Langkau ke kandungan utama

IKTIQAD QADARIAH.



QADARIAH DALAM KEHIDUPAN.
Cuba kita perhatikan beberapa contoh yang berlaku di dalam masyarakat kita hari-hari. Umpamanya seseorang itu begitu yakin bahawa dengan kelulusan dan kelayakan ilmu pengetahuan yang ada padanya, dia akan kaya serta mewah dan mendapat kesenangan hidup. Juga dia yakin dengan kelulusan itu dia boleh menjadi orang baik. Di sini dia telah tercangkuk kepada qadariah padahal dia sudah belajar iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tetapi perbuatannya, sikap dan tindak-tanduknya menunjukkan dia telah terjebak kepada qadariah.

Dan begitu jugalah seseorang yang begitu yakin dengan pangkatnya hingga mengatakan bahawa pangkat lah yang membawa kekayaan dan kemewahan hidup kepadanya. Dengan tidak disedari, dia sudah terjebak kepada qadariah. Setengah-setengahnya pula berkata,"Kalaulah aku tidak menolong bantu dia dan kalaulah aku tidak campur tangan, sudah tentu dia tidak akan berjaya!" Orang ini sudah jatuh kepada qadariah.

Ada sesetengah orang pula berkata, "Kalaulah bukan aku yang mentadbirnya, sudah tentu dia tidak akan berjaya. Kerana campurtangan akulah, maka projek itu berjaya!" Dia sudah terjebak kepada qadariah yang mana dia tidak pun mempelajarinya. Dia telah terjebak secara tidak disedarinya.

Manakala setengah-setengah orang itu pula sentiasa memperakui dirinya sendiri dalam setiap percakapannya seperti, "Akulah yang menjayakannya...! Akulah yang membangunkan masyarakat ini...! Akulah yang membawa kesenangan kepada orang ramai...! Akulah itu... dan akulah ini . ..!" dan sebagainya.

Orang-orang ini menunjukkan sikap qadariah. Dia sudah lupa kuasa ALLAH yang telah memberi bekas kepada segala suatu. Dia hanya ingat yang kuasa dia yang telah memberi bekas.

Jangan pula kita salah faham, oleh kerana kita mengatakan bahawa ilmu kita tidak boleh memberi bekas, kelulusan kita tidak boleh memberi bekas, pangkat kita tidak boleh memberi bekas dan sebagainya, maka kita pun tidak mahu belajar, tidak mahu mentadbir, tidak mahu berusaha, dan seterusnya. Ini salah.

Tiada Alasan Menolak Ikhtiar

Usaha dan ikhtiar mesti kita lakukan kerana itu adalah perkara yang disuruh. Semua usaha dan ikhtiar adalah yang diperintahkan oieh ALLAH kepada kita cuma jangan kita iktiqadkan yang perbuatan kita, usaha kita, ilmu kita, perjuangan dan jihad kita dan sebagainya, yang memberi bekas. Jadi, jangan kita terkeliru di sini hingga kita tidak mahu berbuat apa-apa dengan alasan semua itu tidak akan memberi bekas.

Ini sudah salah kerana semua ikhtiar adalah diperintahkan kepada kita. Mencari ilmu adalah diperintahkan ALLAH kepada kita; berusaha adalah perintah ALLAH; membangunkan masyarakat adalah perintah ALLAH; berjuang berjihad adalah perintah ALLAH, dan seterusnya. Semua ini mesti kita lakukan, tetapi hendaklah kita beriktiqad bahawa yang memberi bekas kepada semua perbuatan ialah ALLAH SWT .Jadi, usaha dan ikhtiar itu tidak salah tetapi yang salah ialah ketika kita yakinkan kebolehan kita atau ilmu kita itulah yang membawa kejayaan dan sebagainya.

Sebagaimana yang telah kita pelajari dalam bab-bab sebelum ini, ALLAH jadikan sesuatu itu ada dengan sebab-sebabnya. Umpamanya, hendak pandai mesti belajar, hendak berjaya mesti berusaha kuat, hendak kesenangan mesti bekerja keras, dan sebagainya. Semua itu adalah sebab-sebab yang mesti kita lahirkan. Inilah yang dikatakan Sunnatullah. Dan semua sebab yang kita lahirkan itu tidak boleh memberi bekas. Yang memberi bekas ialah Allah SWT.

Jadi perkara-perkara yang boleh membawa kita terjebak kepada iktiqad yang salah seperti inilah yang mesti kita jauhi. Hendaklah kita faham benar-benar serta hendaklah kita berhati-hati kerana k:alau salah iktiqad disebabkan perbuatan kita, cakap-cakap kita dan sebagainya walaupun ilmu yang kita pelajarl itu tepat kepada iktiqad yang sebenar, kita boleh terjebak kepada iktiqad qadariah sepertimana yang telah kita huraikan tadi, atau kita juga boleh terjebak kepada iktiqad jabariah.

Bagaimanakah seseorang itu boleh terjebak kepada jabariah? Hal ini berlaku apabila seseorang itu tidak mahu berusaha berikhtiar tetapi hanya berserah kepada ALLAH semata-mata. Umpamanya, kalau ditanya,"Mengapa tidak naik haji ?" dia nanti akan menjawab,"Belum ada seru!"

Cakap-cakap seperti ini adalah jabariah yang mana seolah-olah dia menunggu wahyu daripada ALLAH SWT sedangkan wahyu memerintahkan orang menunaikan fardhu haji sudah lama turun. Padahal orang yang bercakap seperti ini ada kemampuan, ada harta dan wang ringgit. Firman ALLAH:

Terjemahannya: Sempurnakan haji dan umrah kerana ALLAH. (Al Baqarah: 196)

Jelas di sini bahawa seru sudah pun disampaikan. Tidak perlu kita tunggu-tunggu datang seru lagi untuk menunaikan haji. Kalau kita sudah cukup daya upaya serta mampu, kalau kita menunggu-nunggu seru, maka berertilah bahawa sikap kita membawa kita kepada iktiqad jabariah.

Orang Yang Menyalahkan ALLAH

Antara cakap-cakap lain yang membawa seseorang itu terjebak kepada jabariah adalah seperti apabila ditanya,"Mengapa awak tidak pandai?" dia akan menjawab,"Sudah taqdir." Atau kepada setengah-setengah orang bila ditanya, "Mengapa awak bercerai?" dia akan menjawab, "Sudah kehendak ALLAH!" Inilah sikap orang-orang yang beriktiqad jabariah. Dia menyerah bulat-bulat kepada ALLAH.

Orang seperti ini seolah-olah menyalahkan ALLAH apabila sesuatu itu menimpa dirinya. Sungguhpun mulutnya tidak berkata, "ALLAH yang bersalah!" tetapi pada perbuatan lahirnya, dia menuju ke arah itu.

Tetapi yang peliknya, orang yang bersikap jabariah ini tidak pula menyerah bulat-bulat kepada ALLAH dalam semua bidang. Hanya dalam bidang-bidang tertentu saja dia menyerah kepada ALLAH seperti dalam bidang mendidik anak. Bila kita tanya mengapa anak dia jahat, maka dia akan menjawab, "Sudah taqdir!" Seolah-olah dia menyalahkan ALLAH SWT yang menyebabkan anaknya jahat sedangkan dia tidak pernah mengikut perintah Rasulullah supaya menyuruh anak bersembahyang ketika berumur 7 tahun dan memukulnya apabila tidak mahu bersembahyang setelah berumur 10 tahun.

Dia berkata demikian kerana dia tidak suka bidang itu. Tetapi dalam bidang-bidang lain seperti hendak mencari kekayaan, dia banting tulang pagi dan petang kerana hendak melahirkan usaha ikhtiar. Dia berusaha sungguh-sungguh sampai lupa sembahyang, puasa, mengaji, dan sebagainya.

Pendapat Ulama

Ada dua pendapat ulama tentang hukum orang yang beriktiqad qadariah. Sesetengah ulama mengatakan fasiq bagi mereka yang beriktiqad demikian manakala setengah-setengahnya meletakkan hukumnya kafir. Kemudian ada sesetengah ulama pula menghalusi kedua-dua pendapat itu serta mencari hukum yang lebih tepat. Mereka berpendapat, hukum fasiq lebih tepat. Walau bagaimanapun, hukum fasiq juga tidak disukai ALLAH. Ertinya, kalau seseorang itu mati dalam kefasiqan, maka dia akan terjun .ke Neraka juga.

Bagaimanakah iktiqad mereka yang berfahaman qadariah yang dihalusi oleh setengah-setengah ulama sebagai terhukum fasiq sahaja itu? Orang yang menganggap qudrahnya boleh memberi bekas atau membawa kejayaan dengan tidak ada hubungan dengan ALLAH SWT tetapi qudrahnya itu ALLAH juga yang beri, maka orang ini fasiq. Tetapi kalau ada yang menganggap bahawa qudrah itu bukan ALLAH yang beri tetapi manusia itu yang menciptanya sendiri, maka orang itu kafir secara terus.

Sebab itulah kita perlu berhati-hati benar dalam soal tauhid ini kerana sikap dan perbuatan kita boleh membawa kita terjebak kepada iktiqad yang salah. Oleh yang demikian, kita hendaklah selalu mengaji kerana iktiqad adalah amalan hati yang mana amat sukar hendak diselaraskan dengan amal atau perbuatan lahir.

Berusahalah serta berikhtiarlah kerana itu memang sudah diperintahkan oleh ALLAH kepada kita. Tetapi jaga-jagalah, jangan sampai hati kita mengiktiqadkan bahawa usaha ikhtiar kita itulah yang memberi bekas. Carilah ilmu, sampaikanlah tarbiah, berniagalah serta berekonomilah, tetapi jangan sampai kita iktiqadkan bahawa usaha kita yang membawa kejayaan hingga kita lupa kepada kuasa ALLAH.

Tetapi untuk memisahkan usaha ikhtiar kita sebagai usaha ikhtiar yang membawa kejayaan itulah yang amat berat. Kita terasa-rasa saja yang usaha ikhtiar kita itulah yang sebenarnya membawa kejayaan hingga melompat kata-kata dari mulut kita serta kita tunjukkan ia dalam sikap dan tingkah laku kita. Beratnya soal ini adalah kerana aqidah merupakan soal hati. Sebab itulah kita perlu berhati-hati jangan sampai terjebak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman