SEKOLAH PILIHAN LAHIRKAN IKHWAN ATAU ASOIB.
Umat Islam perlukan sistem sekolah yang menjurus kepada Akhirat dan kepada keredhaan Tuhan dan tidak hanya untuk tujuan duniawi dan untuk mencetuskan kemajuan dan pembangunan sahaja. Dalam erti kata lain, sistem persekolahan kita mesti mampu membina suatu tamadun rohani yang akan membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di Akhirat. Tujuan utama pelajaran dan pendidikan dalam Islam bukan semata-mata hendak menguasai berbagai-bagai bidang ilmu tetapi ialah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Iaitu insan yang menjadikan Allah cinta agungnya, Akhirat matlamat hidupnya, yang melihat dunia ini semata-mata sebagai tempat untuk bercucuk tanam yang hasilnya diperolehi di Akhirat dan agar terselamat mereka dari neraka dan berjaya memasuki syurga.
Sekolah yang dapat membangunkan insaniah manusia. Iaitu insan yang sanggup dan rela berjuang dan berkorban untuk menyampaikan pelajaran serta membangunkan sahsiah manusia di tengah masyarakat agar ahli-ahli masyarakat juga menjadi insan-insan yang bertaqwa. Dalam erti kata yang lain, pendidikan itu adalah untuk melahirkan insan yang mampu mengajak dan menyeru manusia kepada kebajikan dan kebaikan serta untuk menegah dan menghindar mereka dari kejahatan dan kemungkaran (amru bil makruf wanahyun anil mungkar).
Oleh itu, sesuatu mesti dilakukan supaya sistem sekolah kita dapat disusun semula untuk menjadikannya satu sistem yang menjurus kepada Akhirat dan kepada keredhaan Tuhan dan tidak hanya untuk tujuan duniawi dan untuk mencetuskan kemajuan dan pembangunan sahaja. Dalam erti kata lain, sistem persekolahan kita mesti mampu membina suatu tamadun rohani yang akan membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.
Tujuan utama pelajaran dan pendidikan dalam Islam bukan semata-mata hendak menguasai berbagai-bagai bidang ilmu tetapi ialah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Iaitu insan yang menjadikan Allah cinta agungnya, Akhirat matlamat hidupnya, yang melihat dunia ini semata-mata sebagai tempat untuk bercucuk tanam yang hasilnya diperolehi di Akhirat dan agar terselamat mereka dari neraka dan berjaya memasuki syurga. Iaitu insan yang sanggup dan rela berjuang dan berkorban untuk menyampaikan pelajaran serta membangunkan sahsiah manusia di tengah masyarakat agar ahli-ahli masyarakat juga menjadi insan-insan yang bertaqwa. Dalam erti kata yang lain, pendidikan itu adalah untuk melahirkan insan yang mampu mengajak dan menyeru manusia kepada kebajikan dan kebaikan serta untuk menegah dan menghindar mereka dari kejahatan dan kemungkaran (amru bil makruf wanahyun anil mungkar).
Dalam Islam, sekolah bukan semata-mata untuk melahirkan ahli ilmu yang bertauliah dengan tujuan untuk makan gaji, untuk sara hidup atau untuk kemegahan dan nama di dunia, tetapi adalah untuk melahirkan orang-orang yang bekerja untuk Tuhan. Orang-orang yang bertanggungjawab menyampaikan ajaran Allah Taala dan memperkenalkan manusia kepada Allah. Agar agama Allah diterima oleh manusia dan dapat mengatasi seluruh agama lain di atas muka bumi ini. Agar manusia seluruhnya menyembah Allah yang menciptakan mereka dan bukan tuhan-tuhan palsu yang lain atau terus menolak, menafi dan menentang Tuhan.
Ini semua adalah untuk menentukan agar seluruh kehidupan berjalan dengan penuh disiplin, bertolong bantu, bekerjasama dan mengikut syariat Allah supaya akan wujud harmoni dan kasih sayang antara manusia. Begitulah besarnya matlamat dan erti pelajaran dan pendidikan kepada manusia. Ia merupakan roh dan nadi kepada seluruh kehidupan.
Kalau sesebuah sistem pelajaran dan pendidikan itu hanya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, dapat melahirkan ahli-ahli ilmu dalam pelbagai bidang dan dapat melahirkan cendekiawan-cendekiawan yang terbilang dan tidak lebih dari itu, maka sistem seperti itu telah gagal oleh Islam. Kerana ia telah melahirkan manusia yang tidak kenal Penciptanya dan yang membelakangkan syariat-Nya, yang mengutamakan hidup di dunia melebihi hidup di Akhirat, yang sombong, yang mementingkan diri dan yang gilakan nama dan glamor. Dengan adanya manusia-manusia seperti ini maka akan lahirlah budaya jatuh-menjatuhkan, fitnah-memfitnah, singgung-menyinggung, umpat-mengumpat dan kata mengata. Akan timbul pula berbagai-bagai lagi kerosakan yang lain mengikut ragam masing-masing. Akhirnya, timbullah huru-hara di dalam kehidupan dan manusia akan hilang keamanan dan keselamatan.
Selain itu, matlamat pendidikan dan pelajaran ialah untuk membolehkan manusia melaksanakan tanggungjawab dan fungsi mengikut kehendak Tuhan. Dan tidaklah manusia itu diciptakan oleh Tuhan melainkan untuk mengabdikan diri kepadaNya. Sekiranya sesebuah sistem pelajaran dan pendidikan itu tidak menghasilkan manusia yang pandai mengabdi dan memperhambakan diri kepada Allah dan sebaliknya pula hanya bertujuan untuk membina hidup di dunia, mengumpul kekayaan dan harta, ingin dipuji dan dimuliakan oleh manusia, maka ini telah tersimpang jauh dari tujuan manusia itu diciptakan. Kalau kita tidak menepati tujuan kita diciptakan oleh Tuhan, maka sudah tentu nerakalah tempat kembali yang selayaknya. Wal’iyazubillah.
Ulasan
Catat Ulasan