Langkau ke kandungan utama

KEJAYAAN REVOLUSI SYIAH.



KEJAYAAN revolusi Iran sebenarnya bukanlah kejayaan Islam,
 tetapi kejayaan satu puak Syiah yang agak praktikal, menumbangkan 
puak-puak Syiah lain yang dikatakan
 zalim dan menindas. Setelah
 beratus-ratus tahun  Shah Iran
menzalim dan menindas rakyat
 jelata, maka akhimya seluruh
rakyat bangun memberontak.
Oleh sebab kepimpinan
 Khomeini agak menonjol, maka semua 
golongan boleh menerima.
Bersatu di bawah pimpinannya
untuk menumbangkan Shah.
Termasuklah golongan-golongan itu ialah orang-orang AhliSunnah Wal Jamaah
dan juga Kominis, Sosialis dan
Nasionalis.

 Apabila revolusi  selesai dengan kejayaan di pihak mereka golongan revolusioner ini
 berpecah pada puak masing-masing. 
Terjadi perebutan dikalangan 
mereka malah berbunuh-bunuhan. 
Ada Ahli SunnahWal Jamaah yang
 dibunuh dan dipenjara oleh orang-Orang Khomeini. Perlembagaan
 yang dipakai di Iran sekarang adalah bermazhab Syiah
Imamiah. Jadi dengan kata-kata yang lain, kejayaan revolusi Iran ialah kejayaan Syiah. 

Syiah jauh bezanya dengan AhliSunnah. Malah salah satu musuh Syiah ialah
 orang-orang Ahli SunnahWal Jamaah. 
Dalam sejarah perjuangan Syiah,Ahli
Sunnah adalah musuh ketatnya. Syiah
 jual nama Islam sebab itu  mereka 
dapat bertapak kuat dan
 berpengaruh di Iran,Iraq,
Pakistan dan India. Jadi kejayaann
 revolusi Iran bukanlah sesuatu yang 
membanggakan kita. Malah bagi 
orang yang mengenal Syiah, kejayaan
revolusi dirasakan satu tamparan
pada Ahli Sunnah.

Revolusi itu kecil saja ertinya
pada Islam dibandingkan dengan besarnya kesilapan
Syiah pada Islam.Tapi aneh,
ketika berita kejayaan Khomeini
menumbangkan Shah sampai
pada kita, umat Islam khusus
nya setengah pejuang-pejuangIslam  di Malaysia berlompatan gembira.
Perhatian diarahkan ke Iran.
Semangat revolusi ditiup merata-rata rata dan Khomeini dipilih sebagai
imam mereka.Hingga sekarang, sudah
ada orang-orang Malaysia yang
bermazhab Syiah atau paling tidak
mengiktiraf kewujudan Syiah.
Ada setengah ulama-ulama sendiri
yang dulunya takut sekali kalau kalau umat Islam terpesong dari aqidah
AhliSunnah Wal Jamaah tapi
kini sejak Khomeini tawan Iran,
ulama yang sama berkata,
“baru kita tahu rupanya Syiah
yang benar dan Ahli Sunnah Wal
Jamaah salah.”Setengah
berkata perselisihan Syiah
dengan Ahli SunnahWal Jamaah adalah
iktilaf furu'iah (bukanpokok) termasuk
 mazhab yang dibenarkan,
seperti Hanafi,Shafie, Maliki,
Hanbali. Dan mereka membaca
hadis:Ertinya:“Perselisihan umatku adalah rahmat.”Diriwayatkan oleh Baihaqi.
Kumpulan lain pula berkata,
Syiah pegangan Khomeini
adalah Syiah yang sederhana
 (bukan ekstrim). Ertinya boleh
diterima. Semuanya menghala
 ke arah menyetujui dan meng-iktiraf Syiah Imamiah pegangan mereka.

Al hasil segolongan pejuang-pejuang
muda Islam dan sebahagian pensyarah,
mahasiswa-mahasiswidi institut
pengajian tinggi sekarang lepas seorang,
seorang melompat ke Syiah,
 jadi penganut dan agen
 perjuangan Syiah, konon
perjuangan Islam. Sudah ada
 markas Syiah di Wilayah Persekutuan, katanya lebih
kurang 200 orang ahlinya.
Mereka berjuang untuk
meluaskan lagi gelanggang,
 mereka hantar pelajar-pelajar
 untuk belajar di Iran atau
 Pakistan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada yang mina

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di sebelah Barat La

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman