Orang mukmin atau rohani rehatnya dalam sembahyang. Di waktu itulah dia terasa benar-benar dapat bercakap dengan Allah. Dia merasa terasa amat dekat dengan Allah. Dia dapat bermanja dengan-Nya. Orang mukmin atau orang roh suka merintih dengan Tuhan-Nya. Merasa rindu yang amat sangat. Orang roh merasa terlalu lazat dapat berdailog dengan dengan Tuhan. Terasa puas dapat mengadu dan menyerahkan dirinya kepada Tuhan.
Menceritakan segala hal dan terasa Allah menjawab cakap-cakapnya itu. Terasa satu kepuasan dan nikmat hingga tenggelam dalam kerinduan cintanya kepada Tuhan. Sebab itu orang roh terlalu lama sembahyang, kalau Rasulullah tanpa disedari kaki baginda jadi bengkak kerana terlalu lama bersembahyang.
Dalam pada itu orang roh atau orang mukmin juga tetap dapat memikirkan pentadbiran dunia rakyatnya. Dunia di tangan semuanya dapat digunakan untuk agama Allah. "Orang roh dunia di tangan hatinya bersama Tuhan." Tuhan salurkan kepada orang roh cetuskan kebangkitan Islam kali kedua. Bagaiman kita hendak mengenali tercetusnya kebangkitan Islam? Bilamana kembali kehidupan yang berkasih sayang,harmoni dan aman damai di mayapada-Mu ini sepertimana pernah berlaku dizaman Salafussoleh.
Ertinya, terciptalah kembali kehidupan syurga Jannatul Ajilah (syurga yang disegerakan). Di waktu itu seluruh penghuni dunia ini hidup dengan tenang setelah sekian lama hidup dalam suasana penderitaan, hiruk pikuk, jeritan kesengsaraan, perselisihan dan peperangan yang telah menyeksakan manusia serta memusnahkan kehidupan mereka di Dunia ini.
Kepimpinan pada kebangkitan pertama kita mengenali mereka melalui sejarah. Bagi membantu dan memudahkan kita menjiwai dan jadikan idola kepimpinan, mari kita meninjau model kepimpinan yang telah Abuya tunjukkan melalui dirinya. Pendekatan kepimpinan melalui akhlak, manusia yang keras kepala dan keras hati diubahnya menjadi merendah diri dan penuh ketakutan, iaitu takutkan Tuhan. Remaja-remaja hyper, lasak yang gelagat mereka begitu mencurigakan dan membimbangkan telah berubah menjadi remaja jinak yang cintakan kebenaran dan meyakinkan.
Kalau pada Barat Allah beri sains teknologi yang begitu mempesonakan, maka Allah bagi karomah kepada umat Islam atas berkat kebangkitan Islam kali kedua. Berkat kepimpinan dari Timur yang sudah diproses baikpulih hingga orang baru ini Abuya panggil Ikhwan atau Asoib. Timur Abuya persiapkan melalui program perjuangan yang dijanjikan. Bermodalkan Tuhan Abuya membangunkan empayar ekonomi Islam.
Berkat kebangkitan Islam, seseorang yang melakukan kerja-kerja untuk membela Allah dan Rasul, dia dibantu besarlah kekuatan yang diberikan dan besarlah hasil yang diperolihinya. Kali ini giliran yang Allah berikan kepada mereka yang kuat pegangan dan keyakinannya kepada "Ahli sunnah wal jamaah". Syiah menjadikan negara Iran model mereka. Ahli sunnah wal jamaah (ASWAJA) menjadikan Malaysia model negara Islam contoh. Perkara ini sedang disaksikan oleh dunia iaitu Iran membawa model keganasan dan kekerasan dan Malaysia membawa model kasih sayang.
Barat kuat dengan akal, umat Islam kuat dengan roh. Kekuatan roh sebenarnya jauh lebih kuat dari kekuatan akal.
Kata Abuya, bilamana ada 10 orang yang hatinya atau rohnya kuat dengan Allah, Allah akan tukar Malaysia jadi daulah Islamiah. Hal ini bukan lagi mustahil. Hati orang sudah tidak yakin dengan politik. Lihatlah dunia sekarang hancur di tangan orang politik. Lihat apa yang berlaku di Timur Tengah, Iraq hancur, Afghanistan hancur, Yaman Hancur dan sedang menjadi fokas sekarang di Syria juga hancur musnah negara.
Hancur negara bukan kerana kuat amalkan Islam tetapi masing-masing kuat nak pertahankan ideologi masing-masing hingga sanggup berperang sesama sendiri iaitu perang saudara.
Kebangkitan Islam di Malaysia sekarang menjadi rujukan. Pendekatan dan penyelesaiannya dijadikan panduan. Siapa saja yang membela Allah dan Rasul atau atas nama negara, bersamanya adalah hidayah dan menolak kebangkita Islam adalah kehinaan. Malaysia adalah negara yang telah memulakan kebangkitan Islam kali kedua. Jadual Allah pasti berlaku. Banyak buku-buku sudah ditulis oleh Barat tentang akan berlakunya kerana mereka mengambil berita itu dari Hadis-Hadis Rasulullah sendiri. Halangan seribu satu macam sudah dicubakan. Tapi mana mungkin Jadual Allah boleh digagalkan? Moga-moga manusia sedunia akan diselamatkan oleh ketibaan 'Penyelamat' ini kepada mereka.
Ulasan
Catat Ulasan