ALLAH MATLAMAT PENDIDIKAN AKHIRAT TEMPAT KEMBALI.
Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi pernah membuka sekolah agama secara formal. Bermula pada tahun 1975 di Sungai Pencala Damansara Kuala Lumpur. Abuya memberikan pendidikan Islam yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang fadhu ain dan fardhu kifayah. Bidang fardhu kifayah: sudut kebudayaan Islam, sudut ekonomi, sudut kesihatan, sudut perguruan, sudut dakwah, dan lain lain bidang yang diperlukan untuk membangunkan perkampungan Islam, bandar Islam dan lain lain lagi. Kemuncak pencapaian mereka yang berada di sekolah di semua peringkat kanak-kanak dan dewasa menjangkau 10 ribu orang.
Dasar pendidikan Islam, iaitu meletakkan Allah sebagai satu-satunya matlamat dalam berpendidikan. Manakala Akhirat sebagai tempat kembali. Kalau kita kaji dan huraikan lagi artikel ini kita memang sedang berada dalam suasana sistem pendidikan yang sudah rosak. Lihat saja masyarakat hari ini, gejala yang bertimpa-timpa sedang membusuk di mana-mana. Ini diakibatkan oleh sistem pendidikan yang sudah rosaklah. Pendidikan adalah tulang belakang sesuatu bangsa. Kalau patah atau rosak tulang belakang, lumpuhlah satu badan. Seluruh sistem kehidupan yang lainnya ikut sama rosak.
Dan, kalau disuluh dengan lebih terperinci, hanya pendidikan Islam menurut Rasulullah sajalah yang akan mampu mengubat, menyembuhkan kembali seluruh penyakit yang melanda masyarakat hari ini. Rasulullah telah datang ke tengah-tengah masyarakat Arab jahiliyah ketika itu, dalam tempoh 23 tahun telah berjaya mendidik mereka hingga berjaya melahirkan para Sahabat yang mampu mengIslamkan 3/4 dunia. Bangsa Arab, oleh Rasulullah selepas itu telah dilihat sebagai satu bangsa yang kuat, membina empayar, bahkan kegemilangan tamadun Islam lahir hasil didikan Rasulullah kepada para Sahabat, yang kemudiannya disambung zaman berzaman.
Namun, selepas kejatuhan empayar Uthmaniah di Turki, Islam tidak bangkit lagi. Islam tidak lagi disanjung orang. Bahkan dihina dan diejek-ejek di mana-mana. Islam dilihat kolot dan sungguh tak bertamadun. Umat Islam pula hanya mampu berlutut di kaki sistem yang telah dirosakkan oleh musuh-musuh Islam secara keseluruhannya kerana tidak yakin dengan kesyumulan Islam itu sendiri. Kalau kita nak lihat Islam diagungkan semula, mahu tidak mahu, kita perlukan seorang pendidik mengikut method didikan Rasulullah.
Kita perlukan seorang pendidik yang mampu melagang semula silibus Rasulullah dan mampu melaksanakan mengikut silibus tersebut. Melawan arus pun tak mengapalah. Asalkan menepati kehendak Allah, dan kemudiannya kita berjaya menepati kehendak sistem pendidikan Islam, melaksanakannya dan seterusnya memperjuangkannya. Semoga, hasilnya nanti seluruh sistem hidup Islam kembali diagungkan dan dimuliakan. Sekolah yang melagang silibus Rasulullah, akan mengulangi kejayaan Rasulullah dalam mendidik manusia. Kaedanya ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya.
Ulasan
Catat Ulasan