Sudah lumrah manusia cenderung berkumpul dan menggabungkan dirinya dengan mana-mana golongan atau jemaah yang mempunyai kesamaan faham, keyakinan, dan ideologi. Bertolak dari sinilah berbagai jemaah lahir dalam masyarakat Islam sejak zaman sahabat lagi. Definisi jemaah Islam yang berbunyi: "Jemaah umat Islam ialah jemaah ahl al-halli wa al-'aqdi yang berhimpun di bawah naungan seorang khalifah, atau mujaddid dan umat Islam mengikut kepada mereka". Maksud firman Allah: Dan sebahagian dari orang-orang A'raab (Arab Badui) itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka) Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mere...
Sekiranya blog ini ada nilai ibadah di sisi Allah, maka pahalanya saya hadiahkan khas kepada Ayahanda dan Guru Mursyid saya Abuya Ashaari Muhammad At Tamimi. Sekiranya ada perkara baik yang boleh dimanfaatkan, moga ia juga menjadi bacaan dan rujukan anak cucu khasnya dan masyarakat seluruhnya.