SEJARAH YANG PATUT KITA RENUNGKAN.
Maksud firman Allah:
"Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya)."
(Al Jaathiah 45:19).
Kisah Nabi Ibrahim. Nampak lahirnya macam dihina oleh Tuhan dengan dibakar dalam api. Tapi akhirnya Nabi Ibrahim dimuliakan dengan diselamatkan dari api manakala Namrudlah, penentang waktu itu yang terhina. Kisah Nabi Musa pula, baginda seperti terhina apabila dikejar oleh Firaun hingga terpaksa terjun ke laut. Tapi sebenarnya Nabi Musalah yang dimuliakan dan diselamatkan Tuhan manakala Firaun terhina dan mati tenggelam dalam laut. Nampaknya Firaun nak hina Nabi Musa, akhirnya Firaun dan pengikutnyalah yang terhina. Begitulah dengan ISA ke atas Abuya. Nampaknya macam Abuya Ashaari Muhammad yang terhina tapi rupanya ia berlaku untuk menghina pembelot-pembelot dalam jemaahnya. Abuya Ashaari Muhammad dan pembelot-pembelot itu sama-sama masuk ISA. Macam Nabi Musa dan Firaun yang sama-sama masuk ke laut. Tapi satu selamat, yang satu lagi tak selamat.
Perbezaan kepimpinan yang bertaqwa dan yang kufur. Dalam Islam berjuang atas dasar mengusahakan taqwa dengan harapan Allahlah menjadi pemimpin utama untuk menentu dan memutuskan semua keputusan-keputusan yang besar kepada perjuangan Islam. Memang hingga hari ini sudah ramai orang yang nampak, faham dan yakin bahawa Allahlah di belakang kebangkitan Islam. Kerana terlalu banyak bukti bahawa hanya kuasa Allahlah hal itu boleh terjadi. Bukan kuasa manusia. Kalau bukan Tuhan yang backing, mampukah Malaysia sebuah negara yang kecil, masyarakatnya berbilang bangsa dan agama. Malaysia yang menjadi tapak kebangkitan di Timur.
Di Malaysia sangat memberi laluan kepada pejuang kebangkitan Islam. Suasana di Malaysia mendorong mereka lebih utama ialah menyediakan roh sebagai wadah berhubung dengan Tuhan. Ianya di ibarat sebagai telefon untuk manusia berhubung dengan Allah. Roh yang aktif boleh berhubung 24 jam dengan Tuhan. Perkhidmatan telefon roh boleh digunakan 24 jam atau bila-bila masa dengan mempertajamkan jiwa terlebih dahulu. Di atas ketajaman jiwa itu barulah ia akan terus berfikir dan berfikir. Paduan daripada ketajaman jiwa dan akal itu akan membuahkan hasil yang luar biasa, iaitu Tuhan akan membuka ilmu-ilmu yang hebat, ilmu yang akan menakjubkan dunia. Di waktu itulah Timur dan Barat akan tersungkur dengan kemajuan rohaniah dan matlamat yang dibawa oleh Islam hasil dari ketajaman akal dan roh tadi. Itulah persiapan asas dan utama untuk bersama dengan pemimpin Ummah iaitu Imam Mahdi. Maka di waktu itu akan berulanglah kembali sejarah kegemilangan Islam sepertimana zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat dahulu.
Langkah utama hati di jadikan wadah, kemudian pejuang-pejuang Islam melancarkan 'peluru' iman dan taqwa yang dihalakan ke dalam hati manusia. Malaysia walaupun sebuah negara yang kecil tetapi terus mengalir menuju wawasan yang telah ditetapkan iaitu mengalir bersama kebangkitan Islam. Malaysia terus mengalir dengan laju dan lancar kerana mengikuti air yang sedang mengalir deras. Hasil apa yang berlaku di Malaysia di kongsikan dengan masyarakat antarabangsa melalui OIC dan sebagainya. Sekali pun masyarakat Islam di Malaysia tidak punya kepakaran dan pengalaman seperti orang-orang di negara Timur Tengah yang lama menghadapi pengalaman dalam mengembangkan Islam.
Insyaallah umat Islam di Malaysia akan sampai juga ke penghujung atau wawasannya. Apa yang penting ketika ini ialah umat Islam di Malaysia tidak buat sesuatu yang melawan arus kebangkitan Islam.
Ulasan
Catat Ulasan