Dalam Islam selain penyakit jasmani terdapat sejenis penyakit lagi yang dipanggil penyakit hati (rohani). Penyakit rohani merupakan salah satu penyakit yang dihadapi oleh manusia walaupun ia tidak mempunyai petanda secara zahir. Ia melibatkan emosi, perasaan dan tekanan jiwa dan roh manusia yang tidak zahir pada pandangan mata kasar manusia.
Istilah Melayu menamakan dan mengaitkan penyakit rohani dengan penyakit hati seperti sakit hati, keras hati, makan hati, hati batu dan sebagainya. Semua itu menunjukkan perasaan dan perilaku seseorang itu dan juga menggambarkan penyakit yang ada dalam hati dan perasaan seseorang.
Walau bagaimanapun, dalam konteks perbicaraan Al-Quran, terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan penyakit hati atau rohani iaitu hasad atau dengki, was-was, syak dan lain-lain lagi.
Keterangan yang terkandung dalam Al-Quran dengan jelas sekali menyatakan bahawa manusia mempunyai penyakit hati atau rohani ini.Akhlak adalah pil rohani untuk manusia. Ia adalah penawar yang paling mujarab. Allah SWT mengutus rasul-rasul-Nya dengan akhlak yang terpuji.
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
Maksud firman Allah:
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
Maksud firman Allah:
"Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
"(Al Qalam 4:68).
Pelajaran dan pendidikan yang paling penting yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah akhlak. Ia lebih bernilai daripada segala-galanya iaitu akhlak Rasulullah SAW. Bahawa ketinggian dan akhlak peribadi Rasulullah SAW dapat kita lihat dengan jelas. Contoh ketika Baginda SAW melayan dan menjawab segala persoalan yang ditanyakan kepadanya tanpa rasa marah.
Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menghormati kaum wanita ketika semasa menyampaikan perkara yang agak sensitif maksudnya.
Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW menghormati kaum wanita ketika semasa menyampaikan perkara yang agak sensitif maksudnya.
Kita lihat bagaimana Nabi SAW memanggil Para Sahabatnya dengan gelaran yang baik. Bukan itu sahaja, bahkan musuh-musuhnya juga dipanggil dengan gelaran yang baik semasa bertemu dengan Baginda walaupun mereka menyakitinya pada waktu itu.
Saidatina Aisyah apabila ditanya
orang perihal akhlak Nabi SAW,
beliau telah menjawab, "Akhlak Rasulullah SAW itu adalah Al Quran".
Saidatina Aisyah apabila ditanya
orang perihal akhlak Nabi SAW,
beliau telah menjawab, "Akhlak Rasulullah SAW itu adalah Al Quran".
Berapa ramai guru dan pendakwah yang begitu hebat dalam mempelbagaikan gaya penyampaiannya tetapi tidak berkesan. Dimanakah silapnya.
Menurut Imam Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin menekankan betapa perlu dan pentingnya keperibadian tinggi bagi seorang pendidik yang berkesan. Menurut Imam Ghazali, seorang pendidik mesti mengamalkan ilmunya, janganlah perkataannya membohongi perbuatan. Ini adalah kerana ilmu diperhatikan denganmata hati. Perbuatan dapat dilihat dengan mata. Sedangkan orang yang mempunyai mata lebih ramai.
Perkara tersebut bertepatan dengan firman Allah SWT,
۞ أَتَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ ٱلْكِتَٰبَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
MasudNya:"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berfikir?
MasudNya:"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berfikir?
(Al Baqarah 2:44).
Maksud Hadis,
"Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."(Riwayat Imam Ahmad).
"Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia."(Riwayat Imam Ahmad).
"Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain akhlak yang mulia." (HR Imam Abu Daud dan Tarmizi).
Mengapakah soal akhlak yang dibesarkan oleh Rasullullah perbesarkan sehingga Baginda menjelaskan kepada kita bahawa Dia diutuskan adalah semata-mata kerana akhlak. Cuba bayangkan dalam dunia yang sedang pesat membangun ini, apa akan terjadi sekiranya teknologi itu tidak diuruskan dengan Akhlak yang baik. Tokoh yang Rasulullah SAW sebut yang boleh buat rawatan rohani adalah ulama. Kerana ulama adalah pewaris nabi.
Kesimpulannya, penjelasan Al-Quran yang banyak menyebut dan menceritakan tentang penyakit rohani, maka secara tidak langsung menggambarkan bahawa Al-Quran adalah sumber yang terbaik dalam merawat dan mencegah penyakit ini. Tentu sekali ilmu perubatan alopati moden tidak mampu untuk mengesaan kehadiran penyakit rohani ini, apatah lagi untuk mengubatinya. Jadi, penyelesaian yang paling baik adalah melalui penggunaan ayat-ayat Al-Quran sebagai ubat dan pencegah daripada berlakunya penyakit rohani ini.
Ulasan
Catat Ulasan