Kebangkitan Islam sekali lagi
diakhir zaman, Malaysia ditakdirkan menjadi tapak kebangkitan Islam di timur. Malaysia juga menjadi model dakwah dan menjadi perintis Islam is the of life. Dunia Islam menjadikan Malaysia tempat rujuk model Islam yang moden dan menguasai teknologi terkini.
Ramai ulama di Timur Tengah mengatakan apa yang ada di Amerika Syarikat ada di Malaysia dan apa yang ada di Malaysia tidak ada di Amerika Syarikat iaitu kemeriahan syiar dan amalan Islam.

Rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul SAW merupakan anak kunci jati diri insaniah manusia. Dari hati, akal, dan fizikal, insya Allah semua akan berubah. Ketika Para sahabat bersama Rasulullah, mereka mendapatkan perasaan tersebut daripada Rasulullah. Bagi umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW mereka di gelar ikhwan juga mendapatkan perasaan Rasa takutkan Allah dan rindukan Rasul melaui roh Rasulullah SAW. Tuhan datangkan Rasul sebagai saluran dan panduan untuk mendapatkan perasaan yang betul terhadap-Nya.
Bagaimana mahu mendapatkan rasa-rasa hamba dan bertuhan tanpa ada modelnya. Kerana itulah didatangkan rasul atau pemimpin, bertujuan memandu kepada yang sebenarnya.Para sahabat diikat dengan peribadi Rasul yang begitu mulia itu, yang penuh dengan akhlak yang terpuji. Bilamana tiba masanya wahyu diturunkan, perasaan yang mendalam terhadap baginda semakin tinggi, kerana jasa-jasa baginda menyelamatkan iman mereka, juga membela lahiriah para sahabat ketika itu. Kedatangan nya membawa rahmat kepada alam dan kepada hati-hati manusia. Begitulah para sahabat diikat dengan perasaan yang tepat terhadap Allah dan Rasul. Dengan perasaan-perasaan itulah yang menjadi bekalan mereka menyebarkan Islam berdakwah ke seluruh pelusuk dunia.
Pejuang Islam di Malaysia di bekalkan oleh ulama kerohanian untuk berdakwah dengan membawa minda Islam yang praktikal dan dengan pendekatan kasih sayang ke tengah masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Masyarakat perlukan pengisian rohani, maka banyak program-program agama di Masjid. Masyarakat perlukan pendidikan agama untuk generasi muda maka lahirlah sekolah-sekolah Tahfiz bagaikan cendawan tumbuh. Masyarakat Islam di Malaysia lebih suka anak-anak dihantar ke sekolah tahfiz terlebih dahulu kemudian baru masuk sekolah biasa.
Melihatkan gejala sosial yang terlalu ketara sekarang.Allah mainkan hati ibu ayah sekarang pentingkan anak-anak dikenalkan dengan agama lebih dahulu.
Melihatkan gejala sosial yang terlalu ketara sekarang.Allah mainkan hati ibu ayah sekarang pentingkan anak-anak dikenalkan dengan agama lebih dahulu.
Ini bertepatan dengan kehendak Islam. Iaitu awal-awal agama mengenal Allah SWT."Awaluddin Makrifatullah".
Ulama tauhid menyimpulkan perkara asas di dalam agama ialah mengenal ALLAH “Awaluddin Makrifatullah” . Mengenal ALLAH ialah dengan mengimani bahawa ALLAH SWT. sahaja yang berhak disembah, tempat tumpuan kecintaan, matlamat pengabdian dan segala amalan yang dilakukan ditujukan semata-mata sebagai mentaati perintah ALLAH SWT.

AWALUDIN MA'RIFATULLAH- "Awal-awal agama ialah mengenal Allah."Paling wajib dan paling bermakna dalam kehidupan seseorang itu ialah apabila ia mempunyai agama. Ketamadunan dan kemuliaan hidup manusia itu diukur melalui agamanya. Sementara kemuliaan seseorang dalam beragama itu pula bergantung kepada sejauh mana dia kenal akan Tuhannya. Kalau seseorang itu tidak mengenali Tuhan yang menurunkan agama untuknya itu maka (akidah) itu tidak sah. Bagaimana bijak pum dia membaca ayat-ayat Tuhannya, tetapi kalau dia sendiri tidak kenal Tuhannya, ayat-ayat dibacanya itu sedikit pun tidak memberi apa-apa erti kepadanya. Dan taraf hidupnya juga tidak ubah seperti burung tiong yang pandai bersiul tetapi tidak tahu makna siulannya.
Justeru itu tugas untuk mengenali Allah bukan tugas yang ringan dan boleh diremeh-temehkan. Tugas mengenali Tuhan, adalah tugas zahir dan batin yang amat sulit dalam kehidupan manusia. Tugas mengenal Tuhanlah tugas yang berat sekali. Lantaran itu ada Hadis yang bermaksud "Awal-awal agama itu mengenal Allah".
Ulasan
Catat Ulasan