MUSUH TUHAN MENGETAHUI KEDATANGAN IMAM MAHDI.
Firman Tuhan:
Maksudnya:
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
(Al-Baqarah 2:146).
Tuhan lakukan makar kepada Yahudi dan yang bersekongkol dengannya. Yahudi sangat mencari Imam Mahdi dan mereka sanggup buat apa sahaja untuk menggagalkan rancangan Tuhan.
Yahudi juga sangat memahami tentang giliran kuasa yang Tuhan lakukan. Kini giliran Barat berkuasa mencatur dunia dan selepas itu adalah giliran Timur pula. Ertinya Timur umumnya akan menjadi empayar dunia. Malaysia akan menjadi pusat pentadbiran Timur.
Orang Melayu akan jadi seperti bangsa Arab waktu kegemilangannya iaitu masing-masing berelerakan ke seluruh pelosok dunia.
Perjalanan hidup Abuya patut diambil untuk rujukan. Cakap-cakapnya adalah panduan, bersamanya adalah hidayah dan menentang orang Tuhan adalah kehinaan. Barat Allah beri sains teknologi yang begitu mempesonakan. Allah bagi karomah pada umat Islam dengan berkat adanya orang Tuhan di Timur khususnya Malaysia. Barat kuat dengan akal, Timur umat Islam kuat dengan roh. Kekuatan roh sebenarnya jauh lebih kuat dari kekuatan akal.
Kata Abuya, bilamana ada 10 orang yang hatinya atau rohnya cukup kuat dengan Allah, nanti Allah akan tukar Malaysia jadi daulah Islamiah.
Selepas Abuya dibebaskan dari tahanan ISA, sempatlah beberapa bulan melakukan road show ke seluruh negara. Abuya bertemu anak-anak buah dan projek-projek. Semasa di Serawak dalam misi bertemu pengikut di sana. Waktu itulah Abuya terlantar sakit teruk, yang doktor istilahkan multistroke. Apa pun keadaan yang Abuya lalui musuh gagal untuk menghalang Abuya dari memperjuangkan Imam Mahdi dan menyemarakkan semula perjuangan Imam Mahdi.
Abuya berjaya menghidupkan nama Imam Mahdi semula.
Dan juga pernah disabdakan oleh Rasulullah, ala haq la yadurruhum man kholafahum hatta yaítiya amrullah, Senantiasa ada satu jemaah daripada ummat aku yang sanggup melahirkan kebenaran dalam jemaahnya. dan mereka itu tidak akan rusak oleh mereka-mereka yang menentang hinggalah sampai hari kiamat. Jadi Allah pun memberi jaminan partainya tidak akan dapat dimusnahkan oleh musuh, artinya pasti mendapat kemenangan, dan dikuatkan oleh Rasulullah pula, jemaah, thoifah yang sebenar, tiada siapa yang boleh menentang. Tiada siapa yang dapat memusnahkan. Dan ciri ini ada pada jamaah Abuya.
Selain itu Abuya sangat mengetahui, memahami, menghayati kebangkitan Islam di akhir zaman dan semua persoalan yang berhubungan dengannya seperti Imam Mahdi, wazir-wazir, Putera Bani Tamim, para ikhwan dan asoib, Harris Al Harras. Semua ini sudah Abuya promosikan sejak 20 tahun yang lalu. Inilah diantara sebab mengapa Abuya ditahan di bawah ISA."Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya". (Al-Mujadaadalah 58:22).
Cara Abuya bercerita tentang Imam Mahdi dan Rasulullah SAW begitu mendalam dan sangat menghayati seolah-olah dia berhubung selalu dengan Imam Mahdi, bahkan seolah-olah ruh beliau selalu bersama dan tidak pernah berpisah dari Imam Mahdi dan Rasulullah SAW. Abuya juga sangat paham strategi kebangkitan Islam di akhir zaman bahkan nampak dengan jelas Abuya sedang menyiapkan tapak kebangkitan Islam di Timur dan penyokong-penyokongnya yaitu ikhwan dan asoib.
Ulasan
Catat Ulasan