Rasa terhutang budi dan ingin
membalas budi. Mari kita melihat dari dekat bagaimana Abuya menyuburkan sifat positif kepada keluarganya. Suatu hari penulis selaku anak bertanyakan kepada Abuya. Setiap tahun kita akan berkunjung ke Kampung Pilin iaitu kampung halaman Abuya yang terletak di Negeri Sembilan. Ada seorang ini, rumahnya juga tidak pernah dikecualikan. Siapa sebenar orang ini dan apa kaitannya dengan kita.

Abuya merespon pertanyaan saya. Lalu Abuya mengenalkan orang tersebut kepada kami. Dia adalah cikgu Abuya ketika di sekolah rendah. Dia mengenalkan Abuya ABC...Saya terkejut kerana dan kagum bagaimana Abuya melayani dan menghormatinya seperti keluarganya sendiri.
Begitulah Abuya mendidik secara santai sahaja. Melalui sikapnya dia menyuburkan rasa positif tersebut dengan selalu mengenang-ngenangkan budi dan menghitung nikmat yang diberikan orang kepada kita. Rasulullah SAW, guru-guru, pemimpin, ibubapa, sanak saudara, sahabat handai dan lain-lain lagi
Sewaktu mengenangkan jasa atau menghitung- hitung nikmat
yang kita perolehi dari mereka itu, tentu timbullah rasa mahu membalas budi yang baik itu dan mahu bersyukur atas nikmat. Maka bersegeralah kita
bertindak melakukannya. Buatlah apa juga kebaikan yang terdaya demi menghiburkan mereka itu serta untuk menjalin kasih sayang yang erat dengan mereka.

Perlu diingat, kadang-kadang mereka yang berbudi itu, ada juga buat salah pada kita; hingga kita rasa kecil hati dan mahu menafikan jasa bakti mereka pada kita. Sebenarnya sikap itu tidak betul. Patutnya kerana mengenang budi mereka kita boleh memaafkan kesalahan mereka itu. Memaafkan dan melupakan kesilapan mereka itulah imbangan kepada budi baik mereka.
Sedangkan Allah SWT itu bersifat pemaaf, memaafkan kesalahan
hamba-hamba-Nya yang membuat kesalahan.Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
(Asy Syura 42:25).
Dalam pada itu kekalkan hubungan baik dan budi baik dengan mereka. Terhadap Allah SWT pula, jangan kita berburuk sangka atas kesusahan yang ditimpakan. Nikmat-Nya masih lebih banyak dari bala bencana.
Ulasan
Catat Ulasan