TAPAK KEBANGKITAN TIMUR MENCABAR SISTEM DAJAL.
Masyarakat di Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama boleh saling bertolak ansur antara satu sama lain. Bernaung di bawah satu bumbung. Kita yakin apa yang berlaku adalah berkat tapak kebangkitan Islam di Timur. Ibarat kita ikutkan air yang sedang mengalir deras. Biatkan diri di hanyutkan oleh kebangkitan Islam, ikutkan sahaja sekali pun kita tidak pandai berenang akan sampai juga ke penghujung. Apa yang penting ketika ini ialah kita tidak buat sesuatu yang melawan arus kebangkitan Islam. Sekalipun kita pernah berpengalaman berkuasa tetapi bila melawan arus kita akan lemas. Contoh kita terus memperjuangkan cara berpolitik yang manusia sudah hilang keyakinan dengan cara tersebut. Tidak mengira apa bangsa dan agama Tuhan telah campakkan kedalam hati manusia waktu ini sudah jemu dan bosan dengan cara tersebut.
Berkat berada di Timur kita bersyukur dapat menyaksikan dua tokoh yang berbeza pentas, satu di pentas politik dan satu lagi di pentas dakwah. Iaitu bekas Perdana menteri Malaysia paling lama Tun Dr. Mahadir Muhammad dan Abuya Imam Ashaari Muhammad At Tamimi. Satu tokoh sudah di lupakan, dan satu lagi namanya terus dapat pembelaan dari masyarakat dan namanya terus di kenang dan menjadi inspirasi untuk kebangkitan Islam. Mengapa seorang tokoh bekas perdana menteri paling lama terus di lupakan? Kita boleh ambil pengajaran, macammana hebat pun kita bila melawan arus yang telah Tuhan tetapkan akan menerima akibatnya. Tuhan beri giliran untuk Islam sepatutnya kita menyambut, sekalipun buat sedikit tetapi berada di zaman kebangkitan ada bonos dari Tuhan hasilnya besar atau banyak bukan kerana kita hebat.
Faktor cintakan dunia contoh ada kuasa dan takutkan hilang pengaruh dan penyokong lebih daripada cintakan dan takutkan Allah. Mereka telah mengambil keputusan untuk melawan arus kebangkitan Islam. Mereka menolak tawaran Tuhan.Ya Allah, untuk dapatkan dunia mereka sanggup kehilangan Tuhan. Mereka sanggup menipu, maki hamun, menyesatkan, menghina, mengkritik dan seribu satu tuduhan karut dibuat kepada orang yang sebelumnya mereka beri laluan untuk berdakwah menangani gejala sosial dan masalah kronik di kalangan penguasa yang sedang berkuasa ketika itu.
Masyarakat Islam mengatakan perkara tersebut adalah fatwa politik bukan fatwa agama. Contoh Tun Mahathir Tangkap Abuya Imam Hj Ashaari, adalah isu internasional. Sesuatu yang berkait dengannya akan dapat reaksi dan ulasan yang seluas-luasnya. Walaupun sudah tiada, tapi Abuya seorang tokoh masih diminati dan diperkatakan. Sementelahan ada pejuang-pejuang yang terus memperjuangkan isu ini dengan maksud pengaruhnya biar betul-betul berkubur. Lalu terus hiduplah namanya dan kekal diperkatakan. Allah SWT seperti mahu jelaskan pada manusia tentang mengapa seorang tokoh seperti Abuya ini pernah ada, pernah tiada, tapi macam ada semula. Kejadian-kejadian yang ditakdirkan berlaku memaksa orang bercakap lagi tentangnya.
Mengapakah hal yang pelik ini berlaku. Penjelasan-penjelasan terpaksa dibuat untuk membuatkan masyarakat faham cerita yang sebenarnya. Dengan itu diharapkan Allah akan selesaikan pertarungan perjuangan ini dengan membuktikan yang benar itu benar dan yang batil itu adalah batil. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad pun Allah panjangkan umur untuk menyaksikan kebangkitan Islam yang pernah dia cuba menghalangnya. Dulu sebelum jemaah Abuya diharamkan dan pemimpinnya ditangkap, semua ahli Abuya bersembahyang khas minta Allah tunjukkan yang benar itu benar dan yang batil itu batil.
Masa dah berlalu, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad pun masih hidup dia terus diberi peluang melihat kebangkitan Islam moga kali ini kita ambil pengajaran apa yang telah Allah takdirkan tersebut.
Abuya Imam Haji Ashaari Muhammad At Tamimi seorang pengasas sebuah jemaah pada tahun 1968. Jemaah itu dilihat sebagai jemaah dakwah dan pengajian bagi mereka yang cenderung ke arah membaiki diri. Namun pemimpinnya mempunyai pandangan yang lebih jauh dan lebih tinggi. Abuya yakin, dengan kita mengusahakan diri agar bertaqwa kepada Allah, umat Islam akan kuat. Dengan taqwa, umat Islam akan berwibawa dan boleh berdaulat ke peringkat negara, antarabangsa dan dunia. Sistem taqwa adalah jalan perjuangan umat Islam yang dijamin Allah boleh mengembalikan kekuatan umat Islam. Sedangkan Allah tidak jamin sistem ideologi yang diamalkan di seluruh dunia itu boleh mengembalikan empayar umat Islam.
Memang nampaknya kaedah pendekatan yang diambil oleh gerakan Islam di Malaysia mendapat tempat di peringkat masyarakat antarabangsa terutamanya OIC. Terbukti membuatkan pengaruhnya begitu berkembang, kaya sehingga dunia melihat apa yang ada di Amerika ada di Malaysia dan apa yang ada di Malaysia tiada di Amerika itulah kemeriahan kebangkitan Islam. Menggerunkanlah pengaruhnya. Ada pihak di Barat yang sudah mula takut. Kalaulah dibiarkan Malaysia terus membesar pengaruhnya silap-silap orang akan tawar hati dengan sistem yang di tawarkan oleh Barat. Keberkesanan Malaysia melaksanakan Islam dan menjadi alternatifnya kepada sistem yang sedang di lagang oleh kuasa Barat sekarang.
Ulasan
Catat Ulasan