Langkau ke kandungan utama

KEBANGKITAN ISLAM KALI KEDUA BARU BERMULA.

KEBANGKITAN ISLAM KALI KEDUA BARU BERMULA



Pandangan orang Cina iaitu Ann Wan Seng adalah Setiusaha Agung Kehormat MACMA. Pernah menjadi tenaga pengajar di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. Beliau ada menulis tentang perjuangan Abuya di era kemuncak awal tahun 1990-an. Mendapat perhatian daripada masyarakat sama di dalam ataupun luar negara. Abuya adalah nama besar seorang tokoh dalam yang terlibat secara langsung dalam arus kebangkitan semula Islam di Malaysia. Abuya berjaya jadikan dirinya model untuk di ikuti oleh keluarga dan anak didiknya. Bilamana ada orang datang mengadu kepadanya tentang kesusahan yang di hadapinya apabila bertemu Abuya rasa terhibur. Berpeluang menatap wajah Abuya sudah memberi kekuatan.


Abuya telah mengadakan kursus solat keseluruh negara.
Perkongsian kursus sembahyang yang agung boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung. Melalui ibadah sembahyang terbukti pada kebangkitan pertama telah melahirkan masyarakat yang agung peribadi mereka. Ianya berlaku selama tiga kurun atau tiga ratus tahun. Mereka itu di kenali 
dengan golongan solat para solihin, solat para muqarrabin dan solat para Siddiqin sahaja. Iaitu sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. 

Maksud Firman Allah:

Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-Ankabuut 29:45).


Bermula kebangkitan Islam kali kedua, ialah tercetus kembali kehidupan yang berkasih sayang,harmoni dan aman damai di mayapada-Mu ini sepertimana pernah berlaku dizaman Salafussoleh. Ertinya, terciptalah kembali kehidupan syurga Jannatul Ajilah (syurga yang disegerakan). Di waktu itu seluruh penghuni dunia ini hidup dengan tenang setelah sekian lama hidup dalam suasana penderitaan, hiruk pikuk, jeritan kesengsaraan, perselisihan dan peperangan yang telah menyeksakan manusia serta memusnahkan kehidupan mereka di dunia ini.


Kemeriahan minda Islam di mana-mana. Golongan atasan juga mempunya kelas pengajian untuk memahami persoalan fardhu ain. Di masjid-masjid seluruh negara juga ada di sediakan kelas pengajian fardhu ain.Bagi mereka yang hendak kuasai ilmu daripada kitab-kitab kuning ikuti pengajian di pondok atau pasentrin. Melalui media perdana, seperti di TV dan radio juga di sediakan program agama. Peringkat kanak-kanak sekolah juga di sediakan tusyen fardhu ain dan kelas-kelas membaca Al Quran.


Fesyen pakaian menutup aurat juga bagaikan cendawan tumbuh. Ramai di kalangan artis selebriti sudah memakai jilbab. Bagi mengikut jejak kebangkitan pertama, kebangkitan kali kedua ini kena lakukan perkara yang sama. Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Soalan pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.


Selepas lima tahun ketiadaan Abuya, jemaah yang di tinggalkan melalui satu proses ujian nikmat dan kemewahan. Ujian yang di hadapi oleh Abuya dan bersama-sama generasi awal mencetuskan perjuangannya adalah dengan ujian kesusahan. Generasi yang meneruskan jemaah Abuya menghadapi ujian kesenangan atau dunia datang menggolek. 


Uijan nikmat dan ujian kesusahan ini, penerimaan manusia berbeza-beza. Umumnya, manusia tidak suka dengan ujian kesusahan. Tetapi bagi orang-orang yang hampir dengan Allah atau orang-orang 'muqarrobin', mereka takut dengan ujian nikmat dan kesenangan kerana ia melalaikan. Ia boleh menggelapkan hati. Mereka lebih senang dengan ujian kesusahan kerana dengan demikian mereka lebih mudah mengisafi diri, memperbaiki diri dan menghampirkan diri dengan Tuhan. Bila dalam kesusahan, hati mereka lebih sensitif dan mereka lebih banyak dapat mengingat Tuhan. Ujian kesusahan juga dapat mendidik mereka menjadi sabar, tawakal dan bergantung harap dengan Tuhan. Ujian kesusahan dapat menghapuskan dosa dosa mereka dan dapat meningkatkan darjat mereka di Akhirat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...