Langkau ke kandungan utama

DISIPLIN ROHANI.



DISIPLIN IBADAH BATIN.


Mengatur dan mendisiplinkan hati jauh lebih sukar daripada mendisiplinkan fizikal.Ibadah batin atau hati iaitu
kita mesti memelihara rasa-rasa
kehambaan dan mengekalkan rasa rasa mahmudah didalam hati.  Setakat melaksanakan ibadah lahir mudah contohnya solat. Bagi mendisiplinkan fizikal kita lakukan solat mudah, dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.

Bagi ibadah batin untuk mendisiplinkannya lebih susah.
Selain kita mendampingi Tuhan dengan solat dan berzikir, ada cara lain dengan kita bertafakur melihat kebesaran Tuhan melalui ciptaannya. Mendisiplin
hati supaya dapat kekalkan rasa-rasa kehambaan adalah susah.

Ibadah lahir ada masa yang telah dijadualkan. Ibadah batin atau ibadah hati ianya perlu kekalkan dengan sifat-sifat mahmudah.Mungkin ibadah lahir ada masa rehatnya.Tetapi ibadah batin atau hati terus menerus. Hati kita Sepanjang kita merasa kebesaran Tuhan selama itu kita sedang beribadah.

Hidup kita adalah untuk menjadi hamba kepada Allah SWT. Itulah jalan keselamatan untuk seseorang manusia. Dua puluh empat jam kita mesti beribadah kepada Allah SWT lahir dan batin. Kita mesti memelihara rasa kehambaan kepada Allah SWT. Sepanjang kita mengekal kan rasa kehambaan selama itulah kita dalam ibadah.

Firman Allah SWT:
Menghidupkan hati yang telah mati tidak dengan memberikan Tuhan. Kongsikan kehidupan di Akhirat adalah kekal dan penderitaan di Akhirat tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang sebentar.Tidak akan merasa takut walaupun telah ada peringatan tentang kematian, azab kubur, dan azab di Akhirat nanti. Sungguh hati yang telah mati, tidak akan melihat peringatan-peringatan tersebut. Hati yang tidak memiliki rasa takut sedikit pun akan peringatan-peringatan itu akan menyesal di kemudian hari.
Allah berfirman makaudmak:

Ertinya: "Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata), “Wahai Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal shaleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin."(As-Sajdah 32:12).

Disiplin batin harian umat Islam yang sebaik-baiknya di waktu malam sunyi dia memohon, munajat mengadu kepada Allah, bangun sebelum Subuh, waktu bangun memuji Allah serta niat sepanjang hari itu hendak membuat baik, sembahyang lima waktu berjemaah, kalau boleh sembahyang Dhuha, tidur sebelum Zuhur qailullah namanya, tidak tidur selepas Asar dan Subuh, selepas Isyak membaca sedikit atau rehat sedikit atau buat perbincangan dengan keluarga, selepas itu pergi ke tempat tidur, sebelum tidur bertaubat dan berzikir sebanyak-banyaknya hingga tertidur dengan taubat dan zikir.

Begitulah dibuat sepanjang masa kecuali kalau ada hal-hal yang mendadak sama ada masalah peribadi mahupun masalah masyarakat.  Ubah suailah dengan suasana dan tidak mengorbankan yang wajib. Beginilah disiplin harian umat Islam kalau kita ingin memperkatakan disiplin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENGENAL ABUYA.

Siapakah Abuya? Mengapa kita perlu kenal dia? Kita perlu mengenalinya dengan tepat supaya kita faham dia, faham pemikiran, perasaan, perbuatan dan perjuangannya. Tak kenal maka tak cinta. Jika tak cinta maka tak bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan Islam yang Abuya perjuangkan. Kenapa banyak orang yang mengaku cinta Abuya, tapi bila berlaku ujian jadi keliru lalu meninggalkan perjuangan Abuya, bahkan ada yang membenci dan memusuhi Abuya?  Sebenarnya mungkin pengenalan mereka tentang Abuya tak tepat, tak jitu. Mungkin kenal pada sudut-sudut tertentu sahaja.  Maklumlah minat setiap orang tak sama. Ada yang minat perniagaan, maka dia sangat terinspirasi dengan sistem ekonomi yang Abuya lagangkan. Ada yang minat pendidikan, maka dia sangat respek Abuya dari sudut pendidikan. Ada yang minat poligami, maka dia sangat nak belajar pada Abuya bagaimana nak buat poligami yang harmoni. Ada yang minat cara susun kasut ala Abuya, maka dia pun ikut disiplin susun kasut itu. Ada ...

NEGARA SYAM.

NEGARA SYAM (JORDAN, PALESTIN,HEBRON, SYRIA) Negara Jordan menjadi tempat transit bagi Abuya sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Jordan juga dikenali dengan bumi Anbiya. Jordan juga banyak meninggalkan kesan  peninggalan purba yang berusia  ribuan tahun. Ia banyak di Jordan atau dulu dikenali dengan negeri Syam. Wilayah Syam zaman kebangkitan pertama mengandungi Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria. Di era kebangkitan kali kedua Syam telah terpecah kepada empat negara. Ia dilakukan oleh penjajah. Kini terdapat negara Jordan, Palestin, Lubnan dan Syria secara berasingan satu sama lain. Jordan era terkini dikenali dengan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, (Hashemite Kingdom of Jordan) atau lebih dikenali dengan nama Jordan sahaja  merupakan sebuah negara Arab yang terletak di Asia Barat (dulu dianggap Timur Tengah) bersempadan dengan negara-negara Arab yang lain. Ia terletak pada koordinat 34-29 Utara 35-39 Timur iaitu di se...

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN.

KEBANGKITAN ISLAM AKHIR ZAMAN. Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah Rasul-Nya bahawa Allah telah ‘set’kan satu Jadual Allah SWT untuk umat yang datang sesudah wafatnya Nabi akhir zaman. Itulah kasih sayang Allah dan Rasul-Nya kepada umat Islam, yang untuk mereka tidak ada lagi nabi dan rasul.Maka diceritakan lah perkara-perkara yang bakal terjadi sama ada yang positif atau negatif. Dengan mengetahui dan memahami jadual itu, umat Islam terpandu atau terpimpin untuk menghadapi dan menerima takdir yang bakal berlaku. Antara jadual yang dimaksudkan itu ialah, Rasulullah SAW bersabda: Yang artinya : "Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian sebagaima­na yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat nya. Lalu berlakulah zaman...