MALAYSIA PENERAJU EMPAYAR (bah 5).
Malaysia negara pertama menyatakan bantahan
kepada kuasa besar Amerika
yang mendokong Baitul Maqdis dijadikan ibu negara Israel. Malaysia pada hari ini
menganjurkan soladariti Baitul Maqdis adalah ibu negeri Palestin. Semangat yang ada pada Malaysia patut menjadi rujukan negara-negara Islam yang lain. Begitu juga apa yang dianjurkan oleh Malaysia juga disokong oleh agama
yang lain dan bangsa lain.
Kalau kita tinjau kekuatan
yang ada pada Amerika jauh
lebih hebat dibandingkan dengan Malaysia. Ini bukan bererti kuasa besar boleh menafikan maruah yang ada pada Malaysia. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata ummah juga digesa berhimpun bagi menyuarakan sokongan dan menzahirkan semangat intifada kepada rakyat Palestin.
Zulkifli berkata, Malaysia menerusi kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sudah menyuarakan pendapat yang tuntas dan berani ketika sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turki baru-baru ini.
"Suara yang sama kita lihat disuarakan oleh pemimpin dan badan bukan kerajaan (NGO) sama ada Islam atau bukan Islam.
"Malah suara yang sama juga disampaikan oleh orang Islam yang cakna dan prihatin dalam isu Baitulmaqdis ini," katanya.
Beliau berkata, pengundian pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam yang mengisytihar keputusan Amerika Syarikat (AS) iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai tidak sah dan terbatal jelas menunjukkan manusia benci kepada kezaliman.
"Keputusan di PBB ini jelas menunjukkan bahawa manusia bencikan kezaliman, menentang kezaliman dan tidak bersama kezaliman terutamanya di kota Baitulmaqdis," katanya.
Nisbah kekuatan yang ada
di Barat jauh lebih besar dari apa yang ada di Timur. Namun apabila kita bersandar dengan Tuhan
jauh lebih hebat daripada
biasa. Malaysia sebagai
tapak kebangkitan Timur
mempunyai kekuatan melebihi biasa jika bersandar dengan
Tuhan yang Maha Hebat.Dalam kebangkitan yang hak atau kebenaran ada nisbah kelebihan kekuatan 1:10. Di dalam Al-Quran ada disebut nisbah 1:20. Ini melibatkan tenaga manusia, masa, modal dan wang ringgit.
Sebuah negara yang sedia bersandar dengan kuasa yg
Maha Hebat layak menerima
bantuan Tuhan. Negara yang bukan saja menegakkan kebenaran, keadilan dan bela
Negara yang ditindas seperti Palestin. Atas faktor kebenaran mampu lakukan dan melaksana kan kerja sepuluh kali ganda melebihi negara yang pejuangkan batil dan kebatilan. Kalau pejuang kebatilan mengambil masa setahun untuk membuat sesuatu kerja, pejuang kebenaran hanya perlu satu bulan sahaja. Kalau pejuang kebatilan memerlukan modal RM100,000, pejuang kebenaran hanya perlukan
RM10,000 sahaja untuk menegakkan projek yang sama.
Jalannya tetap dan jelas itulah yang menjadi pegangan di Malaysia. Pegangan rasmi negara iaitu ahli sunnah wal jamaah. Perjuangan kebenaran itu tetap dan jelas. Jalan perjuangannya juga tetap dan jelas. Tidak ada pakatan-pakatan. Tidak ada kompromi-kompromi. Tidak ada terima separuh, tolak separuh. Tidak ada ambil separuh, tinggal separuh. Perjuangan adalah
tetap di jalan Allah dan di jalan kebenaran. Contoh apabila Malaysia nyatakan dengan
tegas pendiriannya mendokong perjuangan umat Islam di Baitul Maqdis.Ada lah nyata, jelas dan istiqamah dari dahulu lagi.
Kita masih teringat pesanan guru mursyid iaitu Abuya Imam Ashaari At Tamimi, "Apabila pihak yang berkuasa diberi hidayah untuk berbuat ia lebih cepat terjadi
jadual Allah di Timur ini. Justeru
itu, sejarah perjuangan kebenaran mesti digunakan sebagai panduan kerana ianya sentiasa berulang.Atas nama Malaysia, Perdana Menteri dengan jelas menyebut Salahuddin Ayyubi dan Tariq bin Ziyad dijadikan tokoh rujukan kita. Ertinya kita kena mengulangi apa yang telah berlaku dalam sejarah kebenaran.
Kalau perjuangan kita tidak mengikut sifat-sifat perjuangan kebenaran seperti yang dipapar
kan oleh sejarah dan oleh Al Quran
itu sendiri, maka tahulah kita
bahawa kita sudah banyak
tersasar dari perjuangan yang
sebenar sama ada pada niatnya,
pada perlaksanaan nya, pada
natijah nya, atau pun kita telah
mengabai kan perkara-perkara yang pokok dan asas
di dalam agama.
Contoh telah dibangkitkan
dalam persidangan Parlimen
Malaysia baru-baru ini 2017
tentang pakaian pramugari yang
tidak sesuai dengan gambaran
bahawa Malaysia adalah negara
Islam. Samalah contohnya kalau
drama dikaca TV memperlihat
kan seorang wanita solehah
tetapi rialitinya adalah sebalik
nya atau bercanggah dengan penampilan yang pernah dilakunkan. Masyarakat
Islam tidak boleh terima,
seolah-olah ada unsur-unsur
mempersendakan agama Islam atau menipu umat Islam.
Ulasan
Catat Ulasan