Hampir seluruh rakyat Malaysia terutamanya ahli politik, pemerhati dan cerdik pandai secara khusus, serta secara umum rakyat ASEAN dan juga CIA sedang menumpukan perhatian kepada Malaysia yang sedang berlaku gelombang kebangkitan Islam sekaligus melihat pergolakan dikalangan parti politik yang membawa PRU14 pertukaran kerajaan yang memerintah.
Bagi orang yang tajam akalnya dan sangat peka dengan isu-isu semasa serta mengambil berat tentang kesan disebalik kejadian, juga kepada wajah politik di Malaysia. Rakyat kecewa dengan perkembangan politik yang ada. Harapan lebih baik daripada kerajaan sebelumnya namun menemui kekecewaan sekali lagi.
Salah satu percaturan Allah untuk program kebangkitan Islam, dengan perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia menjadikan umat Islam ramai yang celik. Kalau sebelum ini kesedaran hanya pada kelompok tertentu sahaja. Tetapi kali ini Allah SWT proses mejoriti hati umat Islam dan yang bukan Islam mengharapkan dapat terus kecapi nikmat aman dan sejahtera seperti sebelum ini.
Ada benarnya bila dikatakan bahawa rakyat inginkan perubahan dalam kepimpinan negara. Keyakinan kepada orang-orang politik sudah semakin luntur dan rakyat mahukan kepimpinan yang diluar dari sistem politik yang ada. Undang-undang Islam telah berdaulat di hati rakyat dan terlaksana kehidupan syariat.Begitu juga yang bukan Islam, hati mereka telah 'dimain-mainkan' untuk mencintai kebenaran dan keadilan.
Satu hal sudah dijadualkan Allah
ketika pemimpin-pemimpin Malaysia semakin berkecamuk dengan krisis, rakyatnya pula semakin serius menuju kebaikan. Golongan selebriti sibuk berhijrah dari kehidupan yang lalai kepada kehidupan Islam is the way of life. Anak-anak kecil sudah kenal dengan pakaian Sunnah. Pelik, anak ketam boleh berjalan betul walaupun ayah ibunya tidak. Pelik bapak borek tetapi anaknya tidak rintik. Inilah satu lagi khawarikuladah yang telah berlaku di bumi Malaysia.
ketika pemimpin-pemimpin Malaysia semakin berkecamuk dengan krisis, rakyatnya pula semakin serius menuju kebaikan. Golongan selebriti sibuk berhijrah dari kehidupan yang lalai kepada kehidupan Islam is the way of life. Anak-anak kecil sudah kenal dengan pakaian Sunnah. Pelik, anak ketam boleh berjalan betul walaupun ayah ibunya tidak. Pelik bapak borek tetapi anaknya tidak rintik. Inilah satu lagi khawarikuladah yang telah berlaku di bumi Malaysia.
Apakah hikmah di sebalik perubahan yang berkadar songsang ini? Apakah Allah takdirkan rakyat menuju kebaikan sebagai persediaan untuk menerima satu kepimpinan yang baik?
Lihatlah walaupun keadaan politik Malaysia berkecamuk, tetapi rakyat keseluruhan tenang sahaja. Kekecohan di peringkat kepimpinan tidak menimbulkan sebarang reaksi buruk daripada masyarakat. Namun begitu saya kira mereka sedang berfikir, bersikap 'wait and see' terhadap krisis kepimpinan yang sedang berlaku.
Apa yang berlaku pada rakyat Malaysia adalah satu proses pengulangan sejarah. Inilah proses yang terjadi pada rakyat sesebuah negara bila seorang pemimpin yang baik hendak dikurniakan kepada mereka. Rakyat yang baik dijanjikan pemimpin yang baik.Rakyat Konstantinopel yang baik merupakan persediaan untuk menerima Muhammad Al Fateh,pemimpin yang baik. Sejarah menceritakan, ada di antara mereka yang berpaling tadah terhadap ketua-ketua mereka sendiri lalu menyokong Muhammad Al Fateh dengan mereka sendiri membuka pintu-pintu kubu pertahanan Konstantinopel untuk tentera Islam.
Ulasan
Catat Ulasan