Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

GENERASI PEMBINA EMPAYAR.

Sabah, Negeri Sembilan dan Indonesia. PEMBINAAN GENERASI BARU. Melayu Nusantara, generasi pembina empayar. Mereka membesar di tengah suasana yang telah dibentuk sekian lama. Yakni suasana syiar dan amalan Islam yang melanda seluruh dunia khususnya di Malaysia.Mereka punya persediaan jiwa, akal dan fizikal yang cukup untuk tampil mengisi kemenangan yang dijanjikan untuk perjuangan kebangkitan Islam di timur. Kemajuan besar lahir di Malaysia dari raut wajah mereka yang lembut, tenang jelas terpancar di wajah mereka. Allah memilih bangsa Melayu untuk menerajui kepimpinan empayar Islam, kerana bangsa ini belum pernah menerima giliran menerajui dunia. Setelah Rasulullah SAW wafat disambung oleh Khulafa'ur Rasyidin. Di atas kaedah tersebut berjalan dizaman salafussoleh selama tiga ratus tahun. Berlanjutan selepas itu empayar Islam selama 700 tahun. Lalu ketika para penguasa empayar Islam itu beserta para pendokong yang menyimpang, Allah pun mencabut amanah kejayaan i

MENYUBURKAN SIFAT YANG POSITIF.

Rasa terhutang budi dan ingin membalas budi. Mari kita melihat dari dekat bagaimana Abuya menyuburkan sifat positif kepada keluarganya. Suatu hari penulis selaku anak bertanyakan kepada Abuya. Setiap tahun kita akan berkunjung ke Kampung Pilin iaitu kampung halaman Abuya yang terletak di Negeri Sembilan. Ada seorang ini, rumahnya juga tidak pernah dikecualikan. Siapa sebenar orang ini dan apa kaitannya dengan kita. Abuya merespon pertanyaan saya. Lalu Abuya mengenalkan orang tersebut kepada kami. Dia adalah cikgu Abuya ketika di sekolah rendah. Dia mengenalkan Abuya ABC...Saya terkejut kerana dan kagum bagaimana Abuya melayani dan menghormatinya seperti keluarganya sendiri. Begitulah Abuya mendidik secara santai sahaja. Melalui sikapnya dia menyuburkan rasa positif tersebut dengan selalu mengenang-ngenangkan budi dan menghitung nikmat yang diberikan orang kepada kita. Rasulullah SAW, guru-guru, pemimpin, ibubapa, sanak saudara, sahabat handai dan lain-lain lagi Sewaktu

KEJAYAAN REVOLUSI SYIAH.

KEJAYAAN revolusi Iran sebenarnya bukanlah kejayaan Islam,  tetapi kejayaan satu puak Syiah yang agak praktikal, menumbangkan  puak-puak Syiah lain yang dikatakan  zalim dan menindas. Setelah  beratus-ratus tahun  Shah Iran menzalim dan menindas rakyat  jelata, maka akhimya seluruh rakyat bangun memberontak. Oleh sebab kepimpinan  Khomeini agak menonjol, maka semua  golongan boleh menerima. Bersatu di bawah pimpinannya untuk menumbangkan Shah. Termasuklah golongan-golongan itu ialah orang-orang AhliSunnah Wal Jamaah dan juga Kominis, Sosialis dan Nasionalis.  Apabila revolusi  selesai dengan kejayaan di pihak mereka golongan revolusioner ini  berpecah pada puak masing-masing.  Terjadi perebutan dikalangan  mereka malah berbunuh-bunuhan.  Ada Ahli SunnahWal Jamaah yang  dibunuh dan dipenjara oleh orang-Orang Khomeini. Perlembagaan  yang dipakai di Iran sekarang adalah bermazhab Syiah Imamiah. Jadi dengan kata-kata yang lain, kejayaan revolusi Iran

PANGLIMA THALUT.

Ada kisah menarik yang disajikan al-Quran seputar persiapan Thalut dalam menghadapi pasukan Jalut. Persiapan itu berupa ujian Allah yang akhirnya menyeleksi siapa yang boleh terus berjuang, dan siapa yang lemah. Thalut berkata kepada pasukannya, "Sesungguhnya Allah menguji kalian dengan sungai. Siapa yang meminum airnya, maka ia bukan pengikutku. Kecuali mereka yang meminum dengan seciduk tangan." Itulah di antara isi dari surah al-Baqarah ayat 249. Kenapa sungai? Buat ukuran masyarakat Timur Tengah yang bergurun pasir dan berudara sangat panas, sungai merupakan sesuatu yang sangat menggiurkan. Dia adalah sumber penghidupan yang kerap menjadi penyebab timbulnya peperangan antara suku kabilah, bahkan negara. Sungai bagi masyarakat Timur Tengah boleh dianggap sebagai bentuk keindahan duniawi yang begitu menggiurkan. Perhatikan apa yang dikecualikan Thalut terhadap sungai itu. "Kecuali, meminum dengan seciduk tangan." Seciduk tangan adalah ukuran wajar yang

RAJA DALAM ISLAM.

Raja-Raja dalam Al Qur’an dan Sunnah serta Pandangan Islam Terhadap Pemerintahan Beraja. Maksud firman Allah  Ta‟ala: “Apakah kamu tidak memerhati kan pemuka pemuka Bani Israel sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka  berkata kepada seorang Nabi mereka:  Angkatlah untuk kami seorang raja  supaya kami berperang (di bawah  pimpinannya) di jalan Allah. (Al-Baqarah 2: 246). Pada ayat berikutnya Allah menunaikan permintaan mereka FirmanNya: Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya Allah telah  mengangkat Thalut menjadi  rajamu” (Al-Baqarah 2: 247). Al Qur‟an dan hadith menceritakan beberapa raja yang pernah diberikan kekuasaan dan kerajaan yang besar. Ada raja yang beriman, ada pula raja yang kafir. Ada  raja yang soleh lalu diberi  pujian oleh Allah Ta‟ala, manakala tidak kurang juga raja yang  berbuat zalim lalu Allah  Ta‟ala hina mereka dengan kehancuran kerajaannya. Ibnu Kathir dalam kitabnya Tafsir al Qur‟an al Azim membaw

SISTEM TUHAN DALAM F.AIN DAN F.KIFAYAH.

SISTEM TUHAN DALAM FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH.... Fardu Ain satu sama lain ada hubung kait dengan kehidupan Umat Islam.Begitu juga fardu kifayah yang sangat luas ada hubungan dengan kehidupan. Ia merupakan satu sistem hidup yang tertib lagi sistematik. Dan ialah untuk kehidupan orang yang beriman. Kalau pemimpin Islam faham dan dijadikan arahan dan didalam pentadbiran Islam sungguh indah dan menyelamat kan. Ia hanya difahami oleh pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan.Ia merupakan hikmah yang amat tersirat sangat payah difaham.Kecuali pemimpin yang dijanjikan oleh Tuhan. Sembahyang merupakan ibu segala ibadah. Sangat berperanan didalam kehidupan Umat Islam.Kalau ia benar-benar difahami dan dihayati ia adalah kekuatan umat yang beriman. Kekuatan akal fikiran dan kekuatan jiwa yang sangat berguna didalam kehidupan. Disamping ia merupakan ikrar kepada Tuhan. Hidup untuk Tuhan untuk diamalkan seharian. Agar hidup orang Islam setiap hari bersih dari kejahatan dan ada hubungan

BATU BERSURAT BUKTI KERAJAAN ISLAM DI TANAH MELAYU.

BANGSA MELAYU TELAH LAMA DI PERSIAPKAN. Sejarah hubungan Arab dengan masyarakat Melayu telah lama berlaku. Pengaruh budaya Arab khususnya dalam bidang bahasa telah lama digunakan dalam pertuturan dan tulisan. Ia bermula sejak kemasukan agama Islam ke Tanah Jawa khususnya Tanah Melayu. Parameswara ialah Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam. Setelah Islam namanya bertukar menjadi Sultan Muhammad Shah.  Perkataan sultan untuk gelaran raja adalah  berasal dari bahasa Arab. Maksud firman Allah: "Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini). (Ar Rad 13:37). Ini bermakna wahyu yang Tuhan turunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab.

BUKAN ERA KOMUNIS.

BUKAN GILIRAN KOMINIS. "Kalau bukan kerana ini giliran Islam, kominis sudah kuasai kita..." antara coretan ekspedisi Timur Tengah - Thailand bersama Abuya sebelum penangkapan ISA. Abuya ada tulis sajak khas tentang kejatuhan  kominis. Pepecahan dunia sewaktu era Perang Dingin. Blok Kapitalis: Amerika Syarikat dan sekutunya. Blok Komunis: Kesatuan Soviet dan sekutunya. Dunia Ketiga: Negara berkecuali dan neutral. 1985  MikhailGorbachev memegang jawatan Ketua Parti Komunis Soviet Union ( USSR ) dan bermulalah era keruntuhan ideologi Komunis. 1989  ekonomi Soviet Rusia amat goyah dan parah. Dasar-dasar Stalin dilihat punca masalah ini serta alasan terbaik kenapa Soviert Union ketinggalan dalam banyak bidang teknologi berbanding di Eropah malah telah diatasi oleh sesetengah negara di Asia Timur Jauh. Hanya Islam yang mampu bertahan menghadapi cabaran zaman, perubahan masa ideologi dan gelombang fikiran manusia. Selain daripada Islam, semua ideologi ciptaan otak

PERJUANGAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.

CIRI-CIRI PERJUANGAN KEBENARAN YANG TERSURAT DAN TERSIRAT. Sebelum terserlah kebenaran, bagaimana kita hendak pastikan sesuatu perjuangan itu membawa kebenaran? Peringkat awal itu yang susah, iaitu untuk pastikan benar atau tidak benarnya perjuangan itu. Oleh itu kita mesti tahu apakah buktinya perjuangan itu membawa suatu kebenaran. Dan apa buktinya bahawa pemimpinnya ditunjuk oleh Tuhan terutama kalau dia bukan rasul. Dalam erti kata lain, apa buktinya dia adalah mujaddid. Perlu dikenal pasti ciri-ciri kebenaran secara umum sama ada pemimpinya, pengikutnya dan jemaahnya. Ini penting. Kalau tidak nanti, yang benar dikata tidak benar dan yang tidak benar dikata benar. Yang benar ditentang manakala yang tidak benar diterima. Di sini akan disebutkan ciri-cirinya secara umum sama ada pada para pemimpinnya, pengikutnya atau jemaahnya. Ciri-ciri kebenaran itu ada dua kategori iaitu: 1. Ciri yang tersirat 2. Ciri yang lahir CIRI-CIRI YANG TERSIRAT Terhadap perkara-perkara yang ter

KEBENARAN ITU HARMONI.

Tidak ada orang yang tidak sukakan kebenaran. Kebenaran adalah kehendak bersama atau milik bersama. Kebenaran itu mahal sebenarnya. Kebenaran itu hebat. Kebenaran itu ajaib. Kebenaran itu adalah sesuatu yang indah, tenang, menyenangkan, bahagia dan harmoni. Begitulah sifat atau watak kebenaran. Jadi kalau begitu tentu semua orang mengkehendakinya. Semua bangsa, etnik, agama perlukannya sebab ia indah, senang , menyenangkan, tenang dan menenangkan. Jadi kebenaran yang hebat itu menjadi keperluan bersama manusia. Kebenaran yang dimaksudkan ialah: • Kasih sayang • Keadilan • Perikemanusiaan yang amat tinggi • Rasa bersama dan bekerjasama • Kesatuan dan perpaduan • Mengutamakan orang lain dan bertolak ansur • Ilmu pengetahuan yang membawa kebaikan • Merendah diri pada Tuhan dan sesama manusia • Memikirkan kepentingan orang lain • Sangat simpati dengan orang susah, orang yang mendapat kemalangan dan orang yang mendapat ujian. Itulah sebahagian daripada kebenaran. Inilah yan

KEBENARAN ITU DARI TUHAN.

PERJUANGAN KEBENARAN. Memperjuangkan kebenaran melalui sebuah jemaah yang dipimpin oleh seorang pemimpin bukan satu perjuangan yang kecil. Ia satu perjuangan yang hebat kerana kebenaran itu dari Tuhan. Apa yang datang dari Tuhan; yang hendak diperjuangkan melalui jemaah supaya kebenaran itu dapat dimiliki oleh manusia sejagat; bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan seorang pemimpin yang bukan calang-calang pemimpin. Mestilah pemimpin itu ditunjuk oleh Tuhan. Kalau pemimpin itu tidak ditunjuk oleh Tuhan, tidak mungkin kebenaran itu dapat dipersembahkan kepada dunia hingga boleh diterima oleh masyarakat dunia dan menjadi hak bersama. Hingga masing-masing dapat kebahagiaan bersama. Padahal jemaah-jemaah yang wujud di dunia sejak dulu sampai sekarang, semua berkata hendak perjuangkan kebenaran dengan membawa berbagai-bagai nama dan istilah. Namun kebenaran yang hendak dicari dan diperjuangkan itu tidak pernah ditemui. Yang berlaku hanya kekacauan, ketidakadilan, haru biru d

GELARAN IKHWAN NABI SAW.

Kebangkitan Islam sekali lagi diakhir zaman, Malaysia ditakdirkan menjadi tapak kebangkitan Islam di timur. Malaysia juga menjadi model dakwah dan menjadi perintis Islam is the of life. Dunia Islam menjadikan Malaysia tempat rujuk model Islam yang moden dan menguasai teknologi terkini. Ramai ulama di Timur Tengah mengatakan apa yang ada di Amerika Syarikat ada di Malaysia dan apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika Syarikat iaitu kemeriahan syiar dan amalan Islam. Rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul SAW merupakan anak kunci jati diri insaniah manusia. Dari hati, akal, dan fizikal, insya Allah semua akan berubah. Ketika Para sahabat bersama Rasulullah, mereka mendapatkan perasaan tersebut daripada Rasulullah. Bagi umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW mereka di gelar ikhwan juga mendapatkan perasaan Rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul melaui roh Rasulullah SAW. Tuhan datangkan Rasul sebagai saluran dan panduan untuk mendapatkan perasaan yang betul terhadap-

PENERAJU TIMUR.

MELAYU BARU TERSEMBUNYI. Islam menguasai dunia selama 700 tahun. Ia dikira bermula daripada zaman Rasulullah SAW Dalam tempoh tersebut pemerintahannya adalah satu. Zaman salafussoleh dikira berjalan selama 300 tahun. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda, Daripada Abdullah, beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah s.a.w : “Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka, selepas itu akan datang satu kaum di mana penyaksian salah seorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya.” (Riwayat Muslim). Perakuan oleh Nabi s.a.w tentang kebaikan para sahabat, para tabi'in, dan tabi' tabi'in.Menurut Ibn Hajar, umat terbaik pada kurun baginda ialah para sahabat, kemudian yang mengikuti mereka merupakan para tabi’ dan yang mengikuti para tabi ialah para tabi’ tabi’in. Seterusnya zaman khalifah atau sultan-sultan berikutnyaI Islammasih menguasai duniasel

PEJUANG KEBENARAN AKHIR ZAMAN.

PEJUANG KEBANGKITAN ISLAM SEKALI LAGI. Kita diajar memperjuangkan Islam yang berkasih sayang, bertolak ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong. Lebih-lebih lagi pe juang kebenaran di akhir zaman tidak pernah berhenti memperhatikan perjalanan nafsu dan syaitan, sehingga nafsu dan syaitan itu selalu dapat diperangi dan dikalahkan untuk menghambakan diri pada Allah SWT. Kalau kita ingin berjumpa Allah dengan selamat, jalan itulah yang mesti ditempuh. Tanpa menempuh jalan itu, kita akan dapat juga berjumpa dengan Allah (kerana kita semua akan mati) tetapi dalam keadan susah-payah dan hina-dina, wal ‘iyazubillah! Jalan keselamatan itu adalah melakukan mujahadatunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua mazmumah yang setiap saat selalu menyerang kita.  Mazmumah atau penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu itu adalah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin. Penyakit hati, ulama kerohanian bahagikan kepada dua iaitu: 1.     Penyakit hati terhad

DUNIA IBARAT BANGKAI.

ZAMAN MANUSIA GILA DUNIA. Kita berdepan dengan zaman manusia berebut-rebut memburu dunia. Di zaman  manusia sangat memburu  keduniaan, sangatsedikit yang membawa Tuhan dalam hidup atau mungkin tiada langsung. Apabila manusia melupai dan  menyisihkan Tuhan,manusia sudah menjadi ibarat kereta tanpa enjin. Biarpun kelihatan cantik dan hebat namun kereta tersebut sudah ketiadaan fungsinya yang sebenar sebagai makhluk ciptaan Tuhan. Atau tidak lebih  dari satu objek yang saban hari hanyalah fungsinya memproses najis. Atau bahasa mudahnya manusia  sudah menjadi kilang najis. Tidak hairanlah dunia hari  ini dilanda krisis, porak-peranda, permusuhan, perpecahan, tindasmenindas, menzalimi, hilang kasih sayang, mementingkan diri sendiri, berbunuhan dan  berperang. Segala macamgejala sosial sudah tidak dapat diatasi, diselesaikan dan dibendung. Berbagai saranan, pendapat, idea, buah fikiran, aktiviti, agenda dan program sudah dibawa kepada masyarakat. Berbagai ak

IKTIQAD QADARIAH.

QADARIAH DALAM KEHIDUPAN. Cuba kita perhatikan beberapa contoh yang berlaku di dalam masyarakat kita hari-hari. Umpamanya seseorang itu begitu yakin bahawa dengan kelulusan dan kelayakan ilmu pengetahuan yang ada padanya, dia akan kaya serta mewah dan mendapat kesenangan hidup. Juga dia yakin dengan kelulusan itu dia boleh menjadi orang baik. Di sini dia telah tercangkuk kepada qadariah padahal dia sudah belajar iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi perbuatannya, sikap dan tindak-tanduknya menunjukkan dia telah terjebak kepada qadariah. Dan begitu jugalah seseorang yang begitu yakin dengan pangkatnya hingga mengatakan bahawa pangkat lah yang membawa kekayaan dan kemewahan hidup kepadanya. Dengan tidak disedari, dia sudah terjebak kepada qadariah. Setengah-setengahnya pula berkata,"Kalaulah aku tidak menolong bantu dia dan kalaulah aku tidak campur tangan, sudah tentu dia tidak akan berjaya!" Orang ini sudah jatuh kepada qadariah. Ada sesetengah orang pula

KEJADIAN ISU ICERD..

TERSURAT DAN TERSIRAT KEJADIAN ISU ICERD. Kini ialah zaman kebangkitan Islam. Tidak ada siapa dapat menghalang kebangkitan Islam yang sedang melanda seluruh dunia sekarang. Siapa pun tidak dapat menahan gelombang yang sedang melanda. Sebagai contoh, apakah kita pernah mimpi kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Naiknya Tun Mahathir sudah diketahui ulama kerohanian, ramai ahli  Tareqat juga  ahli bijak pandai yang terlibat dengan kebangkitan dunia timur. Tun Mahathir jadi pilihan kerana pihak musuh yahudi tidak risau sangat dengan Tun Mahathir kerana dilihat sebagai seorang yang Liberal dan Tun Mahathir ketika itu DITERIMA oleh semua Bangsa.. Apa yang dibuat oleh manusia terutamanya dari tangan orang politik iaitu ketegangan dikalangan rakyat. Ia berpunca dari golongan orang politik yang mencetuskan isu ICERD. Itu adalah perkara yang tersurat. Apabila isu ini dihentikan oleh PM tidak berlaku perkara tersebut. Dari perkara yang tersurat seper
PERANAN INSTITUSI SULTAN DALAM SEJARAH ISLAM. Bot Diraja, Tarikan Terbaru Kuala Kangsar. Teringin naik bot Diraja? Boleh ke Kuala Kangsar untuk berpeluang bersiar-siar di Sungai Perak dengan rivercruise dalam 40 minit. Nak abadikan kenangan... Foto: Foto: Istana lama Kuala Kangsar. Foto: Istana Agong di Kuala Lumpur telah dijadikan muzium, orang ramai boleh kunjungi ke Muzium di Raja. Istana Negara adalah tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sebelum Istana Negara, Jalan Duta. Istana ini terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra, suatu kawasan seluas 25 ekar atau 11.34 hektar di tepi Bukit Petaling di Kuala Lumpur yang menghadap Sungai Klang. Mengenali sejarah Sultan di Malaysia yang ada kaitan dengan sejarah kesultanan di era kebangkitan Islam pertama.Melaka sangat dikenali dalam sejarah empayar Islam, hinggalah empayar Islam terakhir iaitu empayar Usmaniah yang