PELAJAR BERJIWA SUFI.
Abuya Imam Asha'ari Muhammad At Tamimi melahirkan generasi berjiwa besar. Melalui didikannya beliau melahirkan keluarga dan anak-anak muridnya yang berjiwa besar.
Mereka yang menerima pendidikan Abuya berani berdepan dengan siapa saja.
Sekolah yang Abuya dirikan pada tahun 1975 telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang pandai berniaga dan berdikari. Kemuncak mereka yang ada disekolah & sekolah Abuya ketika itu seramai 10 ribu pelajar.
Sekolah yang Abuya dirikan pada tahun 1975 telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang pandai berniaga dan berdikari. Kemuncak mereka yang ada disekolah & sekolah Abuya ketika itu seramai 10 ribu pelajar.
Pelajar-pelajar didedahkan dipremis-premis perniagaan untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman dalam berniaga. Terdidik menyebarkan risalah dakwah di tengah- tengah masyarakat. Mereka juga mendapat latihan praktikal mengenal masyarakat melaui ORD. (Operasi Risalah dakwah).
Ketika itu apabila ditanya kepada pelajar-pelajar di sekolah Abuya, mereka akan berkongsi maklumat tentang masyarakat yang mereka kenali. Hasil pendedahan ORD. Mereka boleh kongsi dan menceritakan kategori umat Islam yang terdapat dalam negara kita di bumi Malaysia.
Mereka mengenal watak dan kelas manusia ini. Mana kelompok masyarakat yang sombong, mana kelompok masyarakat yang dermawan, golongan mana yang bakhil, dikawasan mana orang kaya dan daerah mana kelompok yang tidak mahu bertemu dengan orang apa lagi hendak bergaul dengan mereka.
Mereka tahu baca watak rakyat Malaysia. Mereka ada pengalaman bagaimana hendak mendekati tiap-tiap kelompok tadi. Orang begini mereka pandai hidup sekalipun tanpa sijil. Mereka tidak mengharap rezeki datang menggolek. Tidak ada istilah menganggor dalam kamus hidup mereka.
Hasil banyak pendedahan
dapat membentuk watak
pelajar-pelajar yang pandai
berdekari. Bertanggungjawab
dan rela berkorban untuk agama.
Dengan cita-cita Islam
yang ditanam kedalam jiwa
mereka. Natijahnya sanggup
menjadi pejuang dan berkorban
untuk agama.
dapat membentuk watak
pelajar-pelajar yang pandai
berdekari. Bertanggungjawab
dan rela berkorban untuk agama.
Dengan cita-cita Islam
yang ditanam kedalam jiwa
mereka. Natijahnya sanggup
menjadi pejuang dan berkorban
untuk agama.
"Antara sebab hancurnya sebuah jemaah Islam itu kerana gagal melahirkan barisan pelapis."
Mereka membesar di tengah kepesatan kemajuan sains
dan teknologi. Mereka tidak
canggung dengan kemajuan
teknologi canggih dan tahu menggunakannya untuk mengatur hidup. Dalam masa yang sama, mereka tidak membiarkan diri mereka menjadi hamba teknologi. Justeru mereka telah dilatih memanfaatkan sains dan teknologi untuk menegakkan agama Allah. Mereka adalah generasi sufi berteknologi.
dan teknologi. Mereka tidak
canggung dengan kemajuan
teknologi canggih dan tahu menggunakannya untuk mengatur hidup. Dalam masa yang sama, mereka tidak membiarkan diri mereka menjadi hamba teknologi. Justeru mereka telah dilatih memanfaatkan sains dan teknologi untuk menegakkan agama Allah. Mereka adalah generasi sufi berteknologi.
Pendidikan yang mereka terima sangat menekankan jiwa sufi. Mereka tidak perlu terlalu bersusah payah untuk memilikinya kerana sejak kecil telah dilatih mengikis mazmumah dan menyubur kan mahmudah. Mereka dilatih mengambil dunia untuk jambatan ke Akhirat.
Ulasan
Catat Ulasan