun dengan ingat kepada Tuhan. Sebab itu dalam feqah kita mulakan sesuatu perkara atau pekerjaan dengan nama Tuhan. Iaitu ( بسم الله الرحمان الرحيم ). Bismillah hirrahma nirrahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Taqwa berasal dari bahasa Arab. ( وقى يقى وقاية ) perkataan waqa-yaqi-wiqoyah yang artinya memelihara .Hujahnya ialah ayat Al Quran seperti berikut:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
Maksudnya:
Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu memelihara diri kamu dan keluarga kamu dari api Neraka." (At Tahrim: 6)
Taqwa artinya adalah dipelihara dan dilindungi oleh Allah. Taqwa bukan berarti takut. Taqwa pada Tuhan bukan berarti takut pada Tuhan. Takut kepada Tuhan hanyalah satu daripada sifat mahmudah (sifat baik) yang terangkum dalam sifat taqwa tetapi takut bukanlah taqwa. Takut dalam bahasa Arab ialah khauf atau khasya.
Usaha untuk menjadi orang bertaqwa ertinya adalah menjadikan Allah sebagai pemelihara atau pelindung atau pembenteng. Usaha untuk itu adalah dengan melaksanakan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah baik lahir maupun batin.
Dengan kata lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpulkan dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung.
Dengan kata lain, perkara yang disuruh itu ialah membina sifat-sifat mahmudah. Mengumpulkan dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah itulah usaha bagi menjadikan Allah itu sebagai pemelihara atau pelindung.
Membina sifat-sifat mahmudah itulah usaha ke arah taqwa. Contoh dalam perniagaan kita jadikan Tuhan adalah modal untuk menjayakan apa yang kita lagang. Bahkan apa sahaja yang hendak kita lakukan, jadikanlah Tuhan segala-galanya.
Di akhir zaman Rasulullah telah memberitahu, manusia menjadikan duit sebagai agama mereka.
Ulasan
Catat Ulasan