RAKYAT BERPELUANG MENDAPAT KEADILAN DAN PEMBELAAN.
Semua rakyat di Malaysia berpeluang mendapatkan keadilan. Ketelusan dalam perbincangan diperlukan.Perbincangan-perbincangan yang dapat menjernihkan kekeruhan-kekeruhan yang telah berlaku dan juga dapat mengelakkan ledakan perasaan oleh sebahagian besar rakyat yang selama ini terpendam dan tidak bermaya menyuarakan hasrat mereka (silent majority).
Ini terbukti berlaku di Turki sebelum kerajaan Orlog dan Erdogan iaitu era Kamal Ataturk dan juga di Iran semasa pemerintahan Shah.Majlis muzakarah ilmu tanpa campur tangan orang politik amat diperlukan. Dengan adanya muzakarah atau perbincangan ilmu dapatlah pihak penuduh mengemukakan alasan dan dakwaannya.
Sebelah pihak yang dituduh diberi hak untuk didengar atau the right to be heard, dan peluang membela diri. Kemudian barulah selepas itu kita boleh menentukan siapa yang salah dan siapa yang benar. Mana yang salah kita nasihati, kita tegur baik-baik dan jika benar perlu, barulah dihukum.
Itulah jalan penyelesaian secara Islam yang sebenarnya seperti yang dikehendaki Allah. Bukan di hebah-hebah dan dipermalukan dalam media masa seperti yang berlaku selama ini.
Walaubagaimanapun kita optimis suasana ini dapat diperbaiki, bila semua pihak sedar kita kini berada di era kebangkitan Islam sekali lagi.
Sesiapa yang tidak dapat menyesuaikan diri, rakyat sendiri akan tolak buktinya sekarang sampai jatuh kerajaan yang memerintah selama 61 tahun.
Sesiapa yang tidak dapat menyesuaikan diri, rakyat sendiri akan tolak buktinya sekarang sampai jatuh kerajaan yang memerintah selama 61 tahun.
Aspek kedua ialah politik. Kita sama-sama telah melihat bahawa gejala politik wang masih berlaku walaupun kita membenteraskannya. Politik wang ialah satu barah yang telah menanah dalam arena politik negara. Tidak mustahil musuh boleh peralatkan kita tanpa kita sedari.
Aspek ketiga ialah ekonomi. Jika jurang perbezaan terlalu menjolok mata antara golongan kaya dengan golongan miskin ini akan menggugat keamanan. Si kaya diburu kebimbangan, si miskin pula akan marah dan berdendam. Di antara mereka bukan sahaja dipisahkan oleh perbezaan harta tetapi juga perbezaan rasa. Perbezaan rasa inilah yang akan mencarik-carikkan kasih sayang dikalangan masyarakat.Jika jurang perbezaan ini tidak segera disambung oleh titian kasih sayang, si miskin akan terlibat dalam pelbagai jenayah sosial dengan kemiskinan hartanya dan si kaya juga akan terlibat dengan jenayah 'kolar putih' oleh kemiskinan hatinya.
Kadar jenayah seperti pembunuhan, rompakan, dadah dan rasuah semakin hari semakin meningkat. Undang-undang dan hukuman hanya cuba menyelesaikan masalah itu akibatnya, bukan pada puncanya. Punca masalah itu pada penyakit hati. Penyakit hati terjadi bila nafsu menguasainya.
Apabila nafsu dibiarkan mengusai hati, iman akan tidak ada tempatnya.
Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya, tetapi menyembah hawa nafsu. Bila nafsu menguasai manusia, ia akan sentiasa mengarah kepada kejahatan. Maka akan berlakulah banyak kejahatan yang bukan sahaja memungkinkan manusia itu membunuh orang lain tetapi juga membunuh dirinya sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan