DISIPLINKAN HATI UNTUK JAGA IMAN.
Ada Hadis akhir zaman menceritakan bahawa iman orang akhir zaman ini sudah nipis dan mudah jatuh pada kekufuran. Hadis ada memberitahu kita, "Pagi Islam, petang sudah kafir. Petang Islam, pagi kafir." Orang cinta dunia, terpengaruh dengan dunia menjadikan iman reput.
بَادِرُوا فِتَنًا كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ
يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِي مُؤْمِنًا.
وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا
يُصْبِحُ الرَّجُلُ مُؤْمِنًا وَيُمْسِي كَافِرًا وَيُمْسِي مُؤْمِنًا.
وَيُصْبِحُ كَافِرًا يَبِيعُ دِينَهُ بِعَرَضٍ مِنْ الدُّنْيَا
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti sepenggalan malam yang gelap gulita, seorang laki-laki di waktu pagi mukmin dan di waktu petang telah kafir, dan di waktu petang beriman dan pagi menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia.” (HR. Ahmad No. 8493)
Dalam memperjuangkan Islam mesti ada perancangan yang berdisiplin, rapi dan teliti. Bermacam-macam langkah mesti dibuat untuk menuju kepada matlamat menegakkan hukum hakam Allah didalam segala aspek kehidupan. Dari sinilah akan terlaksanalah kesyumulan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara atau dengan kata-kata yang lain, tertegaklah hukum-hukum Allah secara syumul di dalam kehidupan.
Pejuang dapat mengisi program 'ke luar' (untuk umum) dan 'ke dalam'.(khusus untuk anggota NGO penggerak Islam). Dia juga seorang yang bertaqwa. Hal ini ada hubungan yang cukup rapat dalam soal membangunkan jiwa atau hati atau roh manusia, yang mana inilah yang melahirkan masyarakat yang disenangi kawan dan lawan, yang dihormati di langit dan di bumi, yang selamat di dunia dan akhirat. Dari pembangunan jiwa atau hati ini, lahirlah tamadun kerohanian atau akhlak yang mulia, atau terbangun insaniah manusia.
Ulasan
Catat Ulasan