KELOMPOK DAJAL DAN IMAM MAHDI SEMAKIN KETARA.
Menurut Abuya Imam Ashaari At Tamimi: "Di sisi Tuhan, hanya ada dua golongan yang diberi kuasa di atas muka bumi ini yang mengatasi golongan-golongan yang lain. Dua golongan itu ialah golongan kafir dan golongan orang-orang yang bertaqwa. Selain dua golongan ini tidak ada golongan lain yang diizinkan Tuhan untuk menguasai dunia ini." Sebelum ini banyak artikal yang kita kongsikan bagaimana Tuhan beri kekuatan pada Abuya dalam usaha mempromosikan tentang Imam Mahdi. Saingan Imam Mahdi adalah Dajal. Tentang Dajal dan Imam Mahdi ada di sentuh secara langsung dan tidak langsung di dalam Quran dan Sunnah.
Pasukan Dajal berpusat di Barat sudah menguasai dunia sekian lama. Mereka Tuhan berikan peluang setelah memiliki kekuatan lahir.(Quwwah). Pasukan hak berpusat di Timur. Tuhan akan bagi giliran Timur untuk menggantikan Barat atas dasar taqwa. Di belakang Timur adanya 10 orang Ikhwan. Dunia Barat diterajui oleh Dajal. Asal usul Dajal dari keturunan Yahudi. Barat terus di peralatkan dan digunakan untuk kekalkan percaturan Dajal kepada bangsa-bangsa lain yang ada di dunia. Barat cuba mengabui mata dunia untuk menjadi superpower mutlak. Sedangkan realitinya, Barat sudah tidak punya masa depan, apalagi untuk menerajui dunia. Mereka sudah berada di ambang maut. Pasukan Dajal selama ini di dokong oleh barat melakukan kejahatan dan kezaliman.
Barat menunggu tokoh penyelamat mereka iaitu Dajal. Kedatangan Dajal penyelamat pasukan batil dan memberikan kekuatan kepada mereka untuk boleh meneruskan kejahatan dan kezaliman yang di lakukan. Tetapi kini nasib tidak menyebelahi mereka lagi kerana mereka terpaksa berdepan dengan kebangkitan yang dilakukan oleh pasukan Imam Mahdi. Kalau dajal menjadi penyelamat pasukan batil dan Imam Mahdi dan Nabi Isa menjadi penyelamat pasukan hak. Barat yang selama ini terselindung di sebalik kecanggihan teknologi dan kekuatan ketenteraan. Itulah kekuatan pasukan batil. Kebangkitan Islam yang diterajui oleh pasukan hak dari Timur kekuatan mereka adalah karomah dan berkat dari Imam Mahdi yang menyelamatkan dunia.
Di akhir zaman, hanya ada dua pasukan yang diberikan kelebihan iaitu hak dan batil. Pasukan hak merujuk kepada Imam mahdi dan pasukan batil merujuk kepada dajal. Sebelum kedatangan pemimpin besar tentulah ada pemimpin kecil yang mempromosikan pemimpin besar tersebut. Pemimpin yang menyediakan tapak di Timur itu ialah Abuya Imam Ashaari At Tamimi. Fata At Tamimi Bersama jemaah mencetuskan pelbagai usaha lahir dan usaha rohaniah. Usaha lahir contohnya membangunkan projek terutamanya produk halal yang menjadi keperluan orang Islam. Selain itu banyak lagi kepada pasukan hak Tuhan mengurniakan kepadanya karamah dan barakah, yang mulanya dialirkan kepada pasukan hak menurut keperluan semasa dan yang ada hubungkaitnya dengan kebangkitan Islam yang di terajui Imam mahdi.
Firman Allah:
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".(Al-Anbiyaa' 21:105).
Kita ini berada di akhir zaman. Ertinya umur dunia sudah lanjut, sudah sampai ke penghujungnya. Di waktu Rasulullah zahir, 1500 tahun dulu pun telah diperlihatkan dunia sebagai perempuan tua yang bongkok nyanyok lagilah sekarang. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya kecuali Tuhan yang tetap Kekal. Diberitakan melalui lidah Rasul, bahawa menjelang kiamat akan berlaku banyak persitiwa yang mengejutkan dan yang aneh. Malah kebanyakannya telah berlaku. Berlaku juga kemuncak kerosakan. Iaitu dihimpun segala kerosakan-kerosakan umat-umat dahulu di zaman ini.
Berlaku semula amalan-amalan jahiliyyah seperti di zaman dulu. Antaranya berlaku perzinaan yang berleluasa, pelacuran secara terbuka, pergaulan bebas, lelaki menyukai lelaki seperti amalan di zaman Nabi Luth. Kaum perempuan yang menyerupai lelaki juga lahirnya anak-anak luar nikah yang sudah menjangkau tidak terhingga banyak bilangannya dan pembunuhan bayi di mana-mana. Maka bermaharajalelalah jenayah dalam masyarakat beserta gejala-gejala sosialnya, seperti jenayah kekerasan, harta benda, mahupun akidah seperti ajaran sesat, Black Metal dsb. Ertinya bumi dipenenuhi dengan kejahatan dan kezaliman seperti gelap malam yang memenuhi bumi.
Pasukan batil yang diterajui Dajjal, adalah di pihak musuh Islam.
Dikurniakan makhluk laknatullah itu ilmu-ilmu sihir sebagai istidraj
Pasukan batil atau Pengikut-pengikut Dajjal adalah ahli-ahli sihir.
Sebelum Dajjal zahir, sihir dan istidrajnya dialirkan kepada mereka.
Kerja mereka adalah menguji manusia dengan berbagai-bagai bentuknya.
Ilmu pengetahuan dan panduan yang banyak itu diberikan kepada pasukan hak atau kebenaran itu berkat berada di zaman kebangkitan kali kedua yang Tuhan janjikan melalui lidah Rasulullah. Orang-orang Islam yang bernaung di bawah payung hak mereka diberi kelebihan mudah memahami ilmu-ilmu pengetahuan yang diperlukan itu. Sesetengahnya diberi kelebihan ilmu-ilmu pengetahuan tentang pengubatan, terutamanya dalam merawat sihir-sihir yang menyerang. Sihir-sihir atau ilmu-ilmu hitam ini dihantar para musuh Islam seperti Yahudi dan kuncu-kuncunya secara rambang untuk memporak perandakan masyarakat awam dari yang kafir, yang selemah-lemah iman hinggalah yang tinggi imannya, untuk melawan karamah kerohanian orang-orang yang soleh dari pasukan hak.
Ulasan
Catat Ulasan