ORANG PILIHAN TUHAN PENERAJU KEBANGKITAN ISLAM.
Bangsa Baru akan muncul di akhir zaman. Mereka di gelar oleh Rasulullah sebagai ikhwan dan asoib. Mereka dapat membawa Tuhan ke mana-mana. Ini membawa maksud bahawa di mana sahaja mereka berada dan pada setiap masa dan ketika, mereka rasa bertuhan. Iaitu merasa Tuhan sentiasa melihat, sentiasa mendengar, sentiasa mengetahui tentang lahir dan batin dan sebagainya. Dalam erti kata yang kita disuruh rasa bertuhan dalam semua keadaan.
Maksud Firman Tuhan:
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
( Al-Baqarah,2:115 ).
Rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa. Bagaimanakah dapat kita tanam benih taqwa ini hingga tumbuh batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan buahnya. Kalau kita tidak pandai menanam benih taqwa ini, bagaimanakah kita hendak dapat pokok dan buahnya? Setelah kita faham rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan, termasuk rukun-rukun tambahan atau rukun dalam rukun di dalam rukun-rukun itu, macam mana hendak kita buat supaya ianya mendatangkan hasil.
Supaya Islam kita itu rendang dan lebat buahnya. Dilihat indah dan orang gemar dan rindu padanya. Kalau Islam benar-benar ditegakkan atas dasar taqwa, ia akan kelihatan cantik dan indah. Orang kafir pun akan suka dan rindu dan tidak tertahan-tahan untuk masuk Islam. Orang kafir tidak akan menghina Islam kerana fitrah manusia itu tidak akan menghina sesuatu yang murni dan indah kecualilah orang kafir yang hasad dengki dan berfikir kalau dia masuk Islam, dia akan rugi.
Ikhwan dan Asoib insaniah mereka di bangunkan oleh ketua Ikhwan dan Asoib iaitu Fata At Tamimi. Seorang insan yang sanggup dan rela berjuang dan berkorban untuk didik dan menyampaikan pelajaran serta membangunkan sahsiah manusia di tengah masyarakat agar ahli-ahli masyarakat juga menjadi insan-insan yang bertaqwa. Dalam erti kata yang lain, insaniah Ikhwan dan Asoib mampu melahirkan insan yang mampu mengajak dan menyeru manusia kepada kebajikan dan kebaikan serta untuk menegah dan menghindar mereka dari kejahatan dan kemungkaran (amru bil makruf wanahyun anil mungkar). Gaya hidup bangsa baru ( ikhwan dan asoib ) lisanul halnya yang mudah dan menyentuh dapat merubah dan memberi kesedaran pada orang lain. Kehidupannya adalah model berserta contoh-contoh semasa yang dipaparkan, boleh menjadikan panduan kepada orang lain.
Model kehidupannya sangat istimewa kerana dapat memberikan Tuhan kepada orang lain, berbanding dengan mana-mana tokoh lain yang tidak ada model kehidupan Islam yang dapat di contohi oleh orang lain. Penghayatan tauhidnya terkesan pada kehidupannya. Ia dapat bantu dan membuatkan berasa ringan dalam menghayati satu persoalan yang mana penting dalam kehidupan seorang Mukmin. Dan akhirnya ia akan membawa orang lain (insya ALLAH) kepada satu keyakinan yang kental bahawa aqidah dan pegangan mereka adalah hakikat yang hak.
Bangsa baru itu ( Ikhwan dan Asoib ) membawa manusia kepada Tuhan. Mereka membawa manusia mengenal, cinta, takut, taat, dan patuh kepada Tuhan. Mereka membina manusia supaya mencintai Akhirat. Iaitu manusia yang menganggap dunia ini tidak lebih dari sebuah ladang untuk berbakti dan bercucuk tanam yang hasilnya akan diketam di akhirat.
Bangsa baru itu (Ikhwan dan Asoib) perlu membina manusia yang merendah diri, tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, pemaaf, bertimbang rasa, bertolak ansur dan mendahulukan orang lain. Yang hasilnya terbinalah manusia yang berukhuwah dan bersatu padu dan yang bekerja keras untuk mendapat reda Tuhannya.
Bangsa baru ini (Ikhwan dan Asoib) pilihan di kalangan orang mukmin. Rahsia perhatian Tuhan dan kerinduan Rasulullah kepada mereka adalah kecintaan mereka kepada Rasulullah.
Rasulullah bersabda:
"وبهم ينصرون وبهم يرزقون"
Dan disebabkan mereka (orang Rohani) dibantu dan disebabkan mereka diberikan rezki.
( رقم الحديث: 1639 ).
Maksud firman Tuhan:
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-talaq,65:2-3).
Adanya bangsa baru ini, Tuhan tidak kiamatkan lagi dunia ini. Berkat merka inilah Tuhan berikan perhatian kepada umat Islam. Kebangkitan Islam kali kedua adalah berkat yang Tuhan salurkan kepada mereka. Keberadaan mereka di muka bumi ini adalah benting umat Islam dari di hancurkan oleh musuh Islam. Jelas dari hadis dan ayat di atas tentang peranan bangsa baru ini. (Ikhwan dan Asoib). Begitulah hakikat umat Islam menumpang kekuatan yang Tuhan berikan kepada mereka. Itulah rahsia umat Islam mendapat kekuatan di era kebangkitan Islam kali kedua. Pada kebangkitan pertama Adanya Rasulullah, Para Sahabat, Tabi'in dan Tabiut Tabi'in. Anak kunci kebangkitan pertama dan kedua ada pada orang-orang pilihan Tuhan.
Ulasan
Catat Ulasan