Langkau ke kandungan utama

MALAYSIA SELEPAS ERA POLITIK BARAT.



MASA DEPAN MALAYSIA.
Siapa pun yang terpilih untuk menerajui Malaysia selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad, dia pilihan Allah yang mempunyai rekod bersih dan mampu membawa keamanan kepada negara.Pergolakan dunia pada hari ini terutamanya persaingan Barat  dan Timur membenarkan ayat Quran, Firman Allah SWT:
وَتِلْكَ ٱلْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ ٱلنَّاسِ.
Maksudnya:
Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia,
(Ali Imran 3:140).

Untuk itu, semua pergolakan dicatur Allah untuk memberi laluan yang lebih luas kepada Islam. Siapa saja yang menghalang dakwah Islam termasuk mana-mana badan politik akan menerima tekanan daripada umat Islam. Yang memberi laluan kepada Islam akan dapat sokongan masyarakat. Islam sudah semakin mantap di Malaysia dan ia perlukan 'highway' yang lebih lebar untuk lalu. Siapa memberi laluan selamat. Yang menyekat musnah.
Suasana politik Barat semakin tenat. Pengaruh Barat yang sedang sakarat di Malaysia. Buktinya kerajaan yang berkuasa selama 61 tahun juga telah musnah dan tumbang. Yang tidak mengikut arus dunia baru Islam akan hanyut sekaligus memberi tamparan hebat kepada sistem warisan barat. Pergolakan parti-parti politik semakin meruncing.

Kemahuan Islam sudah semakin kuat dihati rakyat. Inilah suara rakyat sekarang sama ada diluahkan atau hanya disimpan di lubuk hati. Hari ke hari rakyat semakin memperlihatkan harapan mereka kepada Agung.
Sultan di negeri-negeri semakin menyerlah peranan mereka membela rakyat. Apabila timbalan yang dipertuan agong membuat ucapan sempena Maulidur rasul baru-baru ini (2018) sekaligus teguran kepada orang politik. Rakyat rasa mendapat perhatian kerana yang tersimpan dihati selama ini telah disuarakan oleh timbalan agong.
Kita yakin masa depan Islam akan lebih cerah. Harapan rakyat semakin kuat menaruh harapan kepada sultan dan Agung di peringkat federal. Ia akan berlaku dengan kehendak Allah, mengikut kaedah-Nya sendiri.
God always move in the mysterious way. Kalau selama ini kita tahu peranan raja-raja dan agung hanya dalam perlembagaan.

Sudah menjadi Sunnatullah, seperti molekul-molekul air yang berlanggar sesama sendiri ketika air mendidih sebelum ianya berubah menjadi wap. Begitulah angin perubahan yang bertiup ke arah Islam. Walau bagaimana lembut sekali pun pasti ada sedikit getaran untuk memisahkan kebatilan dari kebenaran. Supaya terserlah siapa yang ikhlas mahukan Islam, dihati rakyat dan disisi Allah!

Selama ini pemimpin di tunjuk oleh jari. Kepimpinan selepas ini ditunjuk oleh hati. Malaysia telah menyaksikan perubahan kerajaan BN kepada kerajaan PH. Malaysia akan menyaksikan lebih banyak lagi peristiwa-peristiwa luar biasa.

Namun kerajaan ajaib tetap bersama, segala tipu helah mereka dibalas dengan tipu helah yang lebih dahsyat daripada Tuhan. Benarlah Allah adalah sebaik-sebaik tipu daya.Bagaimana kesudahan perebutan dan perperangan diantara kerajaan ajaib dan yahudi ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman