BARAT SUDAH TIDAK PUNYA MASA DEPAN!.
Tuhan tahu bagaimana hendak membela orang-Nya daripada ancaman musuh. Makar Tuhan Maha hebat. Kalau bukan faktor janji Tuhan buat kebangkitan akhir zaman sudah lama Islam di musnahkan. Musuh Tuhan datang ke Tanah Melayu hendak mencari rempah, itu adalah alasan sahaja. Bila sampai masa dan ketika Tuhan bungkar kejahatan dan penipuan musuh Islam. Kini Tuhan sedang melakukan proses peralihan dari kuasa Barat kepada kuasa Timur. Abuya yang suka menggunakan kata-kata kiasan supaya kita mudah faham. Dalam hal peralihan dari Barat ke Timur, ibarat Barat sekarang seperti singa tua. Gigi sudah tiada untuk menggigit mangsanya. Kuku pun sudah tercabut hingga tidak bermaya lagi untuk mengoyak-ngoyakkan mangsa-nya.
Abuya terus mengingatkan melalui mesej barat di ambang maut. Setelah komunis jatuh dan tamatnya era Perang Dingin, Barat cuba mencatur dunia untuk muncul sebagai power mutlak. Berbagai agenda baru dan master-plan dikemukakan untuk memenuhi impian itu. Namun bagi Abuya Ashaari Muhammad, impian ini akan hanya tinggal impian…kerana Barat sudah tidak punya masa depan!. Dengan sudut pandangan yang luar
biasa, renungan mata hati yang tajam, pemikiran dan visi super advance, beliau mendedahkan kepincangan yang selama ini terlindung di sebalik kecanggihan teknologi dan kemodenan hidup Barat.
Barat dilanda penyakit lemah jiwa, sakit jiwa, keruntuhan akhlak dan rapuhnya nilai-nilai rohaniah yang menyebabkan Barat lemas di tengah-tengah pertarungan ideologi dan agama di dunia hari ini. Sebagai jalan keluar, Abuya Imam Ashaari At Tamimi menyuguhkan Islam untuk mengubat fikiran dan hati orang-orang Barat demi kebahagiaan mereka khususnya dan keselamatan dunia sejagat amnya. Kecuali mereka beralih kepada Islam, mereka tidak lagi layak untuk mentadbir dunia. Dan bagi pemuja-pemuja Barat, masa-nya sudah tiba untuk meninggalkan idola mereka itu dan kembali secara total kepada Islam. Inilah mesej utama Abuya Imam Ashaari At tamimi.
Abuya terus berkongsi dengan panduan dan persiapan kedatangan pemimpin bertaraf sejagat. Peranan Imam Mahdi adalah memperjuangkan Islam dan meniupkannya hingga sangat terserlah Islam di peringkat dunia bersifat syumul. Begitulah Allah SWT yang bersifat Al Iradah itu menentukan era kebangkitan Islam. Begitulah kehendak Allah terhadap Rasul dan nabi juga berbeza. Mengikut peranan masing-masing segala yang telah Allah tentukan. Dalam lain-lain perkataan, kita katakan ALLAH SWT yang bersifat Al Iradah itulah yang menentukan kesinambungan agamanya iaitu melalui orang-Nya. Iaitu sama ada mengadakan era tersebut ataupun mentiadakan.
Firman Allah:
قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ▪️إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, ▪️" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".
(Sad,38:82-83).
Inilah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tentang peranan orang Allah selepas Rasulullah SAW. Iaitu menyelamatkan hati manusia daripada di kuasai oleh nafsu dan syaitan. Roh yang ada pada diri manusia di sebut tamyiz. Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati. Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut, dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur, dapat melihat alam Akhirat, dapat melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang halus-halus (alam mawaraa-ul maddah ) iaitu dapat melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah.
Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu seseorang itu sedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu akan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.
Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak semajelis dengannya. Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan mil darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh. Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati.
Keupayaan dan peranan ulama sekaligus pemimpin bertaraf
dunia di sebut Imam Mahdi. Kemampuan yang Allah berikan kepada Imam mahdi dapat memantau seluruh ruhul hayah yang bertebaran di muka bumi ini. Di bimbing dan di bawa kepada Tuhan. Kesannya manusia menjadi terpimpin. Manusia yang ada ketika itu ramai yang cinta dan takut kepada Tuhan. Kalau hanya sekelompok manusia sahaja yang dapat didisiplin hati mereka itu di namakan masyarakat yang berada di dalam sebuah jemaah Islam. Kalau masyarakat yang didisiplinkan dengan Islam gabungan beberapa kelompok itu di namakan daulah Islamiah. Tetapi gabungan negara-negara yang ada di muka bumi Tuhan ini dan bersedia di atur dan didisiplinkan dengan Islam itu di namakan Empayar Islam.
Ulasan
Catat Ulasan