SEJARAH BAPA PARA NABI 'ALAIHISSALAM. (عليه السلام).
Nabi Ibrahim 'Alaihissalam Abu al Ambiya' sekaligus sebagai kekasih Allah. Nabi Ibrahim As. Namanya disebut 69 kali di dalam Al Quran, yang terdapat di 25 surah. Gelaran kepada Nabi Ibrahim AS iaitu Abu Al Ambiya' dan Khalilur Rahman.
Kisah Nabi Ibrahim. Nampak lahirnya macam dihina oleh Tuhan dengan dibakar dalam api. Tapi akhirnya Nabi Ibrahim dimuliakan dengan diselamatkan dari api manakala Namrudlah, penentang waktu itu yang terhina.
Firman Allah:
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".
Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya).
Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia.
Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya) sebagai tambahan; dan tiap-tiap seorang (dari mereka) Kami jadikan orang yang soleh.
(Al-Ambiyaa' 69-72:21).
Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad at Tamimi mendorong supaya jadikan sejarah sebagai guru kita. Melalui ilmu yang dibekalkan melalui lisanul maqal dan lisanul halnya banyak memberikan motivasi dan dorongan. Contoh lisanulhal, Abuya sering mengadakan pemusafiran atau mengembara untuk mencungkil hikmah dari situ dan dikongsikan dengan masyarakat. Terlalu banyak perkara yang tersirat dapat disuratkan.
Ketika berkesempatan menjejak bumi Para Rasul di Timur Tengah. Melalui jalan darat dari negara Jordan ke Iraq pada tahun 1990 menggunakan kereta sewa jenis G.M.C yang boleh memuatkan 9 penumpang. Dari Jordan ke Iraq banyak merentasi padang pasir. Sepanjang berada di Timur Tengah kita berpeluang menjejaki perjalanan Nabi Ibrahim. Perjalanannya bermula dari bumi Hijaz sekarang dikenali dengan Arab Saudi melalui Jordan,Palestin, Syria dan Iraq.
Ketika disempadan negara Jordan dan negara Iraq pemeriksaan mengambil masa hampir satu hari. Bayangkan kalau kita renungkan pemeriksaan melangkah ke Alam Akhirat. Satu persatu amalan kita di selongkar. Tiada satu pun boleh disembunyikan lagi. Sampai ke giliran di hitung segala amalan kita satu azab bagi orang yang ingkar kepada Allah dan Rasul-Nya.
Maksud firman Allah:
Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu). Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.(An-Nisaa' 4:40).
Bumi Timur Tengah banyak menyimpan sejarah para rasul yang Allah pernah kirim ke sana. Kita perlu mencungkilnya hingga tersingkap hal-hal yang tersirat di sebalik fakta dan kesan-kesan pengalaman mereka. Kepekaan kita kepada peninggalan sejarah mereka boleh di kongsikan dengan umat Islam. Apa-apa yang tersirat kita suratkan supaya menjadi panduan bersama umat Islam. Bertepatan dengan maksud tuntutan firman Tuhan:
Katakanlah: berjalanlah kamu di atas muka bumi ini dan lihatlah akibat orang-orang yang berdosa.
(An Naml 27:69).
Semua para Nabi dan para Rasul membawa kebenaran dengan menanamkan keyakinan kepada Allah Maha Pencipta. Mereka menjadikan hati manusia sebagai wadah perjuangan untuk menanamkan keyakinan kepada Allah yang Maha Esa. Hati manusia ibarat telefon untuk boleh berhubung dengan Allah. Begitulah besarnya peranan hati atau roh manusia. Kalau hati tidak dijaga samalah seperti kita ada telepon tetapi tidak boleh digunakan untuk menghubungi orang lain kerana sudah tidak berfungsi. Nabi Ibrahim bapa agama Tauhid. Bapa agama ertinya seluruh kehidupan Nabi Ibrahim berlandaskan agama Tauhid. Jiwa Tauhidnya sangat mendalam dan rasa bertuhan serta rasa kehambaannya begitu kuat hingga memenuhi seluruh pelusok hati dan perasaannya. Rasa ini tidak lekang dan dibawanya kemana-mana.
Ulasan
Catat Ulasan