PEJUANG KEBANGKITAN ISLAM SEKALI LAGI.
Kita diajar memperjuangkan Islam yang berkasih sayang, bertolak ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong. Lebih-lebih lagi pejuang kebenaran di akhir zaman tidak pernah berhenti memperhatikan perjalanan nafsu dan syaitan, sehingga nafsu dan syaitan itu selalu dapat diperangi dan dikalahkan untuk menghambakan diri pada Allah SWT.
Kalau kita ingin berjumpa Allah dengan selamat, jalan itulah yang mesti ditempuh. Tanpa menempuh jalan itu, kita akan dapat juga berjumpa dengan Allah (kerana kita semua akan mati) tetapi dalam keadan susah-payah dan hina-dina, wal ‘iyazubillah!
Jalan keselamatan itu adalah melakukan mujahadatunnafsi. Kita mesti bermujahadah atas semua mazmumah yang setiap saat selalu menyerang kita.
Mazmumah atau penyakit hati yang dihidupkan oleh nafsu itu adalah semua sifat batin yang bertentangan dengan amalan batin. Penyakit hati, ulama kerohanian bahagikan kepada dua iaitu:
1. Penyakit hati terhadap Allah.
2. Penyakit hati terhadap manusia.
2. Penyakit hati terhadap manusia.
Lebih baik kita rasa terhina dari merasa sombong sesama manusia malah dengan Tuhan. Manusia akhir zaman ini adakala tidak sedar yang mereka ini sombong.
Mana ada selain perjuangan Islam yang memperjuangkan cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorang kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya.
Islam mengajak kita menilik hati kita, mengenalinya dan mengubat sakitnya. Apabila hati sudah terubat, kita akan temui hati-hati yang penuh dengan cahaya kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan.Itulah syurga sementara sebelum kita bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.
Allah berfirman,maksudnya " Hari Kiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) dimana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yg mengadap Allah membawa hati yang selamat"
(Asy Syura 42 :88-89).
(Asy Syura 42 :88-89).
Islam yang Allah redhokan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruhnya Nabi Muhammad SAW adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin.Syariat lahir disebut SYARIAT. Syariat batin di sebut HAKIKAT. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin.
Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar. Manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang menggerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing-masing (yang lebih dikenali sebagai Roh).
Allah swt telah menetapkan bahawa syariat lahir adalah diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasad batin iaitu Roh atau hati.Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa disemua waktu dan semua keadaan.
Kalau kita asingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islam memandang syariat itu sebagai kulit (al'qasar), manakal hakikat itu ialah intipati (al'labi).
Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan, ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-dua mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri.
Tanpa kulit, isi tidak selamat, malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidak ada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab buah dimakan bukan pada kulit tetapi isinya.
Begitu juga hubungan antara syariat dan hakikat. Kedua-dua mesti diterima dan diamalkan serentak. Kedua-dua saling isi mengisi dan perlu memerlukan. Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi) itu tidak membawa erti apa-apa disisi Allah.
Sabda Rasulullah SAW:
عَÙ†ْ Ø£َبِÙ‰ Ù‡ُرَÙŠْرَØ©َ Ù‚َالَ: Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صلى الله عليه وسلم: ((Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ لاَ ÙŠَÙ†ْظُرُ Ø¥ِÙ„َÙ‰ صُÙˆَرِÙƒُÙ…ْ ÙˆَØ£َÙ…ْÙˆَالِÙƒُÙ…ْ ÙˆَÙ„َÙƒِÙ†ْ ÙŠَÙ†ْظُرُ Ø¥ِÙ„َÙ‰ Ù‚ُÙ„ُوبِÙƒُÙ…ْ ÙˆَØ£َعْÙ…َالِÙƒُÙ…ْ)). رواه مسلم
Maksudnya:
"Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi dia memandang hati dan amalan kamu "(Riwayat Muslim).
Maksudnya:
"Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi dia memandang hati dan amalan kamu "(Riwayat Muslim).
Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit) maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah SWT. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa-apa langsung, hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar.
Berkata Imam Malik Rahimahumullah Taala: "Barang siapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barang siapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindik "
Ertinya kita mesti amal kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik.Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat itu akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik (kafir tanpa sedar). Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama.
Hakikat menjadi penentu kepada berakhlak atau tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia. Orang yang tinggi pencapaian rasa cintanya adalah orang yang hatinya hampir degan Allah, sentiasa merasa kebesaran Allah.
Sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorang zahid yang dapat mengorbankan dunia untuk Tuhannya.
Ulasan
Catat Ulasan