MENJINAKKAN HATI.
Takutkan Tuhan atau cinta pada-Nya boleh melembutkan hati. Lembutnya hati, mazmumah boleh mati. Tidak takutkan Tuhan atau tidak cinta kepada-Nya, hati buta atau mati. Bila hati buta atau mati, nafsu lah yang akan menjadi raja di dalam diri.Contoh dari sudut perubahan sikap daripada negatif kepada sikap positif. Dari pemalas kepada rajin daripada pengotor kepada pembersih dan sebagainya.
Dalam Islam ia bersifat global. Kebersihan yang dituntut oleh Islam adalah secara global sangat luas. Hati yang berjaya dibersihkan dari sifat keji atau mazmumah. Hati dibersihkan daripada mensyirikkan Tuhan.Diri manusia itu ada lahir dan ada batinnya.Oleh itu kebersihan menyentuh soal lahir dan soal batin manusia.
Kebersihan Islam ia menyentuh soal fizikal, soal akal, soal hati, soal nafsu, soal masyarakat, soal nilai, soal cara hidup soal lahir dan batin manusia dan lain-lain lagi.Kebersihan mesti di- usahakan dalam kesemua aspek-aspek tersebut tanpa kecuali.Barulah kebersihan itu menyeluruh dan global. Tidak ada makna kalau yang lahir bersih dan yang batin itu kotor dan sebaliknya. Di antara aspek-aspek kebersihan yang dituntut dalam Islam dihuraikan seperti berikut: Kebersihan yang teratas
sekali ialah kebersihan aqidah. Kemudian baru di ikuti dengan kebersihan lahir.
Ianya di ukur berdasarkan syariat atau hukum feqah. Islam sangat mementingkan kebersihan lahir dan batin, roh atau hati. Malahan Islam menuntut supaya umatnya membersihkan diri. Kebersihan yang dituntut oleh Islam itu pula adalah kebersihan yang menyeluruh dan global. Bukan kebersihan yang serpih serpihan. Bukan disatu-satu aspek yang tertentu sahaja tetapi disemua aspek. Bukan disatu-satu sudut yang khusus sahaja tetapi disemua sudut.Oleh kerana diri manusia itu ada lahir dan ada batinnya, ada fizikal maknawi dan rohaninya.
Maka Tuhan mengkehendaki semua aspek manusia itu samada yang lahir dan mahupun yang batin, yang fizikal dan rohaninya, disucikan dan dibersihkan. Bagi orang Islam diberikan Tuhan dan yang bukan orang Islam dihidupkan kembali fitrahnya.
Ulasan
Catat Ulasan