MALAYSIA BERAZAM JADIKAN ISLAM ADALAH CARA HIDUP. Apabila kerajaan yang berkuasa mendapat hidayah lagi cepat akan berlaku kebangkitan Islam kali kedua. Kata Abuya bila kerajaan yang berbuat mereka ada jentera dan tenaga untuk berbuat. Apabila saya mengikuti berita di kaca TV malam tadi. Ada menyentuh tentang perlunya model Islam adalah cara hidup yang syumul. Maksudnya: “Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia. manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.” (Al Baqarah:85). Malaysia akan menjadi negara model melaksanakan Islam secara syumul. Sudah tiba masanya Malaysia buktikan kepada dunia, Malaysia peneraju kebangkitan Islam di Timur. Kalau bukan faktor janji Allah kali ini giliran Timur sudah tentu Malaysia sudah lama menjadi mangsa Yahudi dan kuncu-kuncunya. Malaysia ada kaedah tersendiri dan...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.