ZAMAN MANUSIA GILA DUNIA.
Kita berdepan dengan zaman manusia berebut-rebut memburu dunia. Di zaman manusia sangat memburu
keduniaan, sangatsedikit yang membawa Tuhan dalam hidup
atau mungkin tiada langsung.
Apabila manusia melupai dan
menyisihkan Tuhan,manusia
sudah menjadi ibarat kereta
tanpa enjin. Biarpun
kelihatan cantik dan hebat
namun kereta tersebut sudah
ketiadaan fungsinya yang
sebenar sebagai makhluk
ciptaan Tuhan.
Atau tidak lebih dari satu objek
yang saban hari hanyalah fungsinya memproses najis. Atau
bahasa mudahnya manusia
sudah menjadi kilang najis.
Tidak hairanlah dunia hari
ini dilanda krisis, porak-peranda,
permusuhan, perpecahan, tindasmenindas, menzalimi, hilang kasih sayang, mementingkan
diri sendiri, berbunuhan dan
berperang.
Segala macamgejala sosial
sudah tidak dapat diatasi,
diselesaikan dan dibendung.
Berbagai saranan, pendapat,
idea, buah fikiran, aktiviti,
agenda dan program sudah
dibawa kepada masyarakat.
Berbagai akta, undang-undang, peraturan dan
penguatkuasaan sudah
dilakukan. Sudah ramai pula
yang sudah terhukum namun
semuanya gagal mengatasi
berbagai masalah yang sudah
sangat meresahkan perasaan
manusia.
Ini tidak lain kerana
aspek yang paling utama
kepada manusia sudah di
pinggirkan iaitu Tuhan. Manusia sudah tidak takut dan cintakan
Tuhan. Maka suburlah
mazmumah dalam hati
manusia. Sedangkan
mazmumah itu adalah racun
dalam kehidupan manusia.
Racun itu adalah rosak dan
merosakkan. Kalau pun racun itu
tidak tumpah kepada pihak lain, sifat diri racun itu sendiri
adalah rosak. Betapalah apabila
racun itu merebak maka ia akan
mengakibatkan kerosakan yang mengerikan.Di sinilah betapa
pentingnya seketul hati yang
kecil itu diberi perhatian kerana
fungsinya amat besar.
Hati yang kecil itu menjadi penentu kepada kehidupan
manusia seluruhnya.
Hati yang penuh subur
dengan sifat-sifat
mazmumah menjadikan
kehidupan manusia rosak
binasa dan begitulah sebaliknya hati manusia yang subur sifat-sifat mahmudah akan menjadi
kan manusia bahagia, aman
damai, harmoni, berkasih
sayang dan bertolong bantu.

Ulasan
Catat Ulasan