Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA MODEL ISLAM YANG HARMONI.



MALAYSIA CETUSKAN MODEL
ISLAM YANG AMAN DAN BERSIH.
Sesuai dengan nama Islam yang dikatakan 'Dinul khalis'- agama yang bersih-kita yakin Islam juga
akan dinaikkan di bumi Malaysia melalui pejuang dan cara yang bersih. Kebangkitan Islam sekali lagi naik secara bersih. Ia naik tidak menumpang sistem ideologi ciptaan otak manusia. Para pejuangnya juga Allah pilih daripada hati yang khalis dengan agamanya.
Islam bangkit di Malaysia bukan melalui fizikal seperti pejuang yang menggunakan senjata. Ia naik melaui hati-hati yang Allah SWT proses. 

Mereka adalah para pejuang yang merasakan diri mereka tidak layak. Cita-cita perjuangan Islam yang telah kita  warisi dari ulama-ulama kerohanian.
Panduan dan pelajaran yang kita perolehi dari Maulud Rasul di buat oleh umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia bertujuan untuk membesarkan dan menghigh-lightkan Rasulullah SAW sebagai satu figure yang menjadi role model kepada seluruh manusia, yang mana kedatangan baginda membawa rahmat kepada seluruh alam.

Jutaan peserta perhimpunan aman kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD memenuhi jalan di ibu kota sekitar Dataran Merdeka.
Bukti lagi kesedaran rakyat yang
cintakan negara Malaysia.
Umat Islam di Malaysia telah tunjukkan model perhimpunan kepada dunia berjalan dengan aman. Sepanjang perhimpunan diisi dengan program kerohanian seperti sembahyang berjemaah, berdoa dan lain-lain lagi. Suasana perhimpunan tersebut sangat bertepatan cara melahirkan rasa bersyukur, iaitu rakyat di Malaysia Allah anugerahkan keamanan dan semangat keharmonian buktinya jutaan manusia tapi tidak ada berlaku perkara yang tidak di ingini.

HIMPUNAN TERHEBAT DALAM SEJARAH MALAYSIA
Pihak PDRM memuji PERHIMPUNAN 812 yang dianggap paling BERDISIPLIN dan paling BERSIH dari perhimpunan2 rakyat sejak era Anwar Ibrahim dan Himpunan BERSIH 2.0 3.0 dan 4.0.
PDRM mengesahkan juga setakat ini tiada insiden buruk berlaku, aman damai seperti suatu karnival dan tiada satu saman pun yang dikeluarkan.
SAH.... INI HIMPUNAN TERHEBAT DALAM SEJARAH NEGARA DAN TERBERSIH dari BERSIH... jika dibandingkan.

UMAT MELAYU DAN UMAT ISLAM MEMBERI CONTOH YANG TERBAIK KEPADA SEMUA NGO DAN PARTI2 POLITIK CARA BERHIMPUN TERBAIK YANG BOLEH DICONTOHI. PALING AMAN.SYABAS UMAT MELAYU DAN ISLAM. ANDA TELAH BUAT YANG TERBAIK DAN TERBAIK DALAM SEJARAH MALAYSIA...




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman