HIJRAH 1438 MEMBAWA 1001 HARAPAN.
Hijrah 1438 mengunjungi kita. Umat Islam satu dunia akan menyambut dan meraikannya. Sebahagian daripada siri berkaitan Islam. Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Moga kita dapat mengambil hikmah dari Hijrah tersebut. Macam-macam panduan yang kita boleh dapati dari perjuangan kebenaran yang berlaku dalam bulan hijrah tersebut. Umat Islam menanti penyelamat bertaraf sejagat.
Keluarga, anak-anak murid dan cucu Abuya Imam Ashaari At Tamimi, juga turut memeriahkan kedatangan tahun baru hijrah. Sebelum ini Abuya telah mendidik supaya kita membesarkan apa saja yang ada hubungkait dengan Islam. Lebih-lebih lagi kedatangan tahun baru Islam ianya di sambut dengan membesarkan Allah dan Rasulullah. Melalui program menyambut kedatangan tahun hijriah 1438, dapat mengisi jiwa umat Islam. Bukan saja akalnya diisi dengan ilmu, jiwa juga diisi dengan program yang boleh jadi makanan rohani yang menjadi keperluan jiwa dan fizikal di aktifkan dengan pelbagai program yang melibatkan pergerakan fizikal. Iaitu kerja gotong royong mengendalikan kenduri dan menyambut tetamu yang hadir.
Mengadakan doa, majlis zikir dan persembahan yang dapat menghidupkan roh Islam kepada masyarakat. Satu bentuk
Era kebangkitan Islam ini, nama-nama anak juga turut menggunakan nama-nama yang menunjukkan telah berhijrah kepada Islam. Umat Islam dengan membawa harapan baru terhadap kepimpinan bertaraf ummah. Kepimpinan penyelamat adalah anugerah Allah untuk umat Islam akhir zaman. Bahkan sebenarnya inti dari kebenaran yang dijanjikan itu adalah pada pemimpinnya. Kepimpinan bertaraf sejagat di akhir zaman ini telah di sebut oleh Rasulullah SAW. Iaitu Imam Mahdi gelarannya.
Timur menjadi pusat kebangkitan Islam kali kedua. Imam Mahdi akan mengulangi kegemilangan rohani pada kebangkitan Islam ini. Dalam sejarah kebangkitan pertama kepimpinan Islam disegani oleh kawan dan lawan. Kerana mereka berbekalkan cinta dan takutkan Tuhan. Perkara yang sama akan berulang kembali.
Firman Allah:
وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah,9:100).
Apa yang digambarkan dalam Al Quran di atas akan berulang sekali lagi pada kebangkita kali kedua. Dalam Al Quran juga terdapat nama Zukarnain sebagai pemimpin yang dijanjikan. "Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Al-Kahf,18:94).
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahf,18:98).
Pada kitab-kitab para rasul terdahulu seperti Taurat, Zabur, dan Injil jelas terdapat keterangan tentang nabi akhir zaman yang bernama Ahmad atau Muhammad. Di sana disebut ciri-cirinya, tempat lahirnya dan tempatnya berhijrah. Sangat jelas hingga Bani Israil mengenalnya lebih dari mengenal anak mereka sendiri. Tapi kenyataannya setelah Rasulullah SAW diutus, Bani Israil-lah yang paling keras permusuhannya pada rasul akhir zaman. Imam Mahdi Muhammad bin Abdullah (Rasulullah saw. menyebut segala ciri-ciri dan kisah dengan lengkap). Begitu juga ketika ini sedang ditunggu-tunggu orang sedunia, baik muslim maupun non-muslim karena kemenangannya telah dijanjikan bertaraf dunia. Di tangan mereka agama Islam akan dipeluk manusia sedunia dan mereka akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kasih sayang. Dua orang tokoh itu ialah Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s.
Ulasan
Catat Ulasan