Langkau ke kandungan utama

PERJUANGAN KEBENARAN MELALUI DUA TAHAP.

PERJUANGAN KEBENARAN MELALUI DUA TAHAP.



Perjuangan kebenaran melalui dua tahap. Perjuangan melalui usaha untuk di beri pahala. Perjuangan melalui zaman berkat hasilnya besar walaupun usahanya sedikit. Perjuangan Cinta Allah dan Nabi SAW di era zaman berkat usahanya sedikit tetapi hasilnya besar. Contoh ketika perjuangan mencintai Rasul dengan amalan Berzanji yang sudah asing bagi generasi sekarang telah mula membuka mata masyarakat.
Putrajaya: Suasana malam di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, bergema dengan alunan zikir menerusi penganjuran Majlis Zikir Perdana, di Masjid Putra. 20,000 para jemaah berzikir di masjid Putra Jaya.


Apa yang berlaku adalah contoh berkat zaman kebangkitan Islam kali kedua. Amalan zikir berselawat satu ketika dulu di Pondok pasentrin menjadi amalan rutin setiap hari. Pengalaman kita bersama Abuya juga meriah dengan berselawat setiap kali hendak sembahyang lima waktu. Abuya juga pernah berkata, jika Tuhan bukakan hati yang berkuasa atau mereka mendapat hidayah lebih cepat berlaku kebangkitan Islam kerana pada mereka ada jentera untuk melaksanakan sesuatu perkara.


Begitulah kesan roh kebangkitan Islam. Perkara yang lebih besar lagi kita di bantu dengan ilmu-ilmunya dapat menyuluh mazmumah-mazmumah  yang seni, untuk mudah mereka membaiki diri. Begitulah juga kemeriahan suara indah alunan-alunan bait-bait madah atau syair yang dinasyidkan melalui corong-corong media perdana. Sesetengahnya petah bercakap, maka menjadi motivator. Apabila saluran-saluran TV di Malaysia memaikan peranan dakwah, kita lihat ianya menjadi program meriah dalam masyarakat. Kumpulan-kumpualan nasyid aktif di sekolah-sekolah.


Melihatkan perkembangan tersebut, kita teringat Abuya ada menulis didalam bukunya kebangkitan Islam pasti berlaku kerana ia adalah janji Tuhan melalui lidah Rasulullah. Dalam tulisan atau kuliah Abuya ada menyentuh tentang Malaysia pasti menjadi daulah Islam. Mari kita renungkan firman Allah yang di jelaskan dalam Al Quran. Bagi Tuhan yang Maha kuasa bilangan bukan menjadi masaalah. Dalam artikal-artikal sebelum ini ada menyentuh soal Tuhan gilir-gilirkan di kalangan timur dan barat. Begitu juga di kalangan umat Islam juga di gilir-gilirkan untuk menjadi empayar atas nama Islam. Surah Baqarah ayat 249. Maksudnya: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar".


Perjuangan kebenaran menyelesaikan masaalah dengan hati dan jiwa manusia. Pejuang kebenaran membawa hati manusia kepada Tuhan. Merujuk segala-galanya kepada Tuhan. Dibawa manusia kepada Tuhan. Dibawa manusia kepada Akhirat. Dipupuk rasa kasih dan sayang sesama manusia.Kebangkitan kebenaran perjuangannya ibarat air. Mengalir dan terus mengalir. Kalau diempang, dia akan menyusup ke bawah. Kalau disekat di bawah, dia akan mengalir ke sisi. Kalau di sekat di sisi dia akan bertakung. Sampai masa dia akan melimpah dan mengalir juga ke atas. Seperti air, ia tenang dan tidak mendesak. Tetapi ia tetap akan mengalir. Ia mengikut dan menyesuaikan diri dengan bentuk bumi. Kehadirannya natural dan semula jadi. Perjuangannya dirasakan seolah-olah ia sebahagian dari kehidupan.


Seperti air juga, perjuangannya sangat diperlukan. Sangat memberi menyejuk dan menyegarkan. Sangat menenangdan mententeramkan hati-hati manusia. Tidak seperti perjuangan lain yang ibarat api yang mengganas dan membakar. Yang marak dan mencemaskan manusia. Yang memusnahkan segala-galanya. Yang menyebabkan huru hara. Akhirnya yang tinggal hanya abu, arang dan bara. Manusia terseksa, menderita, sengsara.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...