Langkau ke kandungan utama

KEKUATAN SESUATU BANGSA.



Sesuatu bangsa itu tidak akan jadi kuat kalau jiwa bangsa itu kosong. Untuk sesuatu bangsa itu jadi menjadi kuat, mestilah ada perkara yang dijiwai atau dijadikan aqidah dan pegangan.
Bagi bangsa yang bukan Islam,
mereka menjiwai dan berpegang kepada ideologi atau kepada kegagahan dan kemuliaan bangsa mereka. Bagi orang Islam, kita berpegang dan menjiwai Allah SWT dan kebenaran.

Jika Allah SWT dijiwai sungguh-sungguh serta dijadikan pegangan dan aqidah, maka ia akan menjadi satu sumber tenaga, pendorong dan juga satu ikatan perpaduan yang kuat.Banyak bangsa telah menjadi kuat kerana menjiwai keturunan dan kemuliaan bangsa mereka.

Mereka merasakan bahawa bangsa mereka adalah lebih baik dan lebih mulia daripada bangsa-bangsa lain di dunia hingga ini menjadi satu
aqidah dan pegangan bagi
mereka. Atas keyakinan ini,
bangsa tersebut berjuang membangunkan bangsa mereka
dan berusaha menundukkan bangsa-bangsa lain dan menakluk mereka dengan berbagai-bagai cara. Mereka tidak rela duduk dibawah bangsa-bangsa lain. Contoh yang paling ketara ialah bangsa Jerman dan Yahudi. Hanya cara mereka berjuang tidak tidak sama. 

Bangsa Jerman menggunakan kekerasan dan kuasa tentera. Bangsa Yahudi menggunakan akal dan menakluk bangsa lain secara halus, lembut dan perlahan-lahan. Mereka menawan dan menakluk fikiran bangsa-bangsa
lain sehingga mereka itu jadi rosak, lemah dan tidak bermaya.
Mereka terpaksa bergantung kepada bangsa Yahudi atau sistem-sistem yang dilagang oleh Yahudi.

Ada bangsa menjadi kuat kerana ideologi seperti demokrasi, komunisme, sosialisme dan lain-lain hingga ia menjadi aqidah dan pegangan mereka. Negara Cina contohnya yang mempunyai banyak suku kaum dan bangsa-bangsa yang berbeza boleh bersatu dan menjadi kuat disebabkan
idelogi komonesme yang mereka hayati.

Agama adalah elemen atau perkara yang paling ampuh untuk menjadikan sesuatu bangsa itu kuat terutama agama Islam sekiranya ia benar-benar
dihayati dan diperjuangkan atas nama kebenaran dan untuk Tuhan. Apa sahaja yang diperjuangkan atas nama kebenaran dan untuk Allah, maka Allah akan memberi kekuatan yang luar biasa. Allah akan datangkan bermacam-macam bantuan dan pertolongan yang tidak diduga.Kalau Islam dihayati, jiwa umat Islam akan terbina dengan sendirinya. Pembinaan jiwa ini lah yang akan menghasilkan jati diri.

Jati diri ini adalah istilah baru. Dahulu, istilah ini tidak ada digunakan. Ramai orang merasakan mereka faham apa maksud jati diri tetapi kalau diminta untuk menerangkannya mereka kurang yakin. Ramai orang keliru dengan istilah jati diri ini. 

Jati diri orang agama.
Jati diri bagi orang agama atau orang rohani lain pula maksudnya. Jati itu pada bahasa membawa maksud murni. Dalam konteks ini, ia juga membawa maksud keteguhan seperti kayu jati yang kuat dan teguh hingga boleh diukir tanpa ia patah. Kayunya pun tahan lama, tidak lapuk dan tidak dimakan anai-anai atau bubuk. Perabut yang dibuat dari kayu jati tahan dan boleh digunakan turun temurun. Diri itu pula bukan fizikal atau mental (akal)
manusia sahaja. Ia adalah hakikat diri manusia itu sendiri iaitu hatinya atau jiwanya atau rohnya. Yang dikatakan diri manusia itu ialah hatinya. Oleh itu bagi orang agama, jati diri itu bermaksud keteguhan atau ketahanan hati atau ketugahan jiwa. Inilah maksud jati diri sebenar.

Oleh itu jati diri sebenarnya seperti yang difahami oleh orang agama bukan sahaja setakat kekuatan fizikal dan mental. Ia termasuk juga keteguhan hati, roh atau jiwa.Jati diri bagi orang agama bertujuan untuk meneguh dan menguatkan jiwa supaya tidak
mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang melalai dan merosakkan.
 Ia bertujuan untuk mencapai kemurnian hati demi untuk menempuh kejayaan dan keselamatan di dunia dan di Akhirat.

Orang yang mempunyai jati diri
ialah orang yang kuat rasa bertuhan dan kuat berpegang kepada agama. Dia tegas dan berperinsip. Sentiasa di atas jalan yang benar dan lurus. Dia
tidak mudah terpengaruh dengan keadaan dan suasana yang rosak.
Menguatkan fizikal itu mudah. Menguatkan mental lebih rumit
sedikit tetapi boleh juga dikatakan mudah. Tetapi menguatkan hati atau jiwa itu amat sulit dan amat rumit. Tidak semua orang faham akan tuntutan-tuntutan dan liku-likunya, jauh sekali mampu melaksanakannya. Ia perkara yang halus dan seni yang melibatkan soal roh dan hati.Ia bidang yang khusus untuk orang yang khusus. Bukan semua orang boleh memahami dan melakukannya.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman